Thursday, September 10, 2009

munajat hati




kadang-kadang tiap insan merasa ...

ya Tuhan
aku amat hina
aku amat lemah
Kau selamatkan lah aku dengan maghfirahMu
Kau terangilah jalanku dengan Nur HidayahMu
Kau lapangkanlah daku dengan limpah 'inayahMu
Kau tunjukkan lah jalan iaitu jalan menuju Mu
Janganlah kau hijabkan firasatku dek kerana dosa-doasaku
Ampunkan aku ya Rahman, Ampunkan aku ya Rahim
walaupun berkali-kali telah kudustai taubatku,
namun kutahu
sesungguhnya Engkau lah yang maha mngasihi hamba-hamba Mu
yang sering leka ini..
Dengan rahmat Mu dan kasih sayang Mu Ya Allah
Kau ampunilah segala dosaku ..
Ya Rabb
hanya Kau pentadbir segala yang di langit dan di bumi
hanya Kau Pemilik hati ini
hanya Kau yang mengetahui
sedangkan ku tidak mengetahui ..

_______::::::::::::::::_________

selalu nye org akan rase gembira bile dia dapat ape yg die nak,
selalu nye org akan bahagia bile ape yang die nanti kunjung tiba jua akhiryna

malangnya aku petang ni ,
aku dapat apa yang selama ni aku tunggu, yang telah lama aku tunggu,
tapi kenapa aku sedih?? kenapa aku muram dgn hal itu??
sedangkan seharusnya aku gembira, seharusnya aku tersenyum ..

mungkin kerana terlalu lama aku menunggu .....

4 comments:

ibnatubukhari said...

ukhti fillah,
tidak semestinya ketawa & gembira itu hadir bila mana kita menerima sesuatu yg dipinta, ditunggu..
ada kalanya tangis & sedih itu turut juga dtg berkunjung..
hakikatnya, gembira & sedih itu adalah perasaan yg dtg dgn izin Allah, spy manusia bisa mengenaliNya yg maha memberikan segala2 kpd manusia.

asal sahaja ukhti bersyukur kpdNya,
tatkala beroleh sesuatu yg diharapkan..biarpun dgn kesedihan yg menyinggah.

mg tabah menghadapi kehidupan dunia, dlm menuju akhirat..

SITI RAHMAH BORHAM said...

bersabarlah..setiap manusia pasti akan diuji..dgn kesedihan,kegembiraan..hanya doa penguat semangat..

arraheeq said...

moga ketabahan dan ketenangan bersama kamu :)
teruskan perjuangan dear~

btw,eid mubarak!!
kullu am waenti bikhair ;)
salam sayang~

melatidaisy said...

syukran ya akhawati al ahibbaa ..
:)