Sunday, January 10, 2010

syafakillah buat ukhti bella ~



bismillahirrahirrahmanirrahim..


pagi ini..saya sangat rindu..rindu pada guru-guru, rindu pada sahabat-sahabat, rindu pada bi'ah solehah di sekolah dan rindu pada tarbiyah dari ustaz ustazah dan akak-akak =) .. sangat banyak memori. tak terungkap untuk diluahkan..dua tahun menumpang kasih di bumi waqafan terasa bagai se abad..


teringat sangat ..


teringat pagi-pagi kat dewan makan, makan pun terkejar-kejar..sebab lepas tu terkejar-kejar nak ke open hall pula, untuk perhimpunan harian..kalau lambat potong markah rumah sukan..huh..assobiah rumah sukan memang kuat kat sekolah..buat something good, akan menyumbang kepada pertambahan markah rumah sukan, buat something bad, berkurang lah markah rumah sukan..it's not fair for orang yang penat-penat tambah markah sedangkan ada pihak lain yang sangat rajin menyumbang kepada pengurangan markah..hehe..kat situ lah concept of one for all, all for one memainkan peranan (^_^) ..on that time, concept satu malaysia belum diperkenalkan :)


teringat saat berjema'ah di musolla saidatina khadijah or kadang-kadang di musolla al muqorrabin..kalau waktu maghrib, ada geng JAKSA (jawatankuasa solat awal), sape datang lambat ke musolla nama akan di ambil..kalau nama dah penuh dalam buku JAKSA tu ada la mu'aqobah menanti..basuh sejadah berjama'ah ke..hihi..(^_^) pengisian antara maghrib dan isya' yang sangat best, kadang-kadang jemput ustaz bagi tazkirah, kadang-kadang tazkirah disampaikan oleh akak-akak senior, diorang sangat kreatif dalam menyampaikan pengisian, macam-macam modul dipraktikkan, kadang-kadang kitorang nasyid ramai-ramai, paling best kami alunankan doa rabitah ramai-ramai sambil ribat tangan..ohh..indahnya ukhwah..(^_^)


dan one thing yang saya amat suka di sana is muamalat antara pelajar muslimin (pelajar lelaki) dan muslimat (pelajar perempuan) insyaAllah sentiasa terjaga..sekurang-kurangnya bi'ah solehah itu mampu menolong kita untuk menjaga hati dan belajar dengan tenang..


banyak lagi memori yang terakam..kemas dalam kotak ingatan..kenapa saya sangat rindu dan mengimbau kenangan-kenangan ni is sebab kejap lagi saya akan jumpa sahabat-sahabat saya, yang ada di kalangan mereka dah empat tahun tak bertentang mata..


sebenarnya tujuan utama kami jumpa bukan untuk reunion suka-suka..tempat pejumpaan kami kejap lagi pun di PPUM (pusat perubatan universiti malaya)..untuk ziarah salah seorang rakan batch kami yang juga classmate ku, Ukhti Nabilah Huda bt Mohd Zaim..sahabatku yang amat tabah ini sedang bertarung melawan sakit leukemia sejak setahun yang lalu..pengajiannya di Jordan di tangguhkan sementara waktu..insyaAllah next week bella (kami panggil die bella) akan menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang, dan penderma sum-sum tulang baru itu adalah adik bella sendiri, si kecil Asma'..subhanallah, saya sangat kagum dengan ketabahan bella sekeluarga, lagi-lagi kekuatan bella sendiri..dengan trademark "bella spirit"dari zaman sekolah rupa-rupanya ada rahsia tersembunyi di sebaliknya..perencanaan Allah terhadap perjalanan hidup hamba-Nya..ku doakan sahabatku ini sentiasa diberi kekuatan dari-Nya untuk terus bertahan melawan sakit..juga doaku untuk si kecil asma' yang baru berusia 7 tahun semoga Allah mengganjari pengorbananmu untuk kakak tersayang..kekuatan bella sekeluarga sangat saya kagumi, dan sesungguhnya hanya Allah yang membekalkan ketabahan hati dan kecekalan jiwa terhadap keluarga bella, Ya Allah..Kau ampunilah mereka dan Kau suburkanlah rasa keimanan dihati mereka, agar mereka sekeluarga kekal tabah dengan ujian-Mu..semoga mereka sekeluarga bertemu di jannah-Mu..amin..


akhirul kalam,


buat ukhti tersayang,


untaian doa ku kalungkan dan kusamadikan dalam sujud terakhirku, moga Rahmat Ilahi sentiasa menaungimu..


Imam Abu Abdullah mengatakan sabar menghadapi bala dan penyakit adalah termasuk antara kunci syurga. Ertinya, syurga itu baru dapat dibuka dengan menggunakan kunci sabar dalam menghadapi sebarang penyakit dan kesusahan.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W : “Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Tuhan menuliskannya sebagai kebaikan ataupun dihapuskannya segala kesalahan.”


semoga ukhwah fillah ini menjadi tiket untuk kita ke jannah

17 comments:

anaklaut said...

salam.......


terharu membaca sahabt melati yang bertarung dengan leukemia Ukhti Nabilah Huda bt Mohd Zaim,

moga Allah swt memberi ketabahan , kekuatan dalam mengharungi hidup ini..amin..

sumayyah said...

semoga mereka semua dalam peliharaan ALLAH hendakNYa..

ALLAH menduga hamba2nya yg disayangi..

melatidaisy said...

anak laut :

wa'alaikumussalam..
alhamdulillah, smlm ade rezeki jumpa dia..walaupun cuma dpt bersembang disebalik pintu n cermin kecil..sy sendiri kagum dengan ketabahan dia, sentiasa senyum dlm berbicara..

sama2 kita doakan dia..btw, syukran ats ziarah..:)

melatidaisy said...
This comment has been removed by the author.
melatidaisy said...

kak sumayyah :

amin..syukran akak ats doa, sama2 kita doakan agr mereka sekeluarga terus tabah..

syukur sgt dpt jumpa dia semalam..jumpe adiknya si kecil asma' jgk..ambil2 gambar lg..:)

btw, syukran buat akak sbb singgah sini, allahu yubariku fiki:)

abu muaz said...

Salam.Semoga bella diberikan kekuatan oleh allah dalam menghadapi saat ini. Anak pakcik pun bernama Nabilah (penuntut pengajian islam di UDM Terengganu)

::myrah2005:: said...

salam. ya Allah kak.. umy pun terharu sgt2.
moga2 dprmudahkan sgala2nya. amin3..

p/s: suke bace akak punye kisah waktu skola dulu. kat kisas ye kak?

Abd Razak said...

Salam...:)

Semoga Allah kembalikan kesihatan Nabilah dan ringankan penderitaannya dalam menghadapi kepayahan sakitnya.

Maaf jika tidak kesempatan utk memberi komen pada entry yang lalu kerana berada di luar negara atas urusan keluarga yang mengundang ke sana.

melatidaisy said...

Abu Muaz..

oo..anak pakcik pon nabilah ke..kt kelas dulu ade 3 org nabilah.. nabilah huda, nabilah zulkifli, n saye sendiri :)

melatidaisy said...

::myrah2005::

thanks umai ats doa..esk kwn akak transplant..moga2 sume selamat..ha'ah..tu cite kt kisas..akak rindu sume tu..hehe :)

take care umai..syukran singgah sini..fi amaanillah :)

melatidaisy said...

Abd Razak :


wa'alaikumussalam :)

mudah2an Allah dengar doa kite semua..amin..

oo, ke luar negara..it's ok akh, barakallahu fik :)

||alis|| said...

salam;

semoga teman mu ini tabah. Allah tidak pernah salah memilih umatNya untuk diuji. ganjaran besar menanti kemudian hari kelak, insyaAllah amin :)

*suka lagu ini, apa tajuknya? kedengaran familiar :)

melatidaisy said...

||alis|| :

tq akak ats doa itu..semoga doa kita semua diperkenankan Allah.. amin..

* tajuk nye bila waktu tlah berakhir..by opick..syahdu kalau dgr..btw salam ukhwah dr saya :)

hisham said...

salam...lame x jenguk blog u nie..ape2pn u tk cre ok...

CIKGU ZAM said...

salam,
terharu dengan kisah yang digamitkan. mengenang kembali memori lalu dapat menginsafi hidup kita jua

melatidaisy said...

hisham :

wa'alaikumussalam..
tq bro hisham :) take care too :)

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

wa'alaikumusalam,
hidup untuk mengumpul kenangan dan dijadikan penawar tika rindu bertandang :)