Sunday, September 27, 2009

Besyukur Ketika Senang Dan Susah

Firman Allah yang maksud-Nya : Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberikan kemudahan menggunakan pelbagai kenderaan) ; sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya, tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi ombak yang menimpa dari segala penjuru serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka berdoa pada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepada-Nya semata-mata (sambil merayu dan berkata):” Demi sesungguhnya! Jika Engkau (ya Allah) selamatkanlah kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur” . (Yunus: 22)

Perangai manusia sering berubah dan tidak tetap dalam sesuatu hal. Kesenangan sering membawa manusia lupa daratan. Lumrahnya manusia akan bergembira apabila mereka mendapatkan kesenangan sehingga lupa pada penciptanya dan akan berduka apabila mendapat malapetaka.

Apabila berada dalam keadaan selamat dan aman mereka lupa kepada Allah SWT kecuali orang yang mendapat hidayah, fitrah mereka tetap dan bersedia mengunjung perintah Allah pada setiap waktu dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah.

Sebagai orang yang beriman kita hendaklah sentiasa redha dan bersyukur terhadap segala sesuatu perkara yang berlaku dan yakinlah bahawa setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

2 comments:

Werdah said...

salam,

Semoga kita menjadi org yg sentiasa bersyukur, baik ketika senang mahupun ketika susah.. Amiin

melatidaisy said...

amin .. kite syukur Allah tambah nikmat :)