Wednesday, December 16, 2009

pelayaran mujahid..


dalam hitam kelam malam

dalam suram dingin subuh

kita bangkit nyalakan obor

kita pijak ranting gemuruh

agar langkah kian kukuh

biar semangat jangan lumpuh



simbahan sinar mentari pagi

berpayungkan luas awan suci

kita atur tapak jejak

kita susun biar semarak

kerana..

tegak kita di bumi Dia

cuma dari titisan hina

namun..

kita bela diri kita

kita bawa ia berkelana

bukan untuk ditangis hiba

bukan untuk sendirian lara

kerana kita ada Dia

kerana Dia telah merencana

bukan kah kita telah dicipta

untuk jadi khalifah dunia??



apa misi kita?

apakah usaha yang dah terlaksana?

tidak malukah kita pada mereka?



wahai diri

jangan dimanja hati ini

jangan dilayan sesak diri

jangan diikut nafsu duniawi



perkukuhkan benteng kuatkan jiwa

kemudi layarmu dengan iman

kukuhkan ia dengan perisai taqwa

kelak kamu tidak karam

dalam lautan noda dunia

kerana sesungguhnya pelayaran ini

pelayaran si mujahid berkompaskan Nabi

bertuhankan Ilahi..


14 comments:

anak laut said...

salam...

sangat menghyatinya dengan pandangan mata hati..

Abd Razak said...

Salam...:)

Tuntutlah sebenar-benar diri
Kerana Dialah yang akan kembali
Menghadap ilahi
DariNya kita datang
Dan KepadaNya kita kembali
jadilah khalifah Allah
yang redha dan diredhai.

~0~ said...

terima kasih...

sungguh indah

iqbalsyarie said...

sangat mendalam...juga sangat menyayat hati..
penuh ikhtibar dan pembakar semangat~

CIKGU ZAM said...

salam melatidaisy,
penulisan dalam blog saudari sangat ilmiah dan boleh dijadikan wadah untuk kita sama2 menginsafi diri kita, tahniah saudari. Kata di atas sungguh mengujakan.

imam said...

terlalu kecil diri ini di disisiNya..

Khalifah?

adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifahNya?

Oh tuhan..bimbing la diri ini..
permudahkan lah segala urusan ku..

p/s: tahniah..puisi yg amat bermakna dan mendalam maksudnya..sama2 kita berlayar untuk menuju ke destinasi..

ASYIQ said...

Sungguh indah....terima kasih.

melatidaisy said...

anak laut :

wsalam ..

pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yg hakiki

syukran singgah teratak sy :)
barakallahufik..

melatidaisy said...

Abd Razak :

w'salam :)
syukran akh ats ulasan anta
barakallahu fik..

melatidaisy said...

~O~ :

thanks bro..

barakallahu fik :)

melatidaisy said...

iqbalsyarie :

syukran akh,
barakallahu fik :)

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

wsalam..
syukran cikgu ats ziarah..
semoga kite kuat dlm perjuangan..
ma'annajah buat cikgu zam jgk..

barakallahu fik :)

melatidaisy said...

imam :

thanks en.imam ats ziarah..
semoga tertunai segala tugas kita, dalam segenap perkara..cuba yg terbaik..moga diiringi rahmat dari Allah..amin..
barakallahu fik :)

melatidaisy said...

kak ASYIQ :

syukran kak ats ziarah ..
semoga Allah merahmati akak..:)