Sunday, December 20, 2009

4 golongan lelaki yang ditarik wanita




bismillahirrahmanirrahim


Saya kongsikan cerita ini untuk renungan bersama sahabat-sahabat semua. Sewaktu di Hari Akhirat nanti wanita akan menarik bersama-sama 4 orang lelaki ke dalam neraka. Na'udzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.


Pertama : Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka di akhirat nanti dia akan ditarik oleh anak perempuannya.


Kedua : Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal, maka dia akan ditarik oleh isterinya kelak.


Ketiga : Abang-abangnya
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik beradik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya dan adik beadik perempuannya dibiarkan melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adik-adiknya di akhirat kelak.


keempat : anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, dan nantikan tarikan ibunya.
hebatnya tarikan wanita, bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Jika semua memainkan peranan masing-masing dengan betul [termasuklah wanita itu sendiri brsama peranan-peranannya], insyaAllah ini semua dapat menjadi salah satu usaha untuk menangani penyakit-penyakit sosial yang semakin meruncing saban hari dikalangan ummat kita.

Firman Allah yang bermaksud :

" Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu"

Kaum wanita, kasihilah ayah anda, suami anda, abang-abang anda dan anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankanlah perintah Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas..insyaAllah rahmat Allah pasti mengiringi.Amin..

20 comments:

imam said...

amat besar tanggung jawab seorang lelaki..bukan saja tanggungjawab keatas diri sendiri tapi tanggungjawab terhadap wanita di sisi mereka..

kawie2020 said...

memang besar tanggungjawab lelaki.. buat lelaki2 beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka...

hisham said...

salam..takutnya..brt tggng jwb ni ...insya allah sy akn wat yg terbaik..aminnnn...tk cre

Abd Razak said...

Salam...:)

Setiap manusia ada tanggungjawabnya dan akan disoal kelak, maka laksanakan peranan kita sebaik mungkin agar kita tidak dipersoalkan kelak di akhirat

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

Salam ziarah. Bagus n3 ni. Bacalah ini wahai lelaki2 diluar sana.

iqbalsyarie said...

erm...terima kasih ats artikel ini.'Setiap drpd kamu ialah pengembala dan kamu akan dipertanggungjwbkan ats apa yg kamu gembalai'

maksudnya kita bertanggungjwb yg sgt besar keatas saudara islam kita yg lain.

kita umat islam umpama satu badan!kalau 1 anggota badan sakit,anggota bdan yg lain turut sama berkongsi penderitaan.Maka usah kita merasa 'tak apa' dgn melihat kemungkaran,cegahla...sebelum kita dipertanggugjwbkan kerana tidak mengubah kemungkaran itu hatta dgn sebuah doa yg tulus...

anak laut said...

salam...

saya kagum dengan anda...moga Allah swt memberi rahmat pada anda dan ganjaran pahala yg berganda..amin..

MuNie said...

salam..
sebagai wanita, kita pun ada tanggungjawab terhadap lelaki2 yg kita sayangi. marilah kita, lelaki dan wanita bekerjasama ke arah kebaikan.. moga dirahmatiNya selalu.. amin..

^@mr!^ said...

salam..
kak nak pinjam artikel nie nk post kat blog sy bleh x??

melatidaisy said...

imam :

yup, sbb tu dlm Quran ada ckp bahawa ar rijalu qawwamuna 'ala an nisaa. (lelaki itu lebih kuat dr perempuan)

melatidaisy said...

kawie2020 :

sy doakan yg terbaik..amin..
tq bro kawie 4 ur visit..:)

melatidaisy said...

hisham :

wa'alaikumussalam..
insyaAllah bro hisham..may Allah bless u..amin..:)

melatidaisy said...

Abd Razak :

Wa'alaikumussalam..
stuju dgn akh..Kullukum Ra'in Wa Kullu Ra'in Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi .. :)sama2 lakukan yg terbaik :)

melatidaisy said...

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor :

wa'alaikumussalam..
thanks puan ats ziarah..salam hormat n salam ukhwah dr saya :)

melatidaisy said...

iqbalsyarie :

tq iqbal ats perkongsian pendapat di sini..sy hargai..barakallahu fik :)

melatidaisy said...

anaklaut :

sy cuma insan kerdil yg masih penuh dgn kelemahan, tiada apa yg dpt di banggakan..cuma mengharapkan sokongan sahabat-sahabat dlm mencapai mardhatillah..syukran ats perkongsian ilmu dan pengalaman dr anaklaut..sy hargainya :)

melatidaisy said...

MuNie :

w'salam munieyku syg,
yup. totally agreed with u.. sama2 kita mujahadah beriringan doa hembusan semangat berbekalkan rabitah hati yg mekar terjalin..moga terus subur mnjadi baja keimanan..:)

melatidaisy said...

^@mr!^ :

wsalam amri..silekan..bkn milik akak, milik semua :) artikel tu akak petik dr risalah dlm simpanan akak.semoga Allah merahmatimu.

anak laut said...

salam...melatidaisy,

saya terharu sangat atas ulasan yg sanagt besar ertinya pada saya..

terima kasih banyak..

melatidaisy said...

anak laut :

wa'alaikumussalam,

'afwan..saya hargai perkongsian diteratak akh..semoga anaklaut dirahmati Allah selalu..