Monday, December 28, 2009

erti perjuangan



perjuangan itu gerun dan mengerikan
hebat dan dahsyat menggerunkan hati
bagi mukmin di sini harga dan nilainya
bagi mukmin di sini harga dan nilainya

perjuangan itu bagaikan sampan dilaut
di atas lapang tiada perlindungan
dibawa air melambung dan menggunung
menongkah gelombang yang datang melanda

kiri kanan depan dan belakang
angin yang menderu tidak tahu bila datang
hujan badai datang menyerang
bagaikan singa lapar yang garang

kadang-kadang terdampar di batu karang
penumpang menerima nasib yang berlainan
ada yang jatuh ada yang tenggelam
yang pandai berenang berpaut ke sampan

ada yang berjaya berenang ke tepian
sekali lagi dia melayar sampan
walau pelayaran mungkin tidak berjaya
namun harapannya hanya pada yang Esa..




14 comments:

anak laut said...

salam....melati,


"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah pada ALLAH dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya,supaya kamu mendapatkan keuntungan " (Al Maaidah : 55)

entri yg sangat terkesan di jiwa saya...

hisham said...

salam .x reti sy nk ulas en3 ni...sori k..u jg diri...

Abd Razak said...

Salam..:)

Prestasi perjuangan dalaman akan menentukan keberhasilan dalam perjuangan kita luaran, di mana jalinan umat Islam dieratkan oleh kesatuan semangat untuk memperjuangkan agama dalam menghadapi tentangan dari luar ataupun melawan rintangan dari dalam.

~0~ said...

semoga kita selamat

melatidaisy said...

anak laut :

wa'alaikumussalam..
syukran anaklaut ats ulasan,
barakallahu fik :)

melatidaisy said...

hisham :

wa'alaikumussalam..
it's ok bro hisham :) thanks 4 visit me here..fi amaanillah..

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam ..

syukran akh ats ulasan yg padat dan mantap :)
Barakallahu fik ..

melatidaisy said...

~0~ :

amin..
thanks bro fly..
barakallahu fik..:)

Solehah said...

berjuang tentang benda yang benar kadangkala perit kan..bnyk halangan..tp banyak kemanisan yang dah dijanjikan..

saniza said...

Salam ....

Pejuang biasanya musuh merata ....
Sahabat juga ada di serata ....

terima kasih sudi membaca tulisan saya .

GhOsToNe said...

lumrah kehidupan...

melatidaisy said...

solehah :

yup kak, perjuangan memg pahit, tp dipenghujungnya ade kemanisan :) take care sis!

melatidaisy said...

saniza :

thanks kak..semoga Allah merahmati:)

melatidaisy said...

GhOsToNe :

yup..yg setiap org harus lalui..no short cut ..