Sunday, November 29, 2009




saujana alam
luas mata memandang
ku kutip debu bertaburan
buat rencah untuk ku jalani kehidupan

lambaian kasih pohon rindu
setia berlagukan bayu
menghias sendu awan kelabu
di balik langit biru

irama itu
segar dalam hatiku
menggetarkan jiwa pilu
yang rindukan cahaya salju
bertasbihkan warna dunia-Mu
bertahmidkan cinta agung-Mu

Tuhan
berikanku waktu
untukku terus berdagang
di tepian rahmat-Mu
dan kudambakan nusrah-Mu
mengiringi tiap detik perlajalanku..


melatidaisy 291109/1515


Woman Without Her Man...

Suatu hari seorang profesor menulis ayat
"Woman without her man is nothing"... di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.

Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu dia telah meletakkan tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dibaca dengan berikut :
"Woman, without her man, is nothing"
Usaha pelajar lelaki itu mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar tersebut duduk di tempatnya dan sorakan berterusan.

Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
"Woman! without her, man is nothing"
Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada profesor."Well", kata profesor itu. "you can be wat you want to be"lalu keluar meninggalkan dewan.

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini?
Banyak, tetapi kata profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be..maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan pada diri kita. Kalau "woman without her man is nothing" dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi yang tertentu hasilnya berbentuk negatif bagi wanita..tetapi apabila dibaca dengan "Woman! without her, man is nothing" ia begitu memotivasi dan amat bernilah sekali


Petikan buku HM Tuah Iskandar al-Haj, "Membina Hati Bahagia".
Kesimpulannya, anda yang membuat keputusan samada anda mendapat kebaikan atau hanya kerugian dalam hidup ini..

Thursday, November 26, 2009

~ salam 'eidul adha ~


bismillahhirrahmanirrahim..

di kesempatan ini MELATIDAISY ingin mengucapkan

salam 'eidul adha

kepada ummi dan abah seisi keluarga serta sahabat-sahabat
tidak kira walau di mana anda berada..

anda tetap di hati saya

dan tetap dalam doa saya..

semoga pengorbanan kita semua seiring dengan Redha Allah..

let us strive for mardhatillah :)

Wednesday, November 25, 2009

:: bicara rindu seorang adik ::

izinkan aku
berbicara dengan hatiku
merungkai sebuah rindu
yang lama bertamu di dalam kotak hatiku

izinkan aku
menyelak helaian silam
menyingkap memori semalam
yang utuh tersimpan di sebalik kedewasaan
saat di mana kau dan aku
dua insan umpama satu
begitu engkau begitulah aku

kedewasaanmu mendidikku
kasih sayangmu menjagaku
tanggungjawabmu melindungiku saban waktu
sungguh aku amat mensyukuri
anugerah dari-Mu ini ya Rabbi

kini..zaman ditelan masa
saat mencemburui kita
kita makin menginjak dewasa
menongkah arus menduga rasa
meratah hakikat dunia

inilah perjalanan mujahadah kita
kau dan aku mungkin di dunia yang berbeza
namun kita masih di landasan yang sama
pesananmu azimat di jiwa
impian mereka taklifan bersama

kakandaku..
kuatlah dikau di jalan mujahadahmu
begitu jua aku di jalan mujahadahku
kakakandaku..
ku lontarkan rindu ini buatmu
agar ia basah menyirami hatimu
kerana aku tahu rindu ini rindu kita..


salam sayang dan rindu buat kak long..semoga Allah merahmatimu setip masa.. :)

melatidaisy [251109/00.30am]

Monday, November 23, 2009

Renungan





Wahai saudaraku!!!

Berimanlah kamu kepada Allah, perkukuhkanlah mengenal dan bergantung pada-Nya, janganlah kau takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipan-Nya dan jauhilah larangan-Nya..berakhlaqlah kamu dengan akhlaq yang mulia dan sempurna.Jadilah kamu orang-orang yang kuat dengan akhlaq mulia, mulia dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kamu iaitu kemurniaan orang Mukmin dan orang-orang yang bertaqwa lagi solehin. Hadapilah Al-Quran untuk mengkajinya dan sirah Nabawiyah untuk kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjado orang yang praktikel bukan orang yang berhujah sahaja. Apabilah Allah memberikan segala sesuatu kaum itu tidak hidayah, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berhujah.

Kasih mengasihanilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu dan tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu kaum kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.

Dengar dan patuhlaH kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Dialah simbol idea (fikrah) kamu dan bulatan penghubung di antara kamu. Tunggulah selepas itu kemenangan dan sokongan dari Allah. Harapan tetap kunjung dan jangan kamu ragu terhadapnya.

(AL IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA )

Sunday, November 22, 2009

:: bayangan Redha-Mu ::


RedhaMu…

Kehidupan ini,

Anyaman ujian dan takdir,

Perjalanan awal menuju ke akhir..

Bersama langkah yang kadangkala tergelincir..

Ditepian jurang Dosa..

Lantas ku kunci Hati dengan Doa

Kupagari Jiwa dengan Cinta

Agar diri terus teguh terpelihara

Di bawah bayangan redha..

Bayangan RedhaMu..


melatidaisy:kupinjam bicaramu wahai sahabat..buat pedoman langkah mujahadahku..

Friday, November 20, 2009

.: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga :.



~ khas buat diriku dan sahabat-sahabat yang bergelar hawa, puasi indah ini ku dedikasikan buat antunna semua sebagai penguat semangat di jalan mujahadah kita ~




Wahai kakakku,

Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?

Asyik berteman tangis dan sendu sahaja..

Wahai adikku,

Bukan wanita itu lemah dek kerana sendu dan tangisnya

Tetapi di situlah adikku

Kekuatan bisa meleburkan keegoan seorang lelaki

Menjadi ‘izzah yang paling gah

Bahkan lebih gah dari ego seorang lelaki

Kerana sendu rayunya

Musa a.s terselamat daripada kekejaman Firaun

Duhai adikku

Lembut wanita itu bukan kerana lemah

Tetapi senjata

Namun wahai kakakku

Wanita itu fitnah dunia

Pernahkah kakakku dengar?

Pesanan ilahi pada hambaNya

“wahai laki-laki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu”

Cuba adik nilai

Pada siapakah Allah dahulukan pesananNya?

Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal

Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya

Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya

Dan tidaklah Allah lupa pesanan buat wanita

Agar memelihara auratnya

Kerana di situlah kehormatannya

Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Tapi kakakku

Kenapa wanita itu menjadi peragaan?

Tidakkah mereka merasa malu?

Wahai adikku sayang

Al haya’ (sifat malu) ada dalam diri setiap insan

Wujudnya seiring dengan nafas insani

Dan al haya’ itulah pakaian iman

Pada diri wanita itu indah al haya’ sebagai pembenteng diri

Namun..bilamana al haya’ itu lebur

Imannya runtuh..

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid

Merasakan diri belum cukup menarik

Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

Namun adikku

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku

Seribu satu keindahan penciptaan wanita

Pandai-pandailah dikau menilai

Antara permata dan debu-debu kilauan pasir

Wahai adikku

Janganlah adik gusar

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu

Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,

Menggugurkan diri..menyembah tanah..

Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..


wanita ibarat epal..epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi..kerana ia berguguran di tanah..tetapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak..susah dipetik, susah digapai..terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? lantas dia merendahkan martabatnya dan seterusnya menggugurkan dirinya menyembah tanah..sedangkan sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya..sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya..hanya pemuda yang benar hebat sahaja yang mampu!!mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat..biarlah jodoh bukan di dunia..asalkan cinta Ilahi mengiringi kita..

semoga kita bisa menjadi hamba, anak, isteri dan ibu serta muslimah yang cerdik dan solehah..amin..

p/s: terjumpa puisi indah ni..terus saya "copypasteshare" here..becoz sharing is caring :) ..



Wednesday, November 18, 2009

:: sejuk ::

bismillahirrahmanirrahim..

seperti yang diramal, hujan tanpa henti akan melanda kelantan dan terengganu sepanjang minggu ni mulai hari isnin yang lepas..isnin tak hujan pon, semalam hujan start petang dah nak dekat-dekat maghrib, arini rabu memang dari pagi tadi hujan tak henti-henti.. berkurung dalam rumah je dari td..:)

perasaan?? rase sejuk la ape lagi..:)..best sejuk macam ni..macam2 aktiviti indoor bleh buat..hehehe :)

harap-harap esok petang tak hujan..dah plan nak gi jalan2 kt pantai..

Ya Allah, hujan ini rahmat.. rezeki yang turun dari langit-Mu..
Kau limpahkanlah rahmat-Mu ke atas kami dan Kau berilah peringatan dan keampunan-Mu andai kami terleka dengan nikmat dan rahmat-Mu..

pen off.. :)

~ satu penerbangan ~

Bila kita akan berangkat dari alam ini (dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu - kubur dan akhirat.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat di dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atas kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cutton.

Di mana pewanginya bukan One Drop Perfume atau Paco Rebone tetapi air mawar dan cendana.

Di mana passport kita bukan lagi Malaysia, British atau American tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan sekadar 6 bulan tetapi selagi kita berpegang kepada kalimah
"LA ILAHA ILLALLAH"

Di mana pelayannya bukanlah bidadari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain..

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau economy, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukanlah KLIA, atau Jeddah Airport, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik aircond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap dan gelita.

Di mana pegawai imegrisen bukan lagi pihak kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan, bukan Disneyland, Paris atau London tetapi Syurga atau Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam atau alat pengesan

Di mana lapangan terbang transit adalah Al Barzakh

Di mana destinasi terakhir samada syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau neraka jahannam..

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya, ia percuma, jadi simpanan anda tidak akan dihabiskan.

Penerbangan ini tidak perlu dirampas, oleh itu anda tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan dihidangkan oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi atau halal haram makanan.

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan hiburan dalam penerbangan, anda sudah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan dalam rahim ibu anda lagi.

YA, berita baik!!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini..Oleh itu bergembiralah selagi boleh!! dan sekiranya boleh!!

pesanan untuk diriku dan semua :
~ adakah kita sudah bersedia untuk berangkat ???~



Friday, November 13, 2009

:: SaTu CiNTa ::

bismillahirrahmanirrahim..




assalamualaikum sahabat2..

hari ni sy nak share satu alunan irama yang bertatahkan bait-bait lirik yang menyentuh jiwa saya :)


selamat menjamu halwa telinga ^_^

Cinta yang sebenar, cinta yang hakiki, adalah cinta kepada Allah semata-mata. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dicintai-Nya selalu, dunia dan akhirat. Insya-Allah, ameen... =)


:: Satu Cinta ::


ku memohon
dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah
segala dosa dalam diri

ku percaya
Engkau bisa meneguhkan

Pendirianku... Keimananku

Engkau

Satu cinta

yang selamanya aku cari

Tiada waktuku tinggalkan

demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan

kan menghadang dalam diri

ku teguhkan hati ini

hanya pada-Mu

ku pasrahkan


Oh tuhan

Selamatkanlah hamba ini

dari segala fatamorgana dunia

Oh tuhan

Jauhkanlah hamba ini

dari hidup yang sia-sia


Kau

Satu cinta

yang selamanya aku cari

Tiada waktuku tinggalkan

demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan

kan menghadang dalam diri

ku teguhkan hati ini

hanya pada-Mu


by : star five


nota kaki :
sunyi...melatidaisy amat merindui family nun di sana.. bersabarlah duhai hati...




by : star five


Wednesday, November 11, 2009

Wahai masa lalu,

yang telah berlalu dan selesai,

tenggelamlah seperti mataharimu.

Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu,

dan kamu tidak akan pernah

melihatku termenung sedetik pun mengingatimu.

Kamu telah meninggalkan kami semua

pergi dan tidak akan kembali lagi..

Wahai masa depan,

engkau masih dalam keghaiban!

Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan

dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.

Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum pasti

kerana esok hari mungkin tiada sesuatu

esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan

dan tiada suatu pun darinya yang dapat disebutkan..

Tuesday, November 10, 2009

tamat tapi belum selesai

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. hari ni berakhir sudah perjuangan ku dengan pen dan kertas [untuk sem ini].. perasaan lega dalam hati ibarat terlepas satu bebanan yang berat.. tapi lega tu bukan sepenuhnya lega .. bebanan tunggu result lagi menyeksakan rasa.. dan inilah putaran hidupku sebagai seorang tilmizah.. situasi ini akan aku alami sehingga tamat pengajian..

dalam banyak2 paper, [5 je pon], paper yang paling mengecutkan jantung ibarat tak nak kembang balik adalah paper nahu .. tak tau ape nak jadi .. kebetulan 2 3 hari sebelom exam nahu aku ade problem skit sampai aku tak dapat nak manage fikiran .. otak tak center skit.. huhu.. sampaila malam exam pon aku masih tak stabil.. baca memg x dapat catch up ape pon.. nasib baik ade member-member yang bleh discuss.. bincang2 past exam papers, dan nasib baik jugak exam petang, kiranya memang pagi tu baru aku pulun sungguh2 . berbekalkan yang dah bace skit untuk midterm2 sebelom ni n yang bincang ngan member2 plus yang aku pulun last minutes tu, aku melangkah ke dewan exam dengan hati yang tak de perasaan.. sungguh aku rasa macam otak kosong .. hanya doa je bersambung-sambung dalam hati.. belek je exam paper tu nak pengsan je rase.. ya Allah.. nape lain benar ghope soalan ustazah kali ni..ustazah da tukar style nampaknye.. selama ni bentuk soalan tak kan lari dari soalan2 midterm n soalan2 semester2 sebelum ni..memang cemas macam duk dalam flight yang nak terjunam..huhu.. ustazah.. nape la time saya jgk ustazah nk ubah selera .. [hehe..bg soalan kt ustazah plak :)] lepas tenung semua soalan dengan penuh kasih sayang, aku mula mengorak langkah mencorak tarian pena di atas warkah bisu itu.. hehe.. masa tu konsep tawakkal amat penting dan aku letakkan pada tempat yg tertinggi :) .. cuba sedaya upaya memerah otak mencari idea berdasarkan kefahaman yang ada .. [serius rasa mcm jawab paper add math time spm dulu] .. sampai la otak aku dah kering.. aku stop.. peristiwa seterusnya x wajar diceritakan di sini ... ;)
serius aku rasa sem depan aku nak talaqqi kitab syarah ibnu aqil personally dgn sape2.. ade sape bleh tlg??? actually aku amat suke blajar kitab ni.. tp mungkin sebab "rajin sgt ulangkaji" tu yang saat2 akhir jadi mcm ni..kesimpulannya wahai diriku untuk kitab ni terutamanya n subjek2 lain amnya..bace n ulangkaji awal2..fahamkan bait2 syair tu, bkn hafal note je.. pastu mula la kalau kuar bait nk jadi lecturer tak bertauliah.. ustazah bagi bait lain gi syarah bait lain..haish!! kesimpulan seterusnya selalu2 la wat discussion ngan member2.. sesungguhnya cara ni berkesan sbb kebanyakan yang di bincangkan akan senang nk melekat kat otak.. and paling penting, jaga hubungan dengan Allah..kadang2 kemaruk sangat nk bercinta dengan buku (menyemai cinta di saat2 akhir) sampai ibadat pun terganggu.. jangan2..

but then.. past is past .. x pela..sekarang ni doa je banyak bagi ustazah lembut hati time check paper tu.. harap-harap masa tu ustazah tengah berlapang dada.. amin.. alhamdulillah paper2 lain aku lega tapi tak sampai tahap overconfident.. x berani..huhu..

exam da abis tapi kakiku masih terikat lagi di sini.. ade something yang harus aku settlekan sebelom balik..harap-harap Allah permudahkan perjalananku.. ummi.. abah .. kalau ikutkan hati nak je terus naik bas malam ni.. tapi apekan daya :( .. sabarlah duhai hati .. nanti da settle sume baru bleh balik k.. n bleh buat sume planning dlm otak ni :)


hurm.. exam dah tamat..tapi perjuangan belum selesai..banyak lagi yang bakal di hadapi.. final exam ni hanya secebis dari perjuanganku..


aku ingin meneruskan langkahku
dengan lebih laju..
ingin ku atur
agar terang jalan di hadapanku..
semoga langkahku sentiasa dipandu hidayah-Mu,
bukan sekadar di dorong hawa nafsu..
Tuhanku..
aku butuh cinta-Mu
dalam tiap hela nafasku..
izinkanku dekat dengan-Mu..


-melatidaisy-

Monday, November 9, 2009

setia sang ombak

biarkan aku sendiri
bicara sama ombak
usah tanya kenapa..bagaimana...
kerana aku sendiri kelu
otakku lesu..

tapi aku
masih yakin dan pasti
dengan kesetiaan sang ombak..

ombak
masih tegar menelan bait kataku
tak pernah buta memandang senyum ikhlasku
tak pernah tuli mendengar luah hatiku
tak pernah bisu berbicara bersamaku..

terima kasih ombak
harapanku..kau tunggu aku pulang..

"aku juga insan
kadang-kadang aku geram
dengan telatah dan ragam"

melatidaisy
9nov09/1715pm

Saturday, November 7, 2009

Tatapan Untuk Senaman Jiwa...Diriku dan sahabat..

WAHAI DIRIKU..MENGERTILAH..

Diriku,
dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
kau terlupa membaja taman hatimu sendiri
agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
tersentuh dengan daulat-Nya,
merasa terpikul amanah ad-deen ini..
bukan kerana kau berjam'ah,
namun kerana engkau di bawah perintah-Nya

Diriku,
sering engkau mencari jalan,
agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
agar sentiasa sedar akan keagugangan-Nya,
insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,
hatimu itu keras, kusyu'mu kurang
syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya
terlalu banyak kurang dan salahmu...

Diriku,
tunaikanlah solatmu dalam khusyu' dan tenang
muhasabahlah dirimu kala sunyi,
selamilah kalam-kalam Al-Quran yang kau perjuangkan
padanya ada bekalan
untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku
pada nawafil dan amalan sunat
ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu
pada qiamullail di keheningan malam
bersama bisikan doa dan munajatmu,
diiringi esak air mata keinsafan dan keikhlasanmu,
kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya
di situ ada bekalnya..

Diriku,
pada tawaddu', pada ukhuwwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
ada ketenangan dan kekuatanmu

Diriku,
ketahuilah bahawa hati yang hidup sahaja
yang bisa memberikan nafas pada hati yang mati..
hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
hati yang sakit, apatah lagi menghidupkan hati yang mati..

Diriku,
amanahlah kau di hadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu...
namun rasailah kekerdilan dirimu
di hadapan kudrat dan iradat-Nya..

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN!!!

Friday, November 6, 2009

KEGAGAHAN AN-NISA'


Kegagahan seorang an-nisa'

Bukan pada pejal otot badan,
Tapi pada kekuatan perasaan..

An-nisa' yang gagah,
Adalah wanita yang tahan menerima sebuah
kehilangan..
Adalah mar'ah yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah wanita yang tabah menanggung kerinduan
setelah ditinggalkan..

An-nisa' yang gagah,
Adalah wanita yang tidak meminta-minta agar
dipenuhi segala keinginan,
Kegagahan mar'ah berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan,
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...


bagaimana dengan kegagahan anda sebagai seorang wanita, mar'ah, perempuan??..layakkah kita digelar AN-NISA' yang GAGAH??

TEPUK DADA TANYALAH KEKUATAN PERASAAN..

Wahai puteri, perempuan dan wanita, semakin cantik rupa parasmu, semakin halus dan licin kulitmu, semakin besarlah bahaya yang mengancam JIWAmu