Monday, November 23, 2009

Renungan





Wahai saudaraku!!!

Berimanlah kamu kepada Allah, perkukuhkanlah mengenal dan bergantung pada-Nya, janganlah kau takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipan-Nya dan jauhilah larangan-Nya..berakhlaqlah kamu dengan akhlaq yang mulia dan sempurna.Jadilah kamu orang-orang yang kuat dengan akhlaq mulia, mulia dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kamu iaitu kemurniaan orang Mukmin dan orang-orang yang bertaqwa lagi solehin. Hadapilah Al-Quran untuk mengkajinya dan sirah Nabawiyah untuk kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjado orang yang praktikel bukan orang yang berhujah sahaja. Apabilah Allah memberikan segala sesuatu kaum itu tidak hidayah, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berhujah.

Kasih mengasihanilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu dan tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu kaum kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.

Dengar dan patuhlaH kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Dialah simbol idea (fikrah) kamu dan bulatan penghubung di antara kamu. Tunggulah selepas itu kemenangan dan sokongan dari Allah. Harapan tetap kunjung dan jangan kamu ragu terhadapnya.

(AL IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA )

14 comments:

Solehah said...

tq melati..nasihat menusuk jiwa...

iqbalsyarie said...

subhanallah...mmg bermakna sungguh nasihat ini.terima kasih berkongsi...

Hisham Sheikh said...

salam...bernas sungguh pesanan as syahid hassan al banna ni,,,

ASYIQ said...

Zmn belajar dahulu....nasihat2 spt inilah yg sering dijadikan tazkirah bila berkumpul sesama rakan.......bila dah terjun ke dunia pekerjaan payah dah nk dapat suasana sebegitu...

Mujur Melati ada...sbg rakan maya. Teruskan usaha yg baik ini.

~0~ said...

terima kasih

anak laut said...

salam....

sangat hebat entri ini..moga anda mendapat rahmat daripada Allah swt kerana berkongsi info ni..

melatidaisy said...

to SOLEHAH :

sama2 kak..utk kite semua hayati n cuba amalkan:)

melatidaisy said...

to iqbalsyarie :

sama2 akhi..semoga dpt jd panduan bersama.

melatidaisy said...

to Hisham Sheikh :

w'salam..ye..moga2 bermanfaat utk kita semua.

melatidaisy said...

to ASYIQ :

InsyaAllah kak..same2 kita hidupkan balik suasana tu..sy pon rindu sgt2 dgn saat2 tu..saat ilmu dan tarbiah dtg mencurah2..kite tggu tadah je..tu pon ade waktu kite terleka..skrg smua kena cari sndiri..rindu bumi waqafan (T_T)

melatidaisy said...

to ~0~ :

same2..semoga peringatan ni subur dlm hati kita:)

melatidaisy said...

to anak laut :

w'salam..syukran atas doa..hidup ini adalah perkongsian, dunia pula adalah pinjaman.

anak laut said...

salam....

sejuk je hati bila masuk blog ni...

melatidaisy said...

to anak laut :

wsalam..syukran anaklaut ats kunjungan :)