Thursday, December 31, 2009

sedih = senyum =sedih =senyum ila akhirihi..


bismillahirrahmanirrahim..


entah kenapa akhir-akhir ni saya rasa macam ni..seringkali rasa itu bertandang dihati..walau bukan setiap detik tapi ia tetap hadir menggugat jiwa..rasa gundah di hati..seakan-akan perasaan tercalar,seakan-akan hati dilukai,seakan ada sembilu menghiris,seakan-akan ditinggalkan bersendirian..sepi..ya..itulah perkataan yang tepat..nak kata ditinggalkan kekasih memang mustahil sangat..

sungguh, saya sendiri tidak mengerti..kalau tercalar siapa yang calari?kalau dilukai siapakah yang melukai? entah..saya betul-betul bingung..semalam,untuk mengubati hati saya call ummi..ummi dapat baca perasaan saya bile dengar suara saya, saya cuma beri alasan terlalu rindukan ummi dan keluarga ..walaupun di hati saya saya dapat rasakan ada alasan lain yang saya sendiri jahil tentangnya..saya betul-betul tak tau..ummi menegur saya sebab call waktu maghrib..sedangkan saya dah siap berwudhuk untuk solat..apakan daya saya? masa tu kemuncak segalanya yang saya rasa..saya tak mampu tanggung lagi, sebab tu saya terus capai telefon dan cari no ummi..bagi saya suara ummi penawar bagi saya, kata-katanya bagai api membakar kekuatan saya..

ampunkan hamba-Mu ya Allah..tika itu langsung tak terniat dihatiku untuk mengenepikan kebergantunganku pada-Mu..sesungguhnya engkaulah sebenar-benar sumber kekuatanku,kurniakan maghfirahMu ya Allah atas kelalaianku itu.. tapi pada waktu itu aku amat tewas dengan perasaanku, aku amat perlukan bisikan suara ibu ditelingaku..sungguh..aku jadi malu dengan tingkahku..

selesai solat maghrib hati saya kembali tenang..alhamdulillah..terus saya bersiap-siap untuk menghadiri satu liqo'..syukur pada-Mu Rabbi,di pertemuan itu rohani saya terisi,luahan kalam murabbi satu-persatu menyerap di hati.. lantas nurani ini menyusun agenda untuk diri dengan harapan istiqomah juga mengiringi..Agungnya kasihMu ya Allah, kau kurniakanku sahabat-sahabat penyejuk dihati..

dan di situ gundah itu hilang, segala rasa yang menyesakkan jiwa hilang terbang entah ke mana, tak ingin saya selidiki, biarlah mereka menjauh pergi..


Allah berfirman :
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Surah ar-Rad: ayat 28).

Dan pagi ini kumulakan hari ku dengan senyuman..keluar je bilik..senyuman bertukar kekalutan..jam dah tunjuk pukul 8.15am..kelas phonology saya bermula 8.30am. Tapi saya tak dapat ke kelas sebab helmet tertinggal somewhere..baru sedar yang helmet tak de dalam bilik..aduhai..macam-macam..semacam ada yang tak kena je dengan diri ni, namun tak terungkai dek hati.saya tenangkan hati, nak jalan memang alamatnya lambat sampai, redah tanpa helmet?? tak nak la..karang melayang duit ptptn kena infak kat traffic UIA,kelas pun dah nak mula..lepas call kak long alhamdulillah dia dapat hantar saya..alhamdulillah..nasib baik kak long ada..saya tiba di kelas dan dengan semangat menadah telinga mendengar celoteh Ustaz Shamsul..terdetik kagum dalam hati dengan kelebihan ustaz menguasi beberapa bahasa, bukan saja fasih berbahasa Arab dan English..

maha suci Allah, sesungguhnya kau maha Penyayang..kau turunkan nusrahMu saat aku memerlukannya..cuma aku hamba yang sering lalai..seringkali kufur pada nikmatMu..ighfir dzunubi ya Allah..

senyum dan sedih silih berganti..tengah hari itu sekali lagi saya di uji.. mungkin bagi orang lain ujian itu sangat kecil, tapi dengan keadaan emosi saya yang lemah dua tiga hari ini menyebabkan saya mudah tersentuh.entah bila gelang saya tercicir saya pon tak sedar. Tau2 je masa nak sarapan lepas kelas gelang tu dah hilang..sedihnya.rasa macam nak menangis je, nasib baik kat cafe, kalau kat bilik da lame dah..saya sangat sayang gelang tu..pemberian anak angkat ummi..saya dah cuba cari balik tapi gagal..pasrah..Allah pinjamkan sekejap je untuk saya..macam mana kita sayang pun sesuatu benda tu, kalau Allah kata ia bukan milik kita..so redha je la..mungkin bukan rezeki saya..

menyedari hakikat bahawa segala yang kita ada cuma pinjaman semata-mata..dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara..semuanya milik Allah..hatta jasad ini pun milik Allah..hanya nama milikku yang akan ku bawa di saat perhitungan di Masyar nanti..

firman Allah :

ingatlah! segala yang ada di langit dan di bumi ini adalah kepunyaan Allah.Awaslah! sesungguhnya janji Allah itu adalah benar,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (surah Yunus:55)

saya teruskan hari saya dengan segala rasa yang saya ada..kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya kalah...namun saya harus terus koreksi segala rahsia hati dan kenali diri sendiri..saya rasa saya dah temui jawapan kepada semua persoalan tadi..semuanya kembali kepada diri sendiri yang kerdil dan lemah ini..

wahai aku..
muhasabahlah diri
tak perlu kau tercari-cari
kerana di situ ada semua bukti
mujahadahlah ..
bukan sekadar dibibir tapi juga 'amali


"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)

lemahnya imanku ya Allah..selalu kemohon agar diberikan kekuatan meskipun ku tahu sedikitnya amalanku untuk Kau ganjari dengan nikmatMu..

melatidaisy-sekadar coretan rasa hati..

Ampunkan aku ya Allah..





Monday, December 28, 2009

erti perjuangan



perjuangan itu gerun dan mengerikan
hebat dan dahsyat menggerunkan hati
bagi mukmin di sini harga dan nilainya
bagi mukmin di sini harga dan nilainya

perjuangan itu bagaikan sampan dilaut
di atas lapang tiada perlindungan
dibawa air melambung dan menggunung
menongkah gelombang yang datang melanda

kiri kanan depan dan belakang
angin yang menderu tidak tahu bila datang
hujan badai datang menyerang
bagaikan singa lapar yang garang

kadang-kadang terdampar di batu karang
penumpang menerima nasib yang berlainan
ada yang jatuh ada yang tenggelam
yang pandai berenang berpaut ke sampan

ada yang berjaya berenang ke tepian
sekali lagi dia melayar sampan
walau pelayaran mungkin tidak berjaya
namun harapannya hanya pada yang Esa..




Saturday, December 26, 2009

salam ukhwah..




bismillahirrahmanirrahim..



duhai teman,


kita dicipta bkn suatu kebetulan,


atau sekadar main mainan,


kita pemikul amanah Tuhan..



"sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang,maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akn mengkhianatinya,dan dipikullah amanat itu oleh manusia.sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak mahu melaksanakan)."

[surah al Ahzab:72]






di saat gersang jiwaku


kau sirami muhasabah


di saat tandus amalku


kau suburkan qudwah


di saat gugur semangatku


kau bajai quwwah




teruja aku pada kata-kata imam ghazali yang mulia :




"ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"




kuharapkan mekar di hati


agar persahabatan suci ini


kan terus mantap


menjadi syafaat


terukir indah


di pintu jannah!






duhai sahabatku..aku inginkan persahabatan indah ini bisa menjadi syafaat di mahkamah Mahsyar nanti, ketika semua umat manusia gusar mencari perlindungan,Allah menyeru tujuh golongan,antaranya dua pemuda yang saling berkasih sayang kerana Allah,begitu sabda junjungan..






"tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sahaja.Antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun dan bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah"

(riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tarmizi dan al-Nasa'i daripada Abu Hurairah r.a)




Thursday, December 24, 2009

Malu Si Pohon Semalu



Pohon semalu, pantang disentuh pasti menunduk.Namun durinya tetap tajam berceracakan.Indah kiasan buat peribadi remaja yang berhias malu di landasan iman. Mari bersama-sama kita telusuri keindahannya...




Pohon semalu, memang pemalu! Sifat malu lambang kemuliaan dan keindahan diri.Malu bukan hanya untuk wanita malah untuk lelaki juga.Bukankah Rasulullah S.A.W seorang yang pemalu? Daripada Said al Khudri katanya, "Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada anak dara pingitan dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda.[Riwayat Muslim]


Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Malu dan iman itu adalah teman seiring sejalan.Jika satu diangkat, nescaya terangkat pula yang satu lagi.[riwayat at Tabrani]

Baginda bersabda lagi dalam hadith lain mafhumnya: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan, maka untuk Islam adalah sifat malu"[riwayat Ibnu Majah]

Hilangnya sifat malu akan melahirkan jiwa-jiwa remaja yang tidak malu melakukan maksiat. Malu berbuat dosa sengaja dicabut dari diri. Maka segala perintah-Nya berani diingkari dan dan larangan-Nya berani didekati. Malah malu yang dianugerahkan Allah secara fitrah itu disalurkan pada tempat yang tak sepatutnya seperti bertanya di dalam kelas, malu berbuat baik, malu belajar, malu berpakaian sopan dan sebagainya. Tidakkah kita malu pada Allah dan Rasul?



Duhai remaja,
Renungilah kejaiban ciptaan Allah. Bersama sifat malunya ada duri yang tajam berceracakan.Duri itu simbolik untuk sebuah ketegasan prinsip yang tumbuh kerana baja iman. Duri itu ibarat senjata yang mampu mempertahankan dirinya ketika berhadapan dengan gelombang ujian.Contohilah si pohon semalu.Hunuskan duri-duri pertahananmu terhadap godaan.Ketegesan sebuah prinsip itulah dirimu!

Si pohon semalu mengeluarkan bunga ungu yang cantik.Begitulah sepatutnya wawasan seorang remaja yang beriman.Berazamlah untuk menghiasi alam ini dengan bunga-bunga akhlak yang cantik menawan.Pasti alam ini akan tersenyum dengan kehidupan di bawah pimpinan generasi masa depan yang lebih bermakna.



Lihatlah juga, dedaun yang menghijau pada pohon semalu amat erat pertaliannya antara satu sama lain.Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun disekitarnya akan turut tertutup malu.Tindak balas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seharusnya sikap remaja beriman, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa mereka mencintai Allah dan Rasul-Nya.



Wahai remaja beriman,
Ibarat si pohon semalu, dengan malumu yang benar, senjatamu yang tajam, akhlakmu yang menawan dan peribadimu yang sarat kasih sayang, maka melangkahlah dengan gagah di atas jalan dakwah.



ketahuilah..
"akan ada di kalangan ummatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran.Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu."[al muttafaqun 'alaih]

indah kalam rasul junjungan
mengajar erti perjuangan
perlukan keteguhan azam
istiqomah tetap pendirian
jangan mudah terhalang
janji Allah pasti datang.
Islam itu tinggi
tiada yang lebih tinggi darinya
Rasul bermadah lagi
satu janji,satu aspirasi
Islam tak kan dapat ditandingi
cuma yang belum pasti
adakah kita tinggi peribadi?
untuk memikul amanah suci
bagi merebut pandangan Ilahi
sebagai jilul Quran yang tersendiri.



"Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah yang berkehendak (kepada-Nya) dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini"[surah Muhammad 47:38]



ayat Allah cukup menggetarkan
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan
Buat hamba-hamba-Nya yang bermalas-malasan
Sentiasa mencipta alasan
Liat dengan dakwah dan peningkatan
Mahu diketuk berterusan
Tidak menjadikan penggeraknya iman
Cinta Allah dianggap khayalan
Bimbang kelak diri akan terbuang
Dari jalan dakwah penuh ujian
dibiarkan Allah dengan keasyikan
tertipu dengan jalan kehancuran.



Ketahuilah duhai remaja
Allah memelihara jalan-Nya
agar disusuri hati yang bersih
sarat ketakwaan merindui wajah-Nya
jua keredhaan..
itulah jiwa insan pejuang,
bimbangilah wahai remaja
daripada memiliki jiwa munafik
bertopeng ketaatan.



dipetik dari:Solusi[isu no 13 2009, penulis asal ukhti Fatimah Syarha Mohd Nordin], buat peringatan diriku dan teman-teman..

Tuesday, December 22, 2009

nak balik (T_T)

bismillahirrahmanirrahim..

dalam kesibukan hari-hariku dibumi tarbiyah ini, ingatan dan rinduku pada keluarga nun di sana semakin hari semakin membuak, kerinduan pada ummi dan abah semakin kuat dalam tiap hela nafasku ini..rindu pada adik-adik juga makin terasa, beberapa hari lalu adik perempuanku menghubungiku dan bertanya akan saat kepulanganku..rupa-rupanya dia perlukan khidmat saya untuk menjahit tudung sekolahnya, ye tak ye jugak, cuti sekolah bersisa beberapa hari saja lagi..tak lama lagi lima dari adik-adikku akan meneruskan perjuangan mereka, 3 di sekolah agama dan dua di sekolah rendah.

tahun baru ini ummi dan abah ku akan kembali menjadi orang yang paling busy di jalan raya, ke hulu ke hilir menghantar adik-adikku ke sekolah mahupun pusat-pusat tusyen..tambahan pula tiga dari adik-adikku akan menduduki UPSR, PMR, dan SPM, pasti ini semua merisaukan ummi dan abah..namun seperti biasa tugas dan tanggungjawab mereka terus berjalan malah lebih gigih lagi..dari dulu aku menilai, ummi dan abahku sentiasa berusaha gigih, tugas mereka memberi kami pelajaran yang terbaik, penat lelah mereka seharian berkerja tidak menjadi alasan pada mereka untuk mengabaikan keperluan pelajaran kami selain daripada pengajian rasmi di sekolah. Masihku ingat sewaktu di sekolah rendah, huujung minggu kami adik-beradik padat dengan kelas tusyen, pagi dan petang, tinggal malam je untuk kami menyiapkan homework.Jadual waktu tusyen yang berlainan antara kami juga buat ummi dan abah bertambah lelah,entah berapa ratus kilometer sehari kereta tu berjalan atas jalan raya, entah berapa ribu liter minyak yang dibakar..sehinggakan ummi pernah cakap.."jalan raya ni agaknya dah boring jumpa tayar kereta ummi" :) Semuanya demi memastikan kami mendapat ilmu yang secukupnya, tinggal lagi usaha dan kesungguhan kami masing-masing untuk berjaya..

Terima kasih ummi dan abah, perit jerih kalian tak kan pernah mampu untuk kami balas, hanya Doa dari kami sentiasa membaja, agar Allah mengasihi kalian sepertimana kasihnya kalian pada kami sedari kecil. Semoga kita sekeluarga bertemu di syurga. sehingga ke saat ini, aku sudah di sini, kesungguhan ummi dan abah untuk melihat kejayaan ku makin hangatku rasa..aku bersyukur dengan segala keperluanku yang mereka beri, cukup segala-galanya tinggal lagi usaha dan kerajinanku ke arah itu..tapi adakah aku sendiri betol-betol berusaha segigih usaha orang tuaku?? (T_T).. Ampunkan anakmu ummi dan abah kerana kadang-kadang anakmu terleka, kerana kadang-kadang anakmu lemah dalam perjuangan, nasihat dan kata-kata semangat dari kalian sentiasa basah dalam jiwaku.alhamdulillah lemahku ini buat aku semakin kuat, lebih-lebih lagi bila aku memusatkan fokusku pada impian kalian, aku sangat merindukan pelukan kasih kalian tiap kali berpisah saat menghantarku menaiki bas untuk pulang meneruskan perjuangan di sini, aku rindukan ciuman ummi dan abah di pipiku, aku rindukan semua tu..terima kasih ummi dan abah..kalian adalah anugerah paling berharga dalam hidupku, semoga Allah memanjangkan umur kalian kerana aku perlukan doa dan nasihat kalian hingga kehujung hayatku, aku lemah tanpa kata-kata emasmu, aku lemah tanpa teguran mendidikmu yang saban waktu mengiringiku..Sungguh..aku amat merindui kalian saat ini.

Ummi, abah..nantikan kepulanganku hujung minggu ni..bertambah seronok sbb kak long pun join balik besut sama, selalunya kak long akan ke KB,rumah suaminya terlebih dahulu. sangat-sangat merindui kampung halaman..malam tadi kak long dan aku ke greenwood cari tiket, malangnya hanya beberapa kaunter tiket je yang masih dibuka dan tiket untuk khamis malam dah abis..kecewa sangat2 rasa dihati,dalam kereta nak balik tu macam nak menangis je rasa..air mata bertakung, takut sgt harapan nak balik hujung minggu ni tak kesampaian..aku pun tak tau kenapa persaan nak balik hujung minggu ni sangat kuat.. tapi kak long dah janji nak cari lagi hari ini, aku nekad nak balik jugak walaupun tiket hari jumaat, walaupun mungkin hanya balik menempah penat [sbb hanya hanya hari sabtu aku dirumah dan ahad dah kena balik sini], tapi apa sangat lah penat tu berbanding dengan saat bersama mereka. aku sanggup dan aku tak kisah. aduhai, makin rindu plak bile bercerita tentang nak balik ni... rindu jugak pada ombak yang sentiasa membelai hati dan jiwaku..nantikan aku pulang ye ombak :)

ok..need to pen off now, jap gi nak bertolak ke kelas phonology..('ilmul aswat)..tetibe je rase mcm nak tulis diari pagi ni..:) semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku di sini..amin..

"Allahummaghfirlana wa liwaalidiina warhamhuma kama rabbauna sighaara..amin"

Sunday, December 20, 2009

4 golongan lelaki yang ditarik wanita




bismillahirrahmanirrahim


Saya kongsikan cerita ini untuk renungan bersama sahabat-sahabat semua. Sewaktu di Hari Akhirat nanti wanita akan menarik bersama-sama 4 orang lelaki ke dalam neraka. Na'udzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.


Pertama : Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka di akhirat nanti dia akan ditarik oleh anak perempuannya.


Kedua : Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal, maka dia akan ditarik oleh isterinya kelak.


Ketiga : Abang-abangnya
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik beradik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya dan adik beadik perempuannya dibiarkan melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adik-adiknya di akhirat kelak.


keempat : anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, dan nantikan tarikan ibunya.
hebatnya tarikan wanita, bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Jika semua memainkan peranan masing-masing dengan betul [termasuklah wanita itu sendiri brsama peranan-peranannya], insyaAllah ini semua dapat menjadi salah satu usaha untuk menangani penyakit-penyakit sosial yang semakin meruncing saban hari dikalangan ummat kita.

Firman Allah yang bermaksud :

" Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu"

Kaum wanita, kasihilah ayah anda, suami anda, abang-abang anda dan anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankanlah perintah Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas..insyaAllah rahmat Allah pasti mengiringi.Amin..

Friday, December 18, 2009

aku juga manusia..aku juga bisa nangis..

bicaraku saat termenung di jendela
mengimbau hari semalam
merenung hari mendatang..

aku juga manusia
aku juga bisa nangis
izinkan aku meluah sekadar yang terluah..

aku juga manusia
aku juga punya rindu
tak perlu kau persoalkan perasaanku..

aku enggan menzalimiku
aku juga enggan menzalimimu
lantas ini jalan pilihanku
moga sabar teman hatiku
moga redha pendamping jiwaku..

benar aku sakit
benar kau juga perit
tapi sakit dan perit ini
cuma sekadar di sini..

api itu bukan mainan
api itu bukan sahabat
jauhilah api itu
sebelum ia membakar marak

jagalah hati
jangan dikotori
jagalah hati ini
amanah dari Ilahi

Ya Ilahi
ku mohon pada-Mu
kuatkanlah diriku
tabahkanlah jiwaku
Kau pemilik hatiku
Kau sumber kekuatanku
ampunkan aku atas segala dosaku
tak ingin ku kembali pada lembaran itu
ampuni aku
yang pernah membutakan mataku
dari kalam-Mu itu
izinkan aku terus maju
meninggalkan aku yang dulu
kurniakan aku waktu wahai tuhan-Ku
kasihi daku wahai pemilik nyawaku
selamatkan aku dari segala fitnah duniaMu
hanya pada-Mu ku mohon berlindung
hanya pada-Mu tempatku bergantung
peluklah daku dalam rahmat-Mu
payungi daku dengan inayah-Mu
kuserahkan cinta hanya pada-Mu
amin ya rabbal 'alamin..


melatidaisy~kujalani hari ini dengan harapan untuk menjadi lebih baik dari semalam..kadang2 terimbau kenangan tapi aku tidak hidup dalam kenangan. ku biarkan cerita kelmarin pergi jauh..

salam ma'al hijrah 1431h ~

Seringkah kita terfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi,
tetap seyum bila dibenci ,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi...
mengapa kita mudah membenci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tak memahami,
mudah terguris bila dilukai...
ayuh kita tarbiah diri,
agar segala yang indah menghiasi peribadi,
kerana qudwah kita adalah nabi,
itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

my dear brothers and sisters fillah..

i'm taking this oppurtunity to remind myself and all the muslims to always unite and work as a team in order to become a superior ummah and to protect our sacred religion, that is Islam. That is a great ni'mah that we are living as a Muslim today and I pray to Allah that we will die as a true Muslim too, insyaAllah.

It's our duty to make sure that we have a strong Iman and Aqidah in order to fight against the evil of syaitan. Please, my fellow Muslim, do not abandon our prayers and always ask for His Mercy and Strength. We have ti fight our nafs [mujahadatunnafsi] and worldly pleasure that are always trying to deviate us from this true religion. Remember my fellow brothers and sister fillah, we only live once so take the oppurtinity to do as as many good deeds as we can.

May Allah bless us and unite us in His Jannah. Amin..=)

melatidaisy~ semoga kita semua terus kuat melangkah..semoga nusrah Allah mendampingi saat kita lelah..

Wednesday, December 16, 2009

pelayaran mujahid..


dalam hitam kelam malam

dalam suram dingin subuh

kita bangkit nyalakan obor

kita pijak ranting gemuruh

agar langkah kian kukuh

biar semangat jangan lumpuh



simbahan sinar mentari pagi

berpayungkan luas awan suci

kita atur tapak jejak

kita susun biar semarak

kerana..

tegak kita di bumi Dia

cuma dari titisan hina

namun..

kita bela diri kita

kita bawa ia berkelana

bukan untuk ditangis hiba

bukan untuk sendirian lara

kerana kita ada Dia

kerana Dia telah merencana

bukan kah kita telah dicipta

untuk jadi khalifah dunia??



apa misi kita?

apakah usaha yang dah terlaksana?

tidak malukah kita pada mereka?



wahai diri

jangan dimanja hati ini

jangan dilayan sesak diri

jangan diikut nafsu duniawi



perkukuhkan benteng kuatkan jiwa

kemudi layarmu dengan iman

kukuhkan ia dengan perisai taqwa

kelak kamu tidak karam

dalam lautan noda dunia

kerana sesungguhnya pelayaran ini

pelayaran si mujahid berkompaskan Nabi

bertuhankan Ilahi..


Friday, December 4, 2009

TAHUKAH ANDA !!

:: ARAHAN PEMIMPIN BARAT UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM DAN UMMATNYA ::

Rancangan Pertama
Melenyapkan sistem pemerintahan khalifah Islam di negara Islam


Rancangan Kedua
Hancurkan akhlak Muslim, meracuni fikiran mereka sehingga timbul keregangan hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka dari hawa nafsu mereka

Rancangan Ketiga

Menghapuskan Al Quran yang menjadi sumber kekuatan dan ketamadunan Islam


Rancangan Keempat

Melenyapkan sebarang bentuk persatuan Muslim yang menjadi sumber kekuatan ummat Islam sedunia


Rancangan Kelima
Menimbulkan rasa ragu dalam pemikiran orang-orang Islam terhadap kebenaran Islam


Rancangan Keenam

Hancurkan Arab, agar dengan kehancuran itu mereka pula akan menghancurkan Islam yang mereka anuti selama ini


Rancangan Ketujuh

Dirikan sistem diktator di dalam Islam untuk menyekat berkembangnya Muslim dan agama Islam


Rancangan Kelapan

Pencilkan ummat islam supaya tidak dapat menguasai perindustrian dan membiarkan mereka hancur dengan barang-barang barat


Rancangan Kesembilan

Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tidak memberi kesempatan kepada mereka untuk untuk bergerak bebas menerangkan kebenaran Islam


Rancangan Kesepuluh

Rosakkan wanita-wanita Islam dan menggalakkan pergaulan bebas di kalangan pemuda-pemudi Islam, kerana apabila rosak wanita maka rosaklah ummatnya.



Firman Allah s.w.t


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10]
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya
[11]" (As Saff)

Sunday, November 29, 2009




saujana alam
luas mata memandang
ku kutip debu bertaburan
buat rencah untuk ku jalani kehidupan

lambaian kasih pohon rindu
setia berlagukan bayu
menghias sendu awan kelabu
di balik langit biru

irama itu
segar dalam hatiku
menggetarkan jiwa pilu
yang rindukan cahaya salju
bertasbihkan warna dunia-Mu
bertahmidkan cinta agung-Mu

Tuhan
berikanku waktu
untukku terus berdagang
di tepian rahmat-Mu
dan kudambakan nusrah-Mu
mengiringi tiap detik perlajalanku..


melatidaisy 291109/1515


Woman Without Her Man...

Suatu hari seorang profesor menulis ayat
"Woman without her man is nothing"... di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.

Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu dia telah meletakkan tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dibaca dengan berikut :
"Woman, without her man, is nothing"
Usaha pelajar lelaki itu mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar tersebut duduk di tempatnya dan sorakan berterusan.

Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
"Woman! without her, man is nothing"
Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada profesor."Well", kata profesor itu. "you can be wat you want to be"lalu keluar meninggalkan dewan.

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini?
Banyak, tetapi kata profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be..maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan pada diri kita. Kalau "woman without her man is nothing" dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi yang tertentu hasilnya berbentuk negatif bagi wanita..tetapi apabila dibaca dengan "Woman! without her, man is nothing" ia begitu memotivasi dan amat bernilah sekali


Petikan buku HM Tuah Iskandar al-Haj, "Membina Hati Bahagia".
Kesimpulannya, anda yang membuat keputusan samada anda mendapat kebaikan atau hanya kerugian dalam hidup ini..

Thursday, November 26, 2009

~ salam 'eidul adha ~


bismillahhirrahmanirrahim..

di kesempatan ini MELATIDAISY ingin mengucapkan

salam 'eidul adha

kepada ummi dan abah seisi keluarga serta sahabat-sahabat
tidak kira walau di mana anda berada..

anda tetap di hati saya

dan tetap dalam doa saya..

semoga pengorbanan kita semua seiring dengan Redha Allah..

let us strive for mardhatillah :)

Wednesday, November 25, 2009

:: bicara rindu seorang adik ::

izinkan aku
berbicara dengan hatiku
merungkai sebuah rindu
yang lama bertamu di dalam kotak hatiku

izinkan aku
menyelak helaian silam
menyingkap memori semalam
yang utuh tersimpan di sebalik kedewasaan
saat di mana kau dan aku
dua insan umpama satu
begitu engkau begitulah aku

kedewasaanmu mendidikku
kasih sayangmu menjagaku
tanggungjawabmu melindungiku saban waktu
sungguh aku amat mensyukuri
anugerah dari-Mu ini ya Rabbi

kini..zaman ditelan masa
saat mencemburui kita
kita makin menginjak dewasa
menongkah arus menduga rasa
meratah hakikat dunia

inilah perjalanan mujahadah kita
kau dan aku mungkin di dunia yang berbeza
namun kita masih di landasan yang sama
pesananmu azimat di jiwa
impian mereka taklifan bersama

kakandaku..
kuatlah dikau di jalan mujahadahmu
begitu jua aku di jalan mujahadahku
kakakandaku..
ku lontarkan rindu ini buatmu
agar ia basah menyirami hatimu
kerana aku tahu rindu ini rindu kita..


salam sayang dan rindu buat kak long..semoga Allah merahmatimu setip masa.. :)

melatidaisy [251109/00.30am]

Monday, November 23, 2009

Renungan





Wahai saudaraku!!!

Berimanlah kamu kepada Allah, perkukuhkanlah mengenal dan bergantung pada-Nya, janganlah kau takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipan-Nya dan jauhilah larangan-Nya..berakhlaqlah kamu dengan akhlaq yang mulia dan sempurna.Jadilah kamu orang-orang yang kuat dengan akhlaq mulia, mulia dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kamu iaitu kemurniaan orang Mukmin dan orang-orang yang bertaqwa lagi solehin. Hadapilah Al-Quran untuk mengkajinya dan sirah Nabawiyah untuk kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjado orang yang praktikel bukan orang yang berhujah sahaja. Apabilah Allah memberikan segala sesuatu kaum itu tidak hidayah, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berhujah.

Kasih mengasihanilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu dan tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu kaum kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.

Dengar dan patuhlaH kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Dialah simbol idea (fikrah) kamu dan bulatan penghubung di antara kamu. Tunggulah selepas itu kemenangan dan sokongan dari Allah. Harapan tetap kunjung dan jangan kamu ragu terhadapnya.

(AL IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA )

Sunday, November 22, 2009

:: bayangan Redha-Mu ::


RedhaMu…

Kehidupan ini,

Anyaman ujian dan takdir,

Perjalanan awal menuju ke akhir..

Bersama langkah yang kadangkala tergelincir..

Ditepian jurang Dosa..

Lantas ku kunci Hati dengan Doa

Kupagari Jiwa dengan Cinta

Agar diri terus teguh terpelihara

Di bawah bayangan redha..

Bayangan RedhaMu..


melatidaisy:kupinjam bicaramu wahai sahabat..buat pedoman langkah mujahadahku..

Friday, November 20, 2009

.: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga :.



~ khas buat diriku dan sahabat-sahabat yang bergelar hawa, puasi indah ini ku dedikasikan buat antunna semua sebagai penguat semangat di jalan mujahadah kita ~




Wahai kakakku,

Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?

Asyik berteman tangis dan sendu sahaja..

Wahai adikku,

Bukan wanita itu lemah dek kerana sendu dan tangisnya

Tetapi di situlah adikku

Kekuatan bisa meleburkan keegoan seorang lelaki

Menjadi ‘izzah yang paling gah

Bahkan lebih gah dari ego seorang lelaki

Kerana sendu rayunya

Musa a.s terselamat daripada kekejaman Firaun

Duhai adikku

Lembut wanita itu bukan kerana lemah

Tetapi senjata

Namun wahai kakakku

Wanita itu fitnah dunia

Pernahkah kakakku dengar?

Pesanan ilahi pada hambaNya

“wahai laki-laki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu”

Cuba adik nilai

Pada siapakah Allah dahulukan pesananNya?

Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal

Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya

Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya

Dan tidaklah Allah lupa pesanan buat wanita

Agar memelihara auratnya

Kerana di situlah kehormatannya

Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Tapi kakakku

Kenapa wanita itu menjadi peragaan?

Tidakkah mereka merasa malu?

Wahai adikku sayang

Al haya’ (sifat malu) ada dalam diri setiap insan

Wujudnya seiring dengan nafas insani

Dan al haya’ itulah pakaian iman

Pada diri wanita itu indah al haya’ sebagai pembenteng diri

Namun..bilamana al haya’ itu lebur

Imannya runtuh..

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid

Merasakan diri belum cukup menarik

Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

Namun adikku

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku

Seribu satu keindahan penciptaan wanita

Pandai-pandailah dikau menilai

Antara permata dan debu-debu kilauan pasir

Wahai adikku

Janganlah adik gusar

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu

Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,

Menggugurkan diri..menyembah tanah..

Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..


wanita ibarat epal..epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi..kerana ia berguguran di tanah..tetapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak..susah dipetik, susah digapai..terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? lantas dia merendahkan martabatnya dan seterusnya menggugurkan dirinya menyembah tanah..sedangkan sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya..sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya..hanya pemuda yang benar hebat sahaja yang mampu!!mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat..biarlah jodoh bukan di dunia..asalkan cinta Ilahi mengiringi kita..

semoga kita bisa menjadi hamba, anak, isteri dan ibu serta muslimah yang cerdik dan solehah..amin..

p/s: terjumpa puisi indah ni..terus saya "copypasteshare" here..becoz sharing is caring :) ..