Wednesday, November 18, 2009

~ satu penerbangan ~

Bila kita akan berangkat dari alam ini (dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu - kubur dan akhirat.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat di dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atas kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cutton.

Di mana pewanginya bukan One Drop Perfume atau Paco Rebone tetapi air mawar dan cendana.

Di mana passport kita bukan lagi Malaysia, British atau American tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan sekadar 6 bulan tetapi selagi kita berpegang kepada kalimah
"LA ILAHA ILLALLAH"

Di mana pelayannya bukanlah bidadari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain..

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau economy, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukanlah KLIA, atau Jeddah Airport, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik aircond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap dan gelita.

Di mana pegawai imegrisen bukan lagi pihak kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan, bukan Disneyland, Paris atau London tetapi Syurga atau Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam atau alat pengesan

Di mana lapangan terbang transit adalah Al Barzakh

Di mana destinasi terakhir samada syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau neraka jahannam..

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya, ia percuma, jadi simpanan anda tidak akan dihabiskan.

Penerbangan ini tidak perlu dirampas, oleh itu anda tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan dihidangkan oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi atau halal haram makanan.

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan hiburan dalam penerbangan, anda sudah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan dalam rahim ibu anda lagi.

YA, berita baik!!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini..Oleh itu bergembiralah selagi boleh!! dan sekiranya boleh!!

pesanan untuk diriku dan semua :
~ adakah kita sudah bersedia untuk berangkat ???~



No comments: