Thursday, December 24, 2009

Malu Si Pohon Semalu



Pohon semalu, pantang disentuh pasti menunduk.Namun durinya tetap tajam berceracakan.Indah kiasan buat peribadi remaja yang berhias malu di landasan iman. Mari bersama-sama kita telusuri keindahannya...




Pohon semalu, memang pemalu! Sifat malu lambang kemuliaan dan keindahan diri.Malu bukan hanya untuk wanita malah untuk lelaki juga.Bukankah Rasulullah S.A.W seorang yang pemalu? Daripada Said al Khudri katanya, "Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada anak dara pingitan dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda.[Riwayat Muslim]


Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Malu dan iman itu adalah teman seiring sejalan.Jika satu diangkat, nescaya terangkat pula yang satu lagi.[riwayat at Tabrani]

Baginda bersabda lagi dalam hadith lain mafhumnya: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan, maka untuk Islam adalah sifat malu"[riwayat Ibnu Majah]

Hilangnya sifat malu akan melahirkan jiwa-jiwa remaja yang tidak malu melakukan maksiat. Malu berbuat dosa sengaja dicabut dari diri. Maka segala perintah-Nya berani diingkari dan dan larangan-Nya berani didekati. Malah malu yang dianugerahkan Allah secara fitrah itu disalurkan pada tempat yang tak sepatutnya seperti bertanya di dalam kelas, malu berbuat baik, malu belajar, malu berpakaian sopan dan sebagainya. Tidakkah kita malu pada Allah dan Rasul?



Duhai remaja,
Renungilah kejaiban ciptaan Allah. Bersama sifat malunya ada duri yang tajam berceracakan.Duri itu simbolik untuk sebuah ketegasan prinsip yang tumbuh kerana baja iman. Duri itu ibarat senjata yang mampu mempertahankan dirinya ketika berhadapan dengan gelombang ujian.Contohilah si pohon semalu.Hunuskan duri-duri pertahananmu terhadap godaan.Ketegesan sebuah prinsip itulah dirimu!

Si pohon semalu mengeluarkan bunga ungu yang cantik.Begitulah sepatutnya wawasan seorang remaja yang beriman.Berazamlah untuk menghiasi alam ini dengan bunga-bunga akhlak yang cantik menawan.Pasti alam ini akan tersenyum dengan kehidupan di bawah pimpinan generasi masa depan yang lebih bermakna.



Lihatlah juga, dedaun yang menghijau pada pohon semalu amat erat pertaliannya antara satu sama lain.Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun disekitarnya akan turut tertutup malu.Tindak balas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seharusnya sikap remaja beriman, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa mereka mencintai Allah dan Rasul-Nya.



Wahai remaja beriman,
Ibarat si pohon semalu, dengan malumu yang benar, senjatamu yang tajam, akhlakmu yang menawan dan peribadimu yang sarat kasih sayang, maka melangkahlah dengan gagah di atas jalan dakwah.



ketahuilah..
"akan ada di kalangan ummatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran.Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu."[al muttafaqun 'alaih]

indah kalam rasul junjungan
mengajar erti perjuangan
perlukan keteguhan azam
istiqomah tetap pendirian
jangan mudah terhalang
janji Allah pasti datang.
Islam itu tinggi
tiada yang lebih tinggi darinya
Rasul bermadah lagi
satu janji,satu aspirasi
Islam tak kan dapat ditandingi
cuma yang belum pasti
adakah kita tinggi peribadi?
untuk memikul amanah suci
bagi merebut pandangan Ilahi
sebagai jilul Quran yang tersendiri.



"Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah yang berkehendak (kepada-Nya) dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini"[surah Muhammad 47:38]



ayat Allah cukup menggetarkan
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan
Buat hamba-hamba-Nya yang bermalas-malasan
Sentiasa mencipta alasan
Liat dengan dakwah dan peningkatan
Mahu diketuk berterusan
Tidak menjadikan penggeraknya iman
Cinta Allah dianggap khayalan
Bimbang kelak diri akan terbuang
Dari jalan dakwah penuh ujian
dibiarkan Allah dengan keasyikan
tertipu dengan jalan kehancuran.



Ketahuilah duhai remaja
Allah memelihara jalan-Nya
agar disusuri hati yang bersih
sarat ketakwaan merindui wajah-Nya
jua keredhaan..
itulah jiwa insan pejuang,
bimbangilah wahai remaja
daripada memiliki jiwa munafik
bertopeng ketaatan.



dipetik dari:Solusi[isu no 13 2009, penulis asal ukhti Fatimah Syarha Mohd Nordin], buat peringatan diriku dan teman-teman..

16 comments:

Abd Razak said...

Salam...:)

Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.

Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia yang beriman.

hisham said...

salam..
malu tu sparuh dari iman..i pn pemalu..cmner ngn u..??..hehe

imam said...

tak sangka ye..dari pohon semalu itu pun kita boleh dapat belajar sesuatu..
sesuatu yang boleh di jadi kan panduan..
begitu indah ciptaan Yang Maha Esa..
di sebalik kejadian, ada hikmah nya..

.::afeefah solehah:: said...

mashallah. perkongsian yag bermanfaat.

~0~ said...

setiap kejadian ada hikmahnya

anak laut said...

salam....ukhwah,

tersenyum mawar
merah dan mekar
dirintiki embun segar
melata semalu
menyerlahkan puspa yang ayu
rona ungu
bagai menggamit datang
mawar harum nan kembang
diipetik dimasukkan ke dalam balang
aduh
jari tertusuk duri berbisa
darah merah mengalir sama
semalu pula
di tanah menjalar melata
menghiasi padang hijau yang luas
bertaburan bebas
semalu dipetik
aduh
mengapa daunnya merapat
tak bisa disunting menjadi semat
mawar masih di daslam balang
semalu dibuang kembali ke padang
mana satu menjadi pilihan
mawar merah yang melukakan
atau semalu yang tak rela disentuh tangan?

anaklaut

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam..:)

malangnya skarang ramai org yg malu pada pada perkara yg x sepatutnya di malukan..
tq ats ulasan akh..

melatidaisy said...

Hisham :

yup, malu itu sebahagian dr Iman..hilang malu menyebabkan terdorongnya kepada maksiat2 yg lain..
tq bro 4 ur comment.. :)

melatidaisy said...

imam :

yup, sy pun terkesima bila first time jmpa artikel tu..Allah ciptakan setiap sesuatu untuk kita renung dan tafsir seterusnya ambil iktibar dr penciptaan-Nya..

melatidaisy said...

.::afeefah solehah:: :

syukran ukhti 'ala ziaratik..Allahu yubariku fik :)

melatidaisy said...

~0~ :

stuju dgn bro..Allah tak ciptakan setiap sesuatu utk sia-sia..pasti ada hikmah disabaliknya..

melatidaisy said...

anak laut :

wa'alaikumussalam.

"mana satu menjadi pilihan
mawar merah yang melukakan
atau semalu yang tak rela disentuh tangan?"

syukran ats puisi..sgt indah bila sy hayati..
barakallahu fik..:)

anak laut said...

salam.....

puisi yg biasa2 saja..
saya pemuisi jalanan saja..serba kekurangan.
tqb singgah komen di setiap entri anaklaut..
moga sentiasa dirahmati allah selalu..

melatidaisy said...

anaklaut :

wa'alaikumussalam..

sama2..syukran jgk ats ulasan2 dr anaklaut..barakallahu fik..

MuNie said...

hati munafik bertopengkan ketaatan.

naudzubillah...
thanks for the entry.
btw, puisi anaklaut tu, ape mksud frasa last tu?
explen sket.

well.. u know me.. :)

melatidaisy said...

MuNie :

na'udzubillah ..
welcome munie..orait, t i explain ..via sms k :)
take care dear (*_*)