Wednesday, October 21, 2009

Harapan Tidak Buta


~Harapan Tidak Buta ~

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..

by ; Alarm Me

6 comments:

Solehah said...

InsyaAlalh..amin..bagus lirik ni..

melatidaisy said...

^_^

~0~ said...

sedap lazat dan lemak berkrim

semoga kita tidak terus alpa

Ir Takamine Kyomaro said...

dak bar ek?

mOhd irWAn said...

erm...bes lagu kat sini..erm kalo bole buat la chat box kat blog ni senang nak tinggal komen ringkas

melatidaisy said...

to ~0~

amin =)

to Ir Takamine Kyomaro

yup. BAR =)

to mOhd irWAn

insyaAllah coming soon..=)