Wednesday, November 11, 2009

Wahai masa lalu,

yang telah berlalu dan selesai,

tenggelamlah seperti mataharimu.

Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu,

dan kamu tidak akan pernah

melihatku termenung sedetik pun mengingatimu.

Kamu telah meninggalkan kami semua

pergi dan tidak akan kembali lagi..

Wahai masa depan,

engkau masih dalam keghaiban!

Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan

dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.

Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum pasti

kerana esok hari mungkin tiada sesuatu

esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan

dan tiada suatu pun darinya yang dapat disebutkan..

7 comments:

~0~ said...

Masa lalu memang jauh, masa depan memang hampir...

Solehah said...

ya btl tu fly..masa lalu dah jauh meninggalkan kita..kita hanya mampu memperbaiki dan memperbetulkan hari akan datang..
~sayu la dengar lagu ni..

melatidaisy said...

yup.. btol..smua orang ada peluang n ade hak untuk berubah.. :)

p/s:lagu ni mmg sayu kak..bahawa pintu taubat-Nya sentiasa terbuka tuk kite sumua..:)

anak laut said...

salam...ukhwah.


Masa lalu, kulahir tanpa baju
malahan tangisanku yang membuat bising
siapakah aku????
aku adalah masa laluku.....

melatidaisy said...

w'salam..

syukran anaklaut :)

azreen said...

kak bilah i love ur post so much:)

melatidaisy said...

to azreen :

thanks!