Saturday, December 26, 2009

salam ukhwah..




bismillahirrahmanirrahim..



duhai teman,


kita dicipta bkn suatu kebetulan,


atau sekadar main mainan,


kita pemikul amanah Tuhan..



"sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang,maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akn mengkhianatinya,dan dipikullah amanat itu oleh manusia.sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak mahu melaksanakan)."

[surah al Ahzab:72]






di saat gersang jiwaku


kau sirami muhasabah


di saat tandus amalku


kau suburkan qudwah


di saat gugur semangatku


kau bajai quwwah




teruja aku pada kata-kata imam ghazali yang mulia :




"ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"




kuharapkan mekar di hati


agar persahabatan suci ini


kan terus mantap


menjadi syafaat


terukir indah


di pintu jannah!






duhai sahabatku..aku inginkan persahabatan indah ini bisa menjadi syafaat di mahkamah Mahsyar nanti, ketika semua umat manusia gusar mencari perlindungan,Allah menyeru tujuh golongan,antaranya dua pemuda yang saling berkasih sayang kerana Allah,begitu sabda junjungan..






"tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sahaja.Antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun dan bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah"

(riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tarmizi dan al-Nasa'i daripada Abu Hurairah r.a)




16 comments:

hisham said...

salam..semoga sy mnjadi sahabat yg baik insyaAllah...

Abd Razak said...

Salam...:)

Sahabat sejati adalah yang mengetahui kealpaanmu lalu memberi peringatan dan petunjuk.

imam said...

kita berblogging juga kerana Allah..saling ingat mengigati antara satu sama lain..hehehe

jane said...

melati....

smg untaian persahabatan kita di alam maya ini adalah satu ukhwah yg bertautkan nama Allah kan

smg kite smua tergolng dlm golongn yg dilindungi..amin;)

melatidaisy said...

Hisham :

wa'alaikumussalam..
semoga kita semua termasuk dlm golongan itu..amin..:)

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam..:)

"Sahabat sejati adalah yang mengetahui kealpaanmu lalu memberi peringatan dan petunjuk"

dan itulah sebenar2 fungsi sahabat..

melatidaisy said...

imam :

yup..btol tu imam :)tq sudi singgah teratak melatidaisy ..
barakallahu fik!

melatidaisy said...

kak jane :

amin..syukran kak ats doa..
salam ukhwah fillah ;)
semoga Allah merahmati akak..

anak laut said...

salam..

saya secara jujurnya sangat bangga mengenali melati, moga ukhwah kita kekal hingga di akhirat..amin

~0~ said...

semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya

melatidaisy said...

anak laut :

wa'alaikumussalam..

syukran anaklaut..sy juga brsyukur dpt mengenali anaklaut.semoga Allah merahmati ukhwah ini..syukran ats segala perkongsian ilmu dan bicara..

barakallahu fik :)

melatidaisy said...

~0~ :

insyaAllah..amin..thanks bro fly ..
barakallahu fik :)

mizaranun said...

Salam ukhwah...
nilai ukhwah sgt tinggi di sisi Islam. Dgn ukhwah boleh membawa ke syurga...
~moga kita semua ditemukan dgn ukhwah filLah bertemu n berpisah kerana Allah.. :)

melatidaisy said...

mizaranun :

salam ukhwah kembali..
ahlan wasahlan akh..syukran 'ala ziarah.. :)

kawie2020 said...

semoga ibubapa saya redho ngan saya dunia akhirat.. amimmm....

melatidaisy said...

kawie2020 :

amin...keredhaan Allah terletak pada keredhaan ke dua ibu dan bapa :)