Saturday, November 7, 2009

Tatapan Untuk Senaman Jiwa...Diriku dan sahabat..

WAHAI DIRIKU..MENGERTILAH..

Diriku,
dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
kau terlupa membaja taman hatimu sendiri
agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
tersentuh dengan daulat-Nya,
merasa terpikul amanah ad-deen ini..
bukan kerana kau berjam'ah,
namun kerana engkau di bawah perintah-Nya

Diriku,
sering engkau mencari jalan,
agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
agar sentiasa sedar akan keagugangan-Nya,
insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,
hatimu itu keras, kusyu'mu kurang
syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya
terlalu banyak kurang dan salahmu...

Diriku,
tunaikanlah solatmu dalam khusyu' dan tenang
muhasabahlah dirimu kala sunyi,
selamilah kalam-kalam Al-Quran yang kau perjuangkan
padanya ada bekalan
untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku
pada nawafil dan amalan sunat
ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu
pada qiamullail di keheningan malam
bersama bisikan doa dan munajatmu,
diiringi esak air mata keinsafan dan keikhlasanmu,
kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya
di situ ada bekalnya..

Diriku,
pada tawaddu', pada ukhuwwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
ada ketenangan dan kekuatanmu

Diriku,
ketahuilah bahawa hati yang hidup sahaja
yang bisa memberikan nafas pada hati yang mati..
hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
hati yang sakit, apatah lagi menghidupkan hati yang mati..

Diriku,
amanahlah kau di hadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu...
namun rasailah kekerdilan dirimu
di hadapan kudrat dan iradat-Nya..

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN!!!

4 comments:

Solehah said...

terima kasih..ni peringatan untuk saya juga..rasa syahdu la..

Jard The Great said...

puitis la... ehehe.. ade bakat menulis.. ;p

~0~ said...

wah...thanks...sungguh menarikk

melatidaisy said...

salam..
lupe sy nk mention, tu bukan hasil nukilan sy,
tp sy dapat risalah tu dari seorg sahabat, sy share kt sini utk peringatan bersama..
anyway, thanx =)