Sunday, October 11, 2009

Jangan Bersedih, Pilihan Allah Adalah Pilihan Terbaik

Baru balik dari Syawal gathering bersama-sama sahabat2 seperjuangan A.L.A di HS squere kt dlm UIA ni je.. Macam-macam makanan ade, tapi satu pon tak kena dengan selera pantai timur saya..(padahal selera je makan td ;p ) Di tengah kesempitan waktu untuk menyiapkan asaimen arabic debate yang kena antar esok, saya menyempatkan diri untuk hadir, untuk meraikan susah payah diorang wat majlis ni.. yang penting dapat kami eratkan ukhuwah sesama sendiri..[dan ditengah2 kesempitan ni jgk la saya rase nk update blog..adehh!!].. bukan pe, memenuhi undangan adalah 1 kewajipan ke atas setiap muslim..Jadi apelah salahnye kalau saya meluangkan barang dua jam untuk kawan2.. kite kena sayang kawan2 kita,tidak sempurna iman kalau kita tak mengasihi sahabat kita seperti mana kita mengasihi diri sendiri ..^_^ .. dan moga2 Allah kurniakan rahmat dan inayahNya kepada kita semua.. amin ya rabbal 'alamin..
InsyaAllah kalau niat kita elok, Allah akan tolong kita, Innama al a'malu binniah.. Allah maha mengetahui..:)

Malam ni jugak tiba-tiba saya teringatkan perkara-perkara yang saya nak tapi tak mampu saya dapatkan.. bukan 1 tapi banyak ..hehe..tamak kah diri ini?? erm.. bukan tamak, but then dalam hidup memang banyak kita tanam harapan.. sebab kita hamba, kita hanya berharap dan memohon kepada al Khaliq.. dan yang penting kita bertawakkal kepada Dia sesudah kita berusaha ke arah itu. kadang-kadang kita rasa perkara tersebut baik untuk kita tapi malangnya ia bukan milik kita, dan kadang-kadang kita dapat sesuatu yang kita rasa tak sepatutnyaa jadi pada kita.. tapi sebagai seorang yang sedar dan beraqal, kita haruslah menempatkan segala sesuatu itu sesuai dengan ukurannya. mestilah adil, seimbang dan jangan berlebihan. Jangan pula larut dalam bayang-bayang dan fatamorgana yang menipu!

Sepertimana firman Allah s.w.t dalam suratul Baqarah :

وعسى أن تكرهوا شيئا فهو خير لكم

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu"

Yakinlah dengan pilihan Allah terhadap kita, kerana hanya Allah sebaik-baik perancang. Kerana Dia maha mengetahui segala yang telah lepas , segala yang sedang berlaku dan segala yang akan datang.

Bangunlah, jika Dia mengkehendaki kita berdiri, dan duduklah jika Dia menyuruh kita duduk. Bersabarlah ketika Allah menjadikan kita seorang yang fakir, dan bersyukurlah manakala Dia menjadikan anda orang yang kaya. Itulah yang harus anda lakukan.


رضيت بالله ربّا وبالإسلام ديناّ وبمحمد صلى الله عليه وسلّم نبيّا

"Aku rela Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad s.a.w sebagai nabiku"

Seorang penyair Arab mengatakan :

Janganlah mengatur suatu masalah
yang ada padamu.
Orang yang suka mengatur akan binasa.
Redhalah dengan apa yang telah Kami berikan
kerana kami
adalah sebaik-baik pengatur segalanya.

Kesimpulannya ; berjalanlah di bumi Allah dengan penuh rasa syukur, berbahagialah dengan apa yang kita miliki, jangan sampai ia hilang berlalu pergi ..

(^_^)

3 comments:

~0~ said...

btol tue....hargai la setiap saat itu sebelum ia berlalu pergi

Werdah said...

Salam,

Allah Maha Tahu..di sebalik musibah ada hikmah.. kita berusaha dan mengharap.. tetapi kita tak mengetahui apa yg terbaik..

melatidaisy said...

to ~o~ :
yup, once it gone, da bkn milik kite lg..
papepon, Let bygones be bygones,and dont 4get dat future is ours.. :)

to Werdah :
hasbunallahu wa ni'mal wakil..
cukup lah saja Allah bagi kami, dia yg terbaik tempat kami bergantung :)