Wednesday, June 1, 2016

R.I.N.D.U

Bismillah....

Alhamdulillah cuti sekolah bermula lagi untuk dua minggu. Tak sabar menanti kehadiran Ramadhan. Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk bertemu mu Ramadhan

Sekarang masih di kampung suami menghabiskan minggu pertama cuti sebelum menyambung minggu ke dua cuti persekolahan ini di teratak Ummi Abahku di Besut.

Alhamdulillah petang tadi sempat bawa anakanda Nawwal dan sepupu2 gegirlnya ke pantai. Pantai tetap menjadi destinasi wajibku setiapkali pulang ke kampung sejak menjadi anak rantau sejak 12 tahun yang lalu. Nawwal pun dah macam berjangkit hobi umminya. Seronok betul nawwal and the geng dapat main pasir pantai tadi. Balik Besut nanti Ummi janji akan bawa Nawwal ke Pantai Bukit Keluang pula.

Hurm..sedar tak sedar dah beberapa tahun tak menconteng di sini. Ruang ini akan tetap saya rindui. Alhamdulillah atas kenangan yang menjadi sebahagian rencah yang mewarnai babak kehidupan.

Salam rindu dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat kalian.

Thursday, December 26, 2013

 salam alaik :)

Sudah setahun blog ni sepi tanpa entri..huhu..ampun blogku tersayang. 
Harini nak tulis pendek je..ye..[endek je..tuanmu busy tak cukup kaki tangan.huhukkk

 presenting .......
my dear sweetheart babygirl !!!!

Nawwal Sakinah bt Ahmad Najib
was born on 12th of October 2013



within 1 year, my life had totally change. from single to double then move to tripple.hehehe, and i enjoying my life as a wife to my lovely husband n a mom to this cutey baby besides a training teacher. 

my praktikum for DPLI-sr j-QAF will be starting on next month for 4 months onwards.. i've to be well prepared to be observed by my supervisors anytime. dear friends please pray for my success in this praktikum so i can fullfill my dream to be an arabic language teacher.ameen ya Rabb.

May Allah ease my way to..ameen..

till then.. ilalliqaa' 
:) :)



Saturday, December 8, 2012

12.12.2012

Bismillahirrahmanirrahim

12.12.2012

Tinggal 4 hari lagi..semoga Allah permudahkan segala urusanku...ameen..




Wednesday, October 17, 2012

Open Day Invitation ; Little Caliphs Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sekian lama tak berbicara di sini, semoga sahabat-sahabat semua sejahtera dalam limpah dan kasih sayang Ilahi :)

Banyak sangat nak share, tapi inshaAllah di lain entri :) sebab entri ini khas untuk mempromosikan sebuah tadika islam tempat di mana Melatidaisy berkhidmat sekarang.





Venue : Tadika Khlaifahku Sayang
Address : 149-2, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling
Date & Time : 21 October 2012 from 9am to 5pm

Untuk makluman, premis Tadika Khalifahku Sayang akan menganjurkan Majlis Pelancaran 
Tadika Khalifahku Sayang atau Little Caliphs Sri Petaling Open Day pada 21 Oktober 2012 dari jam 9 pagi hingga 5 petang. 

Pada hari tersebut, tuan/puan boleh datang ke Tadika Khalifahku Sayang dan mendengar sendiri penjelasan mengenai The Little Caliphs Program (TLCP) daripada CEO dan pengasas bersama program TLCP, Tuan Hj. Roslan bin Nordin. Tuan/Puan juga boleh terus mendaftarkan anak-anak tuan/puan pada hari tersebut. 

Walaubagaimanapun, pendaftaran telah bermula sekarang dan tempat adalah amat terhad. Untuk pendaftaran, tuan/puan boleh menghubungi kami di 019-2245277 atau dialamat emailcaliphs.sripetaling@gmail.com segera sebelum tempat dipenuhi. 

Terima kasih atas sokongan dan doa tuan puan sekalian. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan kasih sayang-Nya kepada kita semua untuk hidup dan mati dalam kemuliaan Islam. Amin. 

p/s : We would appreciate if you could pass this information to your neighbours, friends or relatives to register their child to our kindergarten, and feel free to like our Facebook Page Little Caliphs Sri Petaling. Thanks, See you in next entry ! :) inshaAllah :)


.

Friday, November 25, 2011

Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.

بسم الله الرحمن الرحيم


Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.

Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
walau yang mencarinya adalah aku,
maka dia adalah hadiah,
mustahil sekadar dilempar begitu.

Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan,

Sebab dia adalah sahabat,
maka aku tidak pernah menghiraukan.

Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.

Sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
dan aku besar-besarkan kelebihannya,

Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti.
Sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.

penulis asal : akh hilal asyraf


~~~~~~~~notakaki~~~~~~~~

assalamualaikum...semoga sahabat-sahabat melatidaisy dalam rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa..doakan kejayaan melatidaisy untuk semester yang bakal berakhir tidak berapa lama lagi..salam rindu dari saya untuk kalian (^_^)

~fi amaanillah ~


Friday, September 9, 2011

salam ukhwah dan salam rindu

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt

kembali bersiaran setelah beberapa bulan menyepi dari sebarang update.. syukran buat sahabat-sahabat yang masih sudi bertandang menyuburkan ukhwah..maaf jua kerana kebelakangan ini saya cuma mampu menjadi silent reader kepada blog kalian, entah kenapa setiap kali blogwalking tangan saya begitu berat untuk sign in blogger, saya lebih cenderung untuk sekadar memerhati dari jauh.

betul cakap orang yang mood seseorang blogger sentiasa ada pasang surut, kadang-kadang semangat sentiasa berkobar-kobar untuk meng"post" entri baru tapi akan tiba suatu masa apabila semua mood tu hilang lenyap entah ke mana, bukan masalah internet, bukan juga masalah tiada modal untuk di kongsi, tapi bila hati menjadi berat untuk menekan keyboard maka blog kesayangan ini di biarkan sepi tanpa hidangan buat yang sudi bertandang..maafkan saya.. namun saya masih setia berkunjung ke laman sahabat-sahabat membaca coretan dan perkongsian sahabat2, juga nasihat serta peringatan dari kalian sentiasa saya hargai.

sekali sekala terbit juga rasa rindu kepada kenangan riuh rendah bersama sahabat2 blogger di sini, lantas komen2 kalian di entri2 terdahulu lah yang menjadi penawarnya, terima kasih sahabat-sahabat atas ukhwah yang tercipta di sini, walau tak pernah bersua apatah lagi mengenal rupa, namun persahabatan yang terjalin di sini merupakan salah satu kenangan dan hadiah terindah dalam hidup saya.

saya harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua sahabat-sahabat yag mengenali diri ini, tidak kiralah sahabat-sahabat di dunia realiti mahupun alam maya ini, semoga Lebaran kali ini membawa seribu satu keberkatan buat kalian.

saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan dari sahabat-sahabat yang mengenali diri ini atas setiap khilaf dalam perbuatan mahupun bicara. semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan dan Syawal akn datang.

doakan perjalanan saya ke uia setelah 2 bulan bercuti di rumah ok, perjalanan tahun terakhir sebagai mahasiswa di UIAM bakal bermula..semoga Allah permudahkan perjuangan ini..inshaAllah..

ma'assalamah wa ilalliqaa' ^^,

salam ukhwah dan salam rindu dari saya =)

Friday, July 8, 2011

Look Forward and Reach For Your Aim =)

Bismillahirrahmanirrahim...



Tidak jua sesukar itu untuk ku fahami..
Ombak resah yang membadai pantai..
Bencana yang hadir menghempas lagi
Memecah buih-buih keinsafan..

Walau dulu hidupmu berwarna warni..
Namun kupasti segalanya jua terselit mimpi..
Yang dikau galas bersama harapan..
Yang seringkali hilang dalam kegerhanaan ..
Dan akhirnya terkubur kesepian

Apapun jangan sesekali dianggap ia pembalasan
Bukan juga satu penyiksaan
Kerana setiap episod ujian
Diakhirnya pasti suatu kebesaran..

Seandainya masa mampu diputar
Cukuplah hanya untuk hati ini tersedar
Agar jelas Qada' dan Qadar
Biar terbongkar segala jahil dan mungkar..

Beristiqamahlah..
Bermujahadahlah..
Sebelum tiba masanya..
Sebelum kemas kafannya..

Dia Maha Pengampun..
Dia jua Maha Mendengar..
Amin...


~ we are not perfect, any of us, we make mistakes, we screw up, but then we forget n we move forward..atleast, we have the courage to feel..feel everything deeply.. ~

~ Pengalaman adalah guru terbaik, just look forward and reach for your aim ~

^_^



Tuesday, July 5, 2011

Talk To Him, He's Always There ...


بسم الله الرحمن الرحيم


Tidak sesukar mana untuk aku fahami,
apa yang cuba disampaikan..
badai bencana yang menimpa diri,
apakah mungkin hadir sebuah keinsafan..

Dulu hidupku penuh dengan warna-warni,
dikurniakan Tuhan segala yang aku ingin..
dan aku hidup leka.. hanyut dalam kelalaian,
sehingga semuanya hilang dan terus pergi..
meninggalkan..

Oh..inikah pembalasan yang perlu aku tanggungi,
di atas kesilapan yang tak pernah aku peduli,
tidak terdaya aku menghadapi semua ini,
terasa sungguh lemah dan naif diriku ini..

Seandainya bisa ku memutar kembali masa,
tidak sesekali akan kulakukan semua itu..
ku menghamburkan tangis, kekesalan dirasa..

Oh Tuhan..
Kau ampunkanlah hamba-Mu..
ku sesali segalanya..

Tekadku menempuh hidup yang baru,
kerna ku yakin Tuhan ada bersamaku..
Dia Pengampun.. Maha Pengasih..
ku tunduk pada rahmat kasih dan sayang..
Rabbul Izzati..


p/s: bait kata yang dikirimkan oleh seorang teman sekuliah saya, farhana a.k.a adeq suatu masa dulu..syukron dik =) ... sengaja saya kongsikan di sini buat tatapan hati-hati yang mungkin dilanda badai kekalutan..never loose hope, ingatlah bahawa Dia sentiasa ada bersama kita.. let us strive for his Redha.. just talk to Him as He's always there :)