Monday, September 7, 2009

Hiasilah Dirimu Dengan Keindahan Jiwa Sebagaimana Indahnya Alam Semesta

Jangan bersedih dan bimbang kerana kejadian yang berlaku pada waktu malam. Apapun kejadin yang berlaku di dunia ini tidak akan berkekalan.

Keindahan bintang-bintang yang bertaburan di langit sangat menawan hati.Setiap keindahan berlaku mengikut waktu dan ketikanya. Keindahan pagi tidak sama dengan keindahan senja. Keindahan matahari ketika terbit berbeza dengan keindahan waktu terbenamnya. Keindahan malam purnama berbeza dengan keindahan malam tanpa sinaran cahaya rembulan. Keindahan langit yang cerah berbeza dengan keindahan langit yang dilindungi awan. Bahkan keindahan itu berbeza pada waktu tertentu dengan waktu yang lain, pandangan tertentu dengan pandangan yang lain, dari bilik tertentu dengan bilik yang lain. Tetapi, semuanya adalah keindahan yang menawan setiap hati setiap orang yang memandangya.

Ada bintang yang letaknya bersama dan bersendirian, seperti mata yang indah yang sedang memancarkan cinta membara. Sementara jauh di hujung sana ada dua bintang yang menyendiri dan jauh dari taburan binang yang lain. Ada juga bintang-bintang yang berkumpul dan menyebar di sana sini seolah-olah sedang mengadakan perbincangan di dada langit.
Dalam pada itu, ada bulan bulan yang tersenyum simpul dan tenang pada waktu malam.Ada bulan yang yang bercahaya terang pada malam tertentu, dan ada pula bulan yang kecil dan redup membesar pada malam selepas itu. Ada bulan yang mengecil dan terus menghilang pada malam yang lain.

Manusia tidak pernah bosan memandang ruang angkasa. Sesungguhnya itulah keindahan yang diberi kepda manusia untuk mereka menikmatinya. Bagaimanapun, manusia tidak mempunyai kalimat yang cukup untuk menggambarkan keindahan tersebut.

Setiap realiti yang tidak mungkin dapat dihindari hendaklah diterima. Jika anda gelisah juga kerananya, kegelisahan itu sudah tentu tidak ada gunanya.

“dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang –orang jahiliyah yang dahulu”


Al Qarni

4 comments:

munie said...

bilah.. syukran bil aayatik. somehow, it become the remedy of my sick.

melatidaisy said...

la syukran 'alal wajib .. uhibbuki fillah :)

wildanunmukholladun said...

sy mrasa mcm xsmpat mnghias diri..he..he..sibuk sangat..kadang bercermin pun xtengok wajah..sibuk mempersiapkan bekal..

melatidaisy said...

doakan sy agr mempunyai smangat da'ie sekental akh :)

mcm mne bercermin tp x tgk wajah, alaisa 'ainun fi wajhi ?? hehe..