Sunday, July 26, 2009

WANITA ; akal senipis rambutnya..




Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah


Friday, July 24, 2009

KiTa DaN iBu


KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN
MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA
TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN
DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL
WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG
DINDING.

BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM
LOPAK KOTOR.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT :
"TAK NAK! TAK NAK!"

APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN
TINGKAP JIRAN.

MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG
KELAS.

BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK
MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON
TELEVISYEN.

MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG
MENUTUP AURAT,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA
DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI
ZAMAN SEKARANG.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT
UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS
SEPUCUK SURAT PUN.

BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN
RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA
MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA
BERSAMA KAWAN-KAWAN.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR
YURAN PENGAJIAN,MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG
BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA
IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN
ISTEMEWA, KITA KATA, ".ITU BUKAN URUSAN IBU."

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN
PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU
JADI SEPERTI IBU."

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT
UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN
PADA KAWAN-KAWAN.."PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK,
TAK BERKENAN AKUUU!"

MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL
MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA
DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT,"IBUUU,
TOOOOOLONGLAHHH.."

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG
PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN
MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN
PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH
BERKATA, ".ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN
MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA,
"KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA
KITA MENJAGANYA,KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN
KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA
ANAK-ANAK.

DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU
MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN
AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA
TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH
MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU
KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU
KANDUNG.




Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku
adalah semata-mata kerana Allah SWT

Wednesday, July 22, 2009

Lelaki yang aku idamkan....

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHA ILLALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa......

Friday, July 3, 2009

B.I.N.G.K.I.S.A.N S.Y.A.H.D.U



Perjalanan ini tiada sinar yang menyuluh

Menempuh laluan duri-duri yang berliku

Ku terpaksa meniti titian rapuh

Berpaut pada ranting yang kian kukuh

Ku masih mencari hala dan tujuan

Mencari cinta dan pengertian

Meneruskan perjalanan dalam kehidupan

Destinasi cintaMu ohh TuhanKu

meninggalkan bingkisan penuh syahdu

Sendu perasaanku mengenang debu-debu dosaku

Linangan airmata tak bisa mengubat jiwa

Hanya kembali padaMu yang maha Esa

RahmatMu oh Tuhan

Petunjuk hidayahMu sinarilah hidupku

Dikala ku mendambakan cintaMu

KasihMu oh Tuhan sentiasa ku dahagakan

Pintaku Kau padamkanlah api keresahanYang melanda di jiwa ini…Oh Tuhan

NamaMu oh TuhanTerukir dihatiku menenangkan jiwaku

Dikala ku mendambakan cintaMu

KasihMu oh Tuhan sentiasa ku dahagakan

Pintaku Kau padamkanlah api keresahan

Yang melanda di jiwa ini oh Tuhan

Doa kudus mengiringi daku

Aku pasrah dan berserah padamu

Kau ampunilah….segala dosa…..segala dosa……