Friday, December 4, 2009

TAHUKAH ANDA !!

:: ARAHAN PEMIMPIN BARAT UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM DAN UMMATNYA ::

Rancangan Pertama
Melenyapkan sistem pemerintahan khalifah Islam di negara Islam


Rancangan Kedua
Hancurkan akhlak Muslim, meracuni fikiran mereka sehingga timbul keregangan hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka dari hawa nafsu mereka

Rancangan Ketiga

Menghapuskan Al Quran yang menjadi sumber kekuatan dan ketamadunan Islam


Rancangan Keempat

Melenyapkan sebarang bentuk persatuan Muslim yang menjadi sumber kekuatan ummat Islam sedunia


Rancangan Kelima
Menimbulkan rasa ragu dalam pemikiran orang-orang Islam terhadap kebenaran Islam


Rancangan Keenam

Hancurkan Arab, agar dengan kehancuran itu mereka pula akan menghancurkan Islam yang mereka anuti selama ini


Rancangan Ketujuh

Dirikan sistem diktator di dalam Islam untuk menyekat berkembangnya Muslim dan agama Islam


Rancangan Kelapan

Pencilkan ummat islam supaya tidak dapat menguasai perindustrian dan membiarkan mereka hancur dengan barang-barang barat


Rancangan Kesembilan

Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tidak memberi kesempatan kepada mereka untuk untuk bergerak bebas menerangkan kebenaran Islam


Rancangan Kesepuluh

Rosakkan wanita-wanita Islam dan menggalakkan pergaulan bebas di kalangan pemuda-pemudi Islam, kerana apabila rosak wanita maka rosaklah ummatnya.



Firman Allah s.w.t


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10]
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya
[11]" (As Saff)

24 comments:

hafizfillah said...

assalamualaikum...

btapa dhsyatnye prncgn mereka...
namun...umat Islam msh terlalu leka dgn kejayaan RANCANGAN JHT ini...
khususnya pemuda-pemudi atau dgn spesifiknye MAHASISWA kita hari ini...

smg lbh bnyk lg ingatan2 yg mndatan..
syukran ya ukhti=)

Abd Razak said...

Salam...:)

Kebanyakkan rancangan itu sudah terbit dalam kalangan orang2 Islam kini contohnya di negara kita...pergaulan bebas di kalangan muda-mudi, ulamak tidak boleh bersuara, suntikan dalam perkara furuq dan sebagainya...

Kita hanya tidak sedar akan perkara ini...terutamanya pemimpin kita

~0~ said...

rancangan mereka sedang dilaksana dan ada yang da berjaya cuma sedar atau x je...

GhOsToNe said...

dasyhat!!!!

moga agama kita dilindungi selamanya...

insyaALLAH...

iqbalsyarie said...

Ternyata mereka telah berjaya.Kita yg masih bertahan dgn sisa iman dan yakin ini pun sudah terkena tempias.Mungkin,jika kita tiada usaha atas iman...iman kita pun akan hilang juga dibelai angin kemajuan...

AKU OranG LauT said...

kita tengok kt malaysia sudah..

remaja kita makin lama makin hancur..
org dewasa makin lama makin teruk..

maksiat sana sini,
penzinaan berleluasa,
jenayah menjadi-jadi,
rasuah bermaharajalela,

rancangan tv asyik tunjukan rancangan realiti..
sume nk jd artis,
artis sume nk pakai seksi,

apa nk jadi dgn malaysia yg dgn selamba mengisytiharkan sbg negara islam tp mana perlembagaan ISLAM.......??

melatidaisy said...

to hafizfillah :

wa'alaikumussalam..:)

itulah yg permasalahannya sekrg, semakin berjaya rancangan2 mereka, semakin bertambah kelalaian manusia.

melatidaisy said...

to Abd Razak :

wa'alaikumussalam :)

ye, sy setuju, semuanya sudah terbit dengan zahirnya terutama sekali yg membinasakan muda mudi muslim harini..betapa peranan kerajaan amt tinggi, kenapa tidak diharamkan sahaja segala pusat hiburan dan judi, dan segala sarang maksiat yang sentiasa tumbuh saban hari..memikirkan semua ini kadangkala membuat saya termenung sendiri..berdoa dalam hati dan cuba islahi diri..

melatidaisy said...

to ~0~ :

betul cakap bro tu, rancangan2 mereka sudah berjaya menyelinap dalam ruang muslim kita hari ini, semoga kesedaran menyebelahi kita terutama sekali peneraju masa depan, bukan leka yang melalaikan..insyaAllah.

melatidaisy said...

to GhOsToNe :

agama kita sentiasa akan dilindungi..itu janji Allah..

"inna deena 'indallahil Islam.."

kita penggeraknya..semoga persiapan sentiasa membaja..:)

melatidaisy said...

to iqbalsyarie :

na'udzubillah..semoga iman kita tidak hilang dibelai angin kemajuan..semoga Allah memelihara iman kita yg senipis kulit bawang ini..dan semoga kita sentiasa ditetapkan hati di jalan-Nya..

melatidaisy said...

to AKU OranG LauT :

i'm totally agreed with orang laut..terseksa jiwa hidup dalam sebuah negara Islam yg tanpa perlembagaan Islam ini..namun masih perlu bersyukur dgn nikmat keamanan dan usaha semua haruslah berterusan dalam membentuk daulah Islamiah..

anak laut said...

salam...ukhwah,


satu entri yang baik dalam memperingatkan kepada semua. terima kasih.

saya rasa ramai yang belum lupa akan pada bulan September 2005, penghinaan terhadap Rasulullah SAW dibuat melalui karikatur di sebuah majalah di Denmark. Setelah itu penghinaan terhadap Rasulullah SAW terus berlaku lagi bak salju dan meluas baik melalui karikatur ataupun majalah dan tulisan sampai pertengahan tahun 2006.

Seluruh umat islam mengutuk keras tindakan penghinaan tersebut, namun di Malaysia, kesedaran itu masaih belum sebati dalam jiwa umat islam.

Moga entri ini akan membuka mata semua umat islam di kalau bukan di seluruh dunia pun, sekurang2nya biarlah di malaysia.

moga allah swt memberi rahmat pada anda.

Solehah said...

tq melati..perancangan sebegini dah tak janggal lagi..semua dah berlaku di negara kita sendiri..satu persatu dicantass dan mereka hampir berjaya..semoga kita semua tidak terjebak dengan semua ni..

melatidaisy said...

to anak laut :

kesedaran itulah yang harus dipupuk, dan digerakkan untuk membataskan serangan-serangan mereka..

syukran ats ulasan anaklaut, barakallahu fik..

melatidaisy said...

to Solehah :

mudah-mudahan kak..amin..tq singgah sini :) moga Allah merahmatimu:)

anak laut said...

salam..

tq singgah bagi 2 ulasan di entri anaklaut..

melatidaisy said...

wsalam..

'afwann anak laut

CIKGU ZAM said...

salam, ya setuju dengan melatidaisy, barat memg sentiasa nak menghancurkan islam. Kita kene sama2 saling menasihati antara kita bersaudara

hisham said...

salam..moga allah swt gagakn rancangan mrk sepenuhnya...amin..........

anak laut said...

salam...ukhwah,

kata-kata anda dalam entri "lelaki ini" sangat terkesan di hati saya..

terima kasih.

anak laut said...

salam...melatidaisy,


saya menulis membalas ulasan untuk kamu, maka tidak perlu meminta izin sememangnya milik kamu..

al

melatidaisy said...

to anaklaut :

wsalam..

jazakallahu khairan jazaa' :)

melatidaisy said...

to hisham :

wsalam ..

amin..tak mustahil jika semua memainkan peranan dengan betul.