Friday, November 20, 2009

.: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga :.



~ khas buat diriku dan sahabat-sahabat yang bergelar hawa, puasi indah ini ku dedikasikan buat antunna semua sebagai penguat semangat di jalan mujahadah kita ~


video

Wahai kakakku,

Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?

Asyik berteman tangis dan sendu sahaja..

Wahai adikku,

Bukan wanita itu lemah dek kerana sendu dan tangisnya

Tetapi di situlah adikku

Kekuatan bisa meleburkan keegoan seorang lelaki

Menjadi ‘izzah yang paling gah

Bahkan lebih gah dari ego seorang lelaki

Kerana sendu rayunya

Musa a.s terselamat daripada kekejaman Firaun

Duhai adikku

Lembut wanita itu bukan kerana lemah

Tetapi senjata

Namun wahai kakakku

Wanita itu fitnah dunia

Pernahkah kakakku dengar?

Pesanan ilahi pada hambaNya

“wahai laki-laki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu”

Cuba adik nilai

Pada siapakah Allah dahulukan pesananNya?

Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal

Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya

Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya

Dan tidaklah Allah lupa pesanan buat wanita

Agar memelihara auratnya

Kerana di situlah kehormatannya

Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Tapi kakakku

Kenapa wanita itu menjadi peragaan?

Tidakkah mereka merasa malu?

Wahai adikku sayang

Al haya’ (sifat malu) ada dalam diri setiap insan

Wujudnya seiring dengan nafas insani

Dan al haya’ itulah pakaian iman

Pada diri wanita itu indah al haya’ sebagai pembenteng diri

Namun..bilamana al haya’ itu lebur

Imannya runtuh..

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid

Merasakan diri belum cukup menarik

Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

Namun adikku

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku

Seribu satu keindahan penciptaan wanita

Pandai-pandailah dikau menilai

Antara permata dan debu-debu kilauan pasir

Wahai adikku

Janganlah adik gusar

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu

Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,

Menggugurkan diri..menyembah tanah..

Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..


wanita ibarat epal..epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi..kerana ia berguguran di tanah..tetapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak..susah dipetik, susah digapai..terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? lantas dia merendahkan martabatnya dan seterusnya menggugurkan dirinya menyembah tanah..sedangkan sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya..sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya..hanya pemuda yang benar hebat sahaja yang mampu!!mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat..biarlah jodoh bukan di dunia..asalkan cinta Ilahi mengiringi kita..

semoga kita bisa menjadi hamba, anak, isteri dan ibu serta muslimah yang cerdik dan solehah..amin..

p/s: terjumpa puisi indah ni..terus saya "copypasteshare" here..becoz sharing is caring :) ..



21 comments:

Daud Mili said...

nasihat yang baik untuk golongan hawa... teguran yang baik untuk golongan adam...huhu...

~0~ said...

nasihat yang bagus...terima kasih

Syafarah said...

subhanallah..sangat indah..syukran

melatidaisy said...

Daud Mili :

berpesan-pesan kepada kebaikan..:)

melatidaisy said...

~0~ :

same2..semoga bermanfaat untuk semua :)

melatidaisy said...

Syafarah :

indahkan kak!! :) menyentuh hati kita sbg Hawa..semoga kita semua terpelihara..aminn..:)

ASYIQ said...

Perkongsian yg amat berguna...tq dik!!

anak laut said...

salam..ukhwah..

Bagi menambahkan lagi ilmu pengehtahuan kita semua, mari kita bincang berkenaan Syurga dan Bidadari..

Sifat Bidadari.

a .Isteri yang disucikan

b) yang lebar matanya penuh keindahan

c) yang sebaya umurnya

d) yang sangat putih

e) cantik-cantik wajahnya

f) yang tercipta secara langsung

g) gadis-gadis perawan

i) gadis-gadis remaja
Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda, "

Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka".

Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Rasulullah s.a.w sabdanya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada penghuni Syurga: Wahai penghuni Syurga! Mereka menjawab: Ya Tuhan kami! Segala kebahagiaan dan kebaikan ada di tangan Mu. Dia berfirman: Adakah kamu semua telah reda? Mereka menjawab: Mengapa kami tidak reda wahai Tuhan, sedangkan Engkau telah berikan kepada kami sesuatu yang Engkau tidak berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu. Allah berfirman lagi: Mahukah kamu, Aku berikan sesuatu yang lebih baik dari itu? Mereka berkata: Wahai Tuhan! Apakah yang lebih baik daripada itu? Allah berfirman: Aku haruskan kepada kamu keredaan-Ku dan Aku tidak akan murka lagi kepada kamu untuk selama-lamanya..
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Abu Al-Qasim s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan
memasuki Syurga adalah umpama bulan purnama dan kumpulan berikutnya bagaikan cahaya bintang yang bergemerlapan di langit. Masing-masing mempunyai dua orang pasangan yang tulang sumsum betisnya jelas kelihatan. Di dalam Syurga tiada seorang pun yang bersendirian tanpa pasangan

As-Saaffaat -surah 37,ayat- 48
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya

Saad surah 38,ayat- 52
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.

Ad-Dukhaan surah 44, ayat- 54
Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

At-Tuur surah-52, ayat- 20
Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 56
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.

Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 58
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 72
Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.

Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 74
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.

Al-Waaqi'ah surah-56, ayat- 22
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Harap2 dptlah kita sesama renungkan & berusaha dptkan rahmat & keredaan dr Allah S.W.T.

p/s: terima kasih singgah anaklaut

CIKGU ZAM said...

sebuah kisah yang sangat baik untuk dijadiakn bekalan kepada semua kaum hawa. ilmu ini sangat berguna jua pada kaum adam untuk mendidik isteri masing2, terima kasih

Solehah said...

Melati, terima kasih ya..shahdu bila akak baca puisi ni..

abu muaz said...

Salam.Masih banyak masa lagi untuk kaum hawa menjadi bidadari.Peluang masih terbuka luas.

iqbalsyarie said...

wah...komen yg diutarakan anak kaut juga banyak hebat

melatidaisy said...

kak ASYIQ :

sama2 kak..smoga sama2 dapat manfaat..:)

melatidaisy said...

anak laut :

w'salam..
syukran anaklaut ats maklumat tmbahan..sy hargai :)barakallahu fik..

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

sama2...semoga semua shbt2 dapat manfaat..baik lelaki mahupun perempuan..

melatidaisy said...

solehah :

same2 kak :)ma'attaufiq wannajah utk sy n akak :)

melatidaisy said...

Abu Muaz :

ye..mohon doa dari ayahanda Abu Muaz..:)

barakallahu fik..

melatidaisy said...

iqbalsyarie :

betul2..sy setuju..:) baik utk semua sbg perkongsian bersama..
semoga Allah merahmati ada semua..
amin..

Hisham said...

salam...bila nk wat utk golongan adam plak...aritu kate nk wat...

melatidaisy said...

Hisham :

ok..on d way en hisham..
nanti sy share k :)

anak laut said...

salam...

terima kasih.