Thursday, October 8, 2009

mencari redha-Mu

biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi,
biarkan kekecewaan berlalu, agar kedamaian mewarnai,
biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat,
biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula,
biarkan diri ini derita, agar aku tahu pahitnya derita,agar aku sedar ,
bahawa kesengsaraan ini tak sama bahkan hanya secebis
dari penderitaan Rasulullah S.A.W ..
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba -Nya ,
tetapi manusia sering menzalimi diri sendiri..
cahaya kelam .. pahala dosa .. berupaya memilihnya..
walau kadang-kadang tersasar lantaran pautan nafsu
namum peluang dari-Nya sentiasa ada ..
namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi ..
diturunkan Ad-din memperhalusi akal ..
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
dukurniakan akhlak mencatikkan pekerti
menjadi khairu ummah , tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah ,
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata bernama 'iman'
menyemai sepohon 'taqwa'
agar dapat berteduh dari kepanasan 'nafsu'
agar dapat berteduh dari angin hasutan syaitan
dalam mencari keredhaan Allah S.W.T

~ STRIVE FOR MARDHATILLAH~

2 comments:

~0~ said...

semoga kita sentiasa dilindungi Nya...

melatidaisy said...

amin ... :)