Saturday, June 27, 2009

kEmBaRa

berjalan di bumi
yang tandus ini penuh duri
tanpa sedar dan penuh lalai
dunia beredar penuh kejahilan
dan kemusnahan
mengembara
mencari dunia hakiki
tiada jumpa arah yang sejati
tiada pembimbing penunjuk jalan yang suci
hidup terumbang ambing sendiri..
sendiri...
Tuhanku..
dengarlah bicara hati ini
dari ku insan sering tersisih
di lautan penuh dosa dan noda
demi mencari secebis kasih-Mu
Tuhanku..
tangan ini menadah sayu
keampunan di perjalan jauh
semoga diterima di sisi-Mu
sebagai bekal negeri abadi
menempuh sayu
perjalan pahit
dalam kembara mencari diri
mengharap sinar terangi hati
yang sekian lama menutup jiwa
bait-bait alunan ini selalu bermain dibibirku dan sahabat-sahabat ketika kami sama-sama bermusafir di bumi waqafan, bumi barakah yang melakar 1001 kenangan dalam memori hiduku..bait-bait ini amat meruntun jiwaku, lebih-lebih lagi bila kami alunkan secara berjema'ah, miniti di bibir sambil dihayati liriknya..rindunya nak kembali pada zaman itu, betapa ruginya aku sebab tak seratus peratus merebut dan mencari mutiara-mutira di lubuk itu, erm..alaita syabab ya'udu yauman...

No comments: