Saturday, January 23, 2010

~ JiWa yAnG TeNanG ~

بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah engkau ke pangkuan Tuhan-mu

Wahai jiwa yang tenang
Jiwa yang penuh dengan senyum dan kasih sayang
Jiwa yang memberikan petunjuk kebenaran
Jiwa yang memberikan rasa kedamaian

Jiwa yang tiada rasa gundah
Tiada takut dan tiada khuatir

Jiwa yang penuh dengan kepasrahan
Jiwa yang penuh dengan tawadhuk
Jiwa yang penuh dengan pengharapan

Jiwa yang penuh rasa syukur dengan apa yang telah diberikan
Jiwa yang penuh kesabaran dengan apa yang telah menimpa

Wahai jiwa yang tenang
Tiada Rasa takut dan Tiada Gundah

Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah engkau ke pangkuan Tuhan-mu

.....................................

sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah, jiwa yang tenang sudah tentu menjadi impian setiap insan, dalam mencapai jiwa yang tenang kita hendaklah kembali merenung ke dalam diri kita, di mana dalam diri manusia terdapat dua unsur utama iaitu roh dan nafsu. Roh dan nafsu inilah yang akan menentukan keadaan jiwa serta emosi kita.Di sini saya ingin kongsikan tiga keadaan atau 3 kelas jiwa manusia, di mana setiap kelas jiwa berbeza keadaanya berdasarkan peranan roh dan nafsu ;

Pertama :

Jiwa orang yang rohnya sentiasa berorentasikan zikrullah
.
iaitu sentiasa meletakkan roh berada di atas nafsu atau roh yang menguasai nafsu.


firman Allah yg bermaksud :

""(iaitu) orang yg mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia ; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." [Ali-Imran : 191]

subhanallah, alangkah beruntungnya kita jika dapat memikirkan kekuasaan Allah dalam tiap waktu dan saat, dalam tiap gerak dan tingkah..antara hennak puasa sunat ataupun mengikut nafsu makan, antara berada di bilik untuk study ataupun meluangkan waktu untuk ke ta'lim-ta'lim mahupun kuliah2 agama, yang mana jadi pilihan kita, jika kita sentiasa memikirkan kekuasaan dan ganjaran-ganjaran Allah, sudah tentu keinginan berpuasa sunat akan mengatasi nafsu makan.kerana hamba-hamba yang berjiwa tenang pasti akan sentiasa merasakan kebersamaan dengan Allah, berlumba-lumba untuk mendapatkan keredhaan dan kasih sayang Allah.

firman Allah yg bermaksud :

"wahai jiwa yg tenang..kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha dan diredhaiNya..maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu..dan masuklah ke dalam Syurga-Ku" [Al-Fajr : 27-30]

ke dua :

Jiwa orang yang rohnya berorentasikan akal
.
iaitu bila roh dan nafsu sentiasa tarik menarik
.

Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang beriman lalu kafir, kemudian beriman (lagi), kemudian kafir lagi, lalu bertambah kekafirannya, maka Allah tidak akan mengampuni mereka,dan tidak (pula) menunjukkan mereka jalan (yang lurus)..Khabarkan lah kepada orang2 yang munafik bahawa mereka akan mendapat ganjaran yang pedih" [An-Nisa' : 137 & 138]

Orang-orang dalam golongan ke dua ini mempunyai jiwa yang bersifat lawwamah (نفس اللوّامة). Ini adalah kerana roh dan nafsu yang ada dalam setiap diri anak Adam adalah sentiasa bebolak balik dan tidak tetap.Lantaran itu wujudlah manusia yang seperti mana telah dijelaskan dalam ayat di ats di mana manusia itu beriman dan kemudian fasik, dan beriman lagi namun kembali fasik. Kerana roh nya berorentasikan akal di mana akal tersebut yang membezakan tentang baik dan buruknya sesuatu perkara.Permasalahannya adalah dalam hati itu sendiri wujudnya nafsu, maka haruslah diingat bahawa tidak semestinya keputusan yang dibuat oleh roh yang berorientasikan akal itu tepat, kerana mungkin akal juga telah dipengaruhi oleh nafsu.


ke tiga :

Orang yang Roh mereka berorentasikan syahwat.
iaitu nafsu yang sentiasa merajai diri mereka.

Firman Allah yang bermaksud :

"dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang " [Yusuf : 53]

Roh atau jiwa dalam kategori ini sentiasa membawa diri ke arah kejahatan (الأمّارة بالسوء) kerana sentiasa meletakkan nafsu di hadapan.


Maka wahai diriku dan sahabat2, muhasabahlah diri kita dan renungkan kembali di dalam kelas manakah jiwa kita berada..namun Allah telah berjanji bahawa hanya jiwa-jiwa yang tenang akan merasai nikmatnya syurga. Semoga Allah merahmati dan mengasihi kita semua.


18 comments:

Abd Razak said...

Salam..:)

Cabaran utama ialah nafsu sendiri...jika tak dijaga ia akan marak dan menguasai iman...iman harus memandu & menguasai nafsu bukan dikuasai, maka sibukkanlah diri dengan amal. Bunuhlah masa lapangmu dengan pisau kesibukan. Barulah tiada kesempatan untuk menjebakkan diri dengan lembah kealpaan dan kelalaian

hisham said...

salam...i nk komen n secare jujur,,,i xtau nk komen ape...sori...u tk cre k

MuNie said...

cam kenal je yg psal nafsu mkn tu.. hehe.. =) kbykn org skrg ni cm rmai kot yg jd golongan kedua. cmne eyh?? takut jgk ak. slalu ingat ucapan kak wan dulu.

kaifa an imakunna?
yazid au yankus?
~insyaAllah yazid..~

moga kte ni bisa berada di golongan pertama. =)

wanshah said...

ni syair ke cik melati?.. :-)

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam :)

setuju dgn akh, jihad yg paling besar adalah mujahadatunnafs..

semoga kite semua mndapat rahmat-Nya..

syukran

melatidaisy said...

Hisham :

thanks bro hisham, u too, take care :)

melatidaisy said...

MuNie :

btol munie,kbanyakan org dlm 2nd group tu..even me myself pon (T_T).semoga Allah ampunkn dosa2 kita dan kuatkan hati kita dlm mujahadah ni.

correction dear, kaifa imanukunna? yazid au yankus?? [kite pon jwb ramai2 : yazid insyaAllah. hehe]
rindu kn suasana tu..kite x btol2 grab pluang masa sebilik ngan kak wan..huhu

btw thanks dear..jaga diri kt sana..kalau rindu sile call ~ (*_*)

melatidaisy said...

wanshah :

puisi la en wanshah,
got from somewhere n glad to share it here..:)

tq singgah sini..barakallahu fik..

Solehah said...

terima kasih melati mengingatkan..ya la..sbb jauh drp sentiasa mengingati Allah, maka rasa tenang tu menjauh..

sumayyah said...

semoga jiwa kita sntiasa berada di jln ALLAH..

cik zatil said...

semoga jiwa-jiwa ini
sentiasa tenang..
amin..

melatidaisy said...

kak Solehah :

sama2 kak..semoga kita semua dirahmati..

barakallahu fik :)

melatidaisy said...

kak sumayyah :

insyaAllah..amin..
semoga akak dalam limpah dan rahmatNya selalu :)

melatidaisy said...

cik zatil :

mudah-mudahan..amin..
sama2 kita berusaha ke arah itu kak :)

take care..semoga Allah merahmati akak selalu ^_^

Frodo Baggins said...

salam
nice entry
semoga kita semua akan mmliki
jiwa yg tenang ..
and of coz .. tenang yg sbnr
bila beribadah kepadanya ...

melatidaisy said...

wa'alaikumussalam..

thanks..mudah-mudahan..amin..
Allahu yubariku fik :)

iqbalsyarie said...

erm...perjuangan melawan nafsu itu lebih berat dan susah berbanding perang Badar zaman RasulAllah dahulu..huhu..

melatidaisy said...

iqbal :

yup..mujahadatunnafs..(T_T)
Sma2 mohon kekuatan dari-nya .