Sunday, November 29, 2009

Woman Without Her Man...

Suatu hari seorang profesor menulis ayat
"Woman without her man is nothing"... di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.

Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu dia telah meletakkan tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dibaca dengan berikut :
"Woman, without her man, is nothing"
Usaha pelajar lelaki itu mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar tersebut duduk di tempatnya dan sorakan berterusan.

Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
"Woman! without her, man is nothing"
Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada profesor."Well", kata profesor itu. "you can be wat you want to be"lalu keluar meninggalkan dewan.

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini?
Banyak, tetapi kata profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be..maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan pada diri kita. Kalau "woman without her man is nothing" dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi yang tertentu hasilnya berbentuk negatif bagi wanita..tetapi apabila dibaca dengan "Woman! without her, man is nothing" ia begitu memotivasi dan amat bernilah sekali


Petikan buku HM Tuah Iskandar al-Haj, "Membina Hati Bahagia".
Kesimpulannya, anda yang membuat keputusan samada anda mendapat kebaikan atau hanya kerugian dalam hidup ini..

10 comments:

anak laut said...

salam..ukhwah.

sebagai insan yg sentiasa mengharpkan keredhaan allah swt..sama2 lah kita berdoa agar kita diberi rahmat, dan di tempatkan di syurgaNya..amin.

Hisham said...

salam...confuse la ...tricky la...

Aku OranG Laut said...

sesungguhnya Allah jadikan setiap kejadian itu berpasang-pasangan agar saling melengkapi di antara satu sama lain..

errr...lari dari tajuk ker?

melatidaisy said...

to anak laut :

w'salam..
insyaAllah..amin..tq atas doa :)

melatidaisy said...

to Hisham :

w'salam..confuse ke..sori :)
cube bro hisham bace dgn intonasi yg btol..
motif yg cube d smpaikan kt sini is all about positive thinking..

melatidaisy said...

to Aku OranG Laut :

betol2..sy setuju..
tak la, masih dalam tajuk jgk..byk yg HM Tuah nk smpaikn kt situ tp main objective is about positive thinking :)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka” (an-Nisa’: 34).

Lelaki atau wanita saling memerlukan antara satu sama lain...

melatidaisy said...

to Abd Razak :

wa'alaikumussalam :)

syukran..totally agreed with u..

MuNie said...

wow! woman's pride..

melatidaisy said...

to MuNie :

hihi..yes dear..:) tp x de bias kt sini k..:)rindu kamu sgt2 la cik muniey..rindu nk borak2 cam dulu..(T_T)