Tuesday, September 8, 2009

Progrem Nur Ramadhan di Sg. Songkok












weekend yang lepas saya dapat 1 pengalaman baru yang amat berharga, saya ke perkampungan orang asli di batang kali, kg sungai songkok .. perjalanan ke sana memakan masa kira-kira 2 jam dari UIA. Ini pertama kali saya mengikuti program seperti ini, kebiasaannya saya mengikuti progrem-progrem berbentuk akademik seperi mukhayyam 'arabi (Arabic Camp)yang dijalankan di sekolah-menengah berrtujuan untuk membantu adik-adik dalam matapelajaran bahasa arab. Cabarannya tetap ada, pengalamannya pon pelbagai, tapi ape yang saya dapat sepanjang progrem Nur Ramadhan bersama orang asli ni sangat berbeza dengan pengalaman dalam Arabic camp tersebut. Jika di Arabic Camp saya bertanggungjawab untuk membantu adik-adik memahami teks bahasa arab, memahami kaedah tasrif fi'il, dan bermain (mumarasah)dengan kalimah 'arabiah, tapi dalam progrem Nur Ramadhan, adik-adik kita (saudara seislam) kenal huruf Arab pun tidak. Di kampung tu cuma ade 13 keluarga yang beragama Islam.yang selebihnya insyaAllah bakal kembali kepada Islam andai gerakan-gerakan dakwah digiatkan dengan istiqomah.

Pun begitu saya teruja dengan sikap pemduduk kampung sg songkok, meskipun mereka nampak pemalu, tetapi hakikatnya mereka sangat ramah, mereka telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang progrem, baik yang kecil hinggalah yang nenek2. Lagi-lagi adik2 yang sangat mudah untuk di dekati. antara diorang ada yang bersekolah, tapi nisbahnya amat sedikit, menurut cerita Tok Batin,ada juga yang telah dihantar ke sekolah, tinggal di asrama (sbb jarak antara sekolah dan kampung tersebut kira2 40km) tetapi lesap dari asrama dan balik ke kg dengan hanya berjalan kaki, semata-mata sebab tak nak bersekolah. Melihat adik-adik di situ mengigatkan saya kepada adik-adik saya di rumah. Betapa adik-adik kita beruntung kalau nak dibandingkan dengan diorang. Kebanyakan mereka memang kemana-mana dengan berkaki ayam, saya sangat hairan macam mana kaki kanak2 dalam usia tu boleh jadi sekebal itu, lagi menghairankan saya bile sy ade ternampak serpihan kaca di atas tanah tapi adik2 tu slamber je jalan macam tu je. Sewaktu kami dalam perjalanan ke sungai, melalui semak samun dan jalan yang agak curam, penuh dengan ranting dan macam-macam lagi, saya dan kawan-kawan jalan perlahan je sbb nak hati-hati, tapi adik-adik yang berkaki ayam tu boleh plak berlumba-lumba sesama diorang. Seolah-olah diorg pakai sport shoes je .. Kitorng ke sungai untuk menjalankan salah 1 aktiviti iaitu ajar diorang cara membersihkan badan dengan betul. bermula dengan memberus gigi, diorang sangat seronok dan berus gigi dengan ubat gigi codomo lion tu, lepas tu bersihkan badan dengan span mandi dan mandian, lepas tu shampoo rambut,seronok sangat dapat dapat main2 ngan diorang kt sungai tu.
Selain tu, antara aktiviti lain yang kitorang buat kat sane seperti mahabbah vivit iaitu melawat rumah ke rumah, main games, gotong royong,senaman ruhul jihad, chicken dance, makan sama-sama, ajar mereka mengaji (bca iqra') dan macam-macam lagi. Setiap aktiviti yang kami buat sama2 tu meninggalkan seribu kenangan, macam2 jadi, yang pasti kami tak kering gusi dengan telatah mereka. adik-adik di situ kebanyakannya sangat mudah di dekati.




Saya harap suatu hari nanti saya dapat jejak kn kaki lagi di kampung tu, sebenarnya saya dah jatuh hati dengan masyarakat orang asli, pertemuan pertama kali dengan mereka minggu lepas telah memberi satu perasaan yang baru dalam diri saya. Sudah menjadi tanggungjawab kita terutamanya pelajar-pelajar dalam bidang agama untuk membantu diorang terutama sekali dlm memberi kefahaman yang betul dalam ilmu agama. Seperti yang sahabat-sahabat maklumkan dan saya sendiri perhatikan, memang diorang sangat perlukan golongan-golongan yang sudi berdampingan dengan mereka, mengajarkan mereka tentang ilmu agama, kerana walaupun hakikatnya diorang Islam, tapi pengetahuan diorang tentang agama sangat sedikit. Apa yang diorng tau, Islam menghramkan zina, kalau sudah masuk islam tak boleh lagi makan daging khinzir dan minum arak. tapi bab puasa dan solat mereka masih lagi ketinggalan. Jadi sahabat2, siapa lagi yang nak tolong diorg kalau bukan kita??

2 comments:

Werdah said...

Salam Melatidaisy,

Mula2 makcik ucapkan t kasih krn link blog makcik..

Kedua, Alhamdulillah terasa spt makcik juga menyertai aktiviti ini.. seronok dpt pengalaman begini lebih2 lg jika adventures.. mudah2an Islam kembali tertegak dengan adanya anak2 muda spt Melatidaisy, Allah akan menolong hambaNya yg istiqamah menegakkan agamaNya.

Ketiga, Alhamdulillah krn belajar bahasa Arab, bahasa Al-Quran.. memang makcik ingin sgt mahir bahasa Arab tp belum berpeluang nak ikut kelas2.. cuma dgr dp IKIM.FM dan dp ceramah2 melalui CD jd tak banyak yg dipelajari. faham sikit2 je..

nice blog anyway.. alhamdulillah n masyaAllah.

melatidaisy said...

wslm makcik.
syukran kathir, doakan sy agar jd muslimah solehah, sy masih kosong lg, banyak benda yg perlu cari, mudah2an dengan ukhwah ni dapat membantu sy dlm perjalanan ni :)

maassalamah