Tuesday, December 22, 2009

nak balik (T_T)

bismillahirrahmanirrahim..

dalam kesibukan hari-hariku dibumi tarbiyah ini, ingatan dan rinduku pada keluarga nun di sana semakin hari semakin membuak, kerinduan pada ummi dan abah semakin kuat dalam tiap hela nafasku ini..rindu pada adik-adik juga makin terasa, beberapa hari lalu adik perempuanku menghubungiku dan bertanya akan saat kepulanganku..rupa-rupanya dia perlukan khidmat saya untuk menjahit tudung sekolahnya, ye tak ye jugak, cuti sekolah bersisa beberapa hari saja lagi..tak lama lagi lima dari adik-adikku akan meneruskan perjuangan mereka, 3 di sekolah agama dan dua di sekolah rendah.

tahun baru ini ummi dan abah ku akan kembali menjadi orang yang paling busy di jalan raya, ke hulu ke hilir menghantar adik-adikku ke sekolah mahupun pusat-pusat tusyen..tambahan pula tiga dari adik-adikku akan menduduki UPSR, PMR, dan SPM, pasti ini semua merisaukan ummi dan abah..namun seperti biasa tugas dan tanggungjawab mereka terus berjalan malah lebih gigih lagi..dari dulu aku menilai, ummi dan abahku sentiasa berusaha gigih, tugas mereka memberi kami pelajaran yang terbaik, penat lelah mereka seharian berkerja tidak menjadi alasan pada mereka untuk mengabaikan keperluan pelajaran kami selain daripada pengajian rasmi di sekolah. Masihku ingat sewaktu di sekolah rendah, huujung minggu kami adik-beradik padat dengan kelas tusyen, pagi dan petang, tinggal malam je untuk kami menyiapkan homework.Jadual waktu tusyen yang berlainan antara kami juga buat ummi dan abah bertambah lelah,entah berapa ratus kilometer sehari kereta tu berjalan atas jalan raya, entah berapa ribu liter minyak yang dibakar..sehinggakan ummi pernah cakap.."jalan raya ni agaknya dah boring jumpa tayar kereta ummi" :) Semuanya demi memastikan kami mendapat ilmu yang secukupnya, tinggal lagi usaha dan kesungguhan kami masing-masing untuk berjaya..

Terima kasih ummi dan abah, perit jerih kalian tak kan pernah mampu untuk kami balas, hanya Doa dari kami sentiasa membaja, agar Allah mengasihi kalian sepertimana kasihnya kalian pada kami sedari kecil. Semoga kita sekeluarga bertemu di syurga. sehingga ke saat ini, aku sudah di sini, kesungguhan ummi dan abah untuk melihat kejayaan ku makin hangatku rasa..aku bersyukur dengan segala keperluanku yang mereka beri, cukup segala-galanya tinggal lagi usaha dan kerajinanku ke arah itu..tapi adakah aku sendiri betol-betol berusaha segigih usaha orang tuaku?? (T_T).. Ampunkan anakmu ummi dan abah kerana kadang-kadang anakmu terleka, kerana kadang-kadang anakmu lemah dalam perjuangan, nasihat dan kata-kata semangat dari kalian sentiasa basah dalam jiwaku.alhamdulillah lemahku ini buat aku semakin kuat, lebih-lebih lagi bila aku memusatkan fokusku pada impian kalian, aku sangat merindukan pelukan kasih kalian tiap kali berpisah saat menghantarku menaiki bas untuk pulang meneruskan perjuangan di sini, aku rindukan ciuman ummi dan abah di pipiku, aku rindukan semua tu..terima kasih ummi dan abah..kalian adalah anugerah paling berharga dalam hidupku, semoga Allah memanjangkan umur kalian kerana aku perlukan doa dan nasihat kalian hingga kehujung hayatku, aku lemah tanpa kata-kata emasmu, aku lemah tanpa teguran mendidikmu yang saban waktu mengiringiku..Sungguh..aku amat merindui kalian saat ini.

Ummi, abah..nantikan kepulanganku hujung minggu ni..bertambah seronok sbb kak long pun join balik besut sama, selalunya kak long akan ke KB,rumah suaminya terlebih dahulu. sangat-sangat merindui kampung halaman..malam tadi kak long dan aku ke greenwood cari tiket, malangnya hanya beberapa kaunter tiket je yang masih dibuka dan tiket untuk khamis malam dah abis..kecewa sangat2 rasa dihati,dalam kereta nak balik tu macam nak menangis je rasa..air mata bertakung, takut sgt harapan nak balik hujung minggu ni tak kesampaian..aku pun tak tau kenapa persaan nak balik hujung minggu ni sangat kuat.. tapi kak long dah janji nak cari lagi hari ini, aku nekad nak balik jugak walaupun tiket hari jumaat, walaupun mungkin hanya balik menempah penat [sbb hanya hanya hari sabtu aku dirumah dan ahad dah kena balik sini], tapi apa sangat lah penat tu berbanding dengan saat bersama mereka. aku sanggup dan aku tak kisah. aduhai, makin rindu plak bile bercerita tentang nak balik ni... rindu jugak pada ombak yang sentiasa membelai hati dan jiwaku..nantikan aku pulang ye ombak :)

ok..need to pen off now, jap gi nak bertolak ke kelas phonology..('ilmul aswat)..tetibe je rase mcm nak tulis diari pagi ni..:) semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku di sini..amin..

"Allahummaghfirlana wa liwaalidiina warhamhuma kama rabbauna sighaara..amin"

19 comments:

~0~ said...

Mak ayah anugerah paling berharga dalam hidup...Xkan mampu kita balas jasa mereka dengan apa pun.

imam said...

sebagai ank yang soleh dan solehah..ringan2 kan lah diri kita untuk sentiasa berdoa kepada Allh SWT supaya mereka dipanjangkan umur dan di berkati..terutama kepada ank lelaki..tanggungjawab terhadap ibubapa sehingga ke akhir hanyat..jangan sesekali memperkecilkan hati ibubapa..

p/s: hati aku mudah sayu bila teringat kat mak abah..terutama mak..

Abd Razak said...

Salam...:)

Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha kaya, tidak perlu kepada makhluk, memberi tanpa meminta apa-apa balasan & tanpa mengurangkan langsung perbendaharaanNYA. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dgn kasih sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dgn sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian.

Selamat kembali ke kampong utk menemui ibu bapa...:)

hisham said...

salam..berbaktilah pd mrk selagi dorang masih ade...

deena farhana said...

salam melatidaisy..(maaf,nak panggil ape ye..)

pekaba? hrp sihat selalu...entri ni touching..xpe..moga ayah bonda selalu diberi kemudahan dlm segala urusan..

moga bahagia dunia akhirat..slm ukhuwah istimewe dr sy..

MuNie said...

sayunyer.. aku nk bg komen nasihat, cm xpandai.. haa..nt dah smpai umh, kim slm kt mak n ayah ko eh. jln elok2..

iqbalsyarie said...

owh..selamat pulang ea~ Berbaktilah kpd ibubapa,seolah-olah kita ini hamba kpd mereka.. =)

anak laut said...

salam...


Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah segala urusan kerja Melatidaisy m sahabatku ini, berikanlah beliau kejayaan dalam pengajiannya, berikan kerahmatanMu Ya Allah pada seluruh keluarganya Ya Allah, Berikanlah kerahmatanMU pada nya Ya Allah...

anaklaut

Solehah said...

Amin..Insyaaallah..istikhamah ya tuntut ilmu..doakan melati dpt yg terbaik dlm hidup..

melatidaisy said...

~0~ :

sgt betol ckp bro, mereka adalah anugerah trindah dlm hidup kita, sama2 kita usaha utk mmbahagiakan mereka selagi hayat yg ada..

melatidaisy said...

imam :

semoga kite smua dpt jd anak2 yg soleh n solehah utk mereka..dan mendoakan mereka, apatah lgi doa anak2 soleh n solehah mustajab di sisinya..

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam..

meskipun sifat Al Wahhab pd ibu dan bapa kita cumalah sekadar percikan sifat Al Wahhab milik Allah, namun nilainya tiada tandingan, curahannnya melimpah ruah segar mendampingi kita anak2nya, luasnya umpama lautan yg x berpenghujung,dan titisannya sentiasa mengalir dalam tiap urat darah.subhanallah..

semoga Allah menempatkan ayahbonda kita di jannah yang abadi..amin.

melatidaisy said...

hisham :

tq bro hisham ats peringatan..semoga kita semua brjaya mnjadi anak yg soleh n solehah ..amin.

melatidaisy said...

MuNie :

dont ever say no b4 u try dear, my ticket lusa pg, doakn my journey k..insyaAllah, akn kusampaikan salam pd mereka..u too, blik teluk intan nanti hati2 k..i'll always pray 4 u, remember dat u still have me, ak sntiasa di sini menemanimu dlm mujahadah kita..smoga Allah merahmati kita..amin..

ma'attaufiq wannajah!!

melatidaisy said...

iqbalsyarie :

syukran iqbal..barakallahu fik :)

melatidaisy said...

anak laut :

wa'alaikumussalam..

amin ya rabbal 'alamin..syukran anaklaut ats doa..sy hargainya..doa sy semoga anaklaut jga dipermudahkan urusan dalam segenap hal, terus diberi kekuatan dlm jihad mendidik anak2 bangsa .. ma'attaufiq wannajah :)tq..

melatidaisy said...

Solehah :

amin..thanks kak solehah..akak pn sama, good luck!! rindu akak :)

melatidaisy said...

deena farhana :

Wa’alaikumussalam.. :)

Alhamdulillah sihat walafiat..hope deena pon mcm tu..syukran ats doa..
Salam ukhwah kembali istimewa dr sy  semoga deena sekeluarga diberkati Allah..
Ma’attaufiq wan najah!! =)

p/s: bleh panggil melatidaisy je :)

anak laut said...

salam..

terima kasih..