Monday, January 4, 2010

:: uzlah ::



Bayi lahir

keluar dari tembuni rahim


memikul satu tujuan..


Amanah Allah perlu dipatuhi


kebahagiaan hari muka..



kehidupan

umpama sebatang lebuh raya

walaupun rata

tetapi petaka sedia menanti

jika tidak berhati-hati..

kerana itulah

kaki yang melangkah

perlu tahu bumi yang dipijak..





kelahiran bererti putih

suci dari dosa

dan kita mewarnakannya
diri kita
adalah rohani kita

tetap sendiri memilih jalan hidup

kita akan ditinggalkan

mewarnai hidup

dan kemudian beruzlah
ke dunia fana

14 comments:

imam said...

corak kan kain putih itu dengan warna yang baik..buruk cara pewarnaan, maka buruk lah dia dan sebaliknya..

bayi yang lahir memikul tanggungjawab yang berat sebagai khalifah Allah di muka bumi..Meraka
yang akan mentakbir di bumi ciptaan Allah..

Kita sebagai yang dewasa perlu membimbing mereka.jangan biarkan mereka hanyut di buai arus permodenan.Didik lah mereka dengan didikan agama yang secukupnya

Abd Razak said...

Salam...:)

Kehidupan sedang berbicara kepada kita bahawa gagal dan berjaya, kecewa dan bahagia, jatuh dan bangun itu adalah warna-warna dirinya agar kita sedar dimana kita sedang berdiri dan kemana akan kita aturkan langkah kaki kita.

jane said...

salam dik...

entry kamu ni tibe2 buat akak sedih...ntah knapa...
sedih melihat nasib bayi2 d zaman skrg agaknya yg dibuang...

mngapa???
sgt suci seorg bayi tp dprlakukn yg sbaliknya buat akak termenung bc puisi kamu ni

*sigh*

Daud Mili said...

ianya memang putih ketika lahir,...dan dicorak cantik oleh ibu dan ayah....
dengan corak yang sangat cantik dan bersih...
namun dia semakin dewasa,....
persekitaran merosakannya...
pergaulan membuatnya memilih corak yang berbeza...
dan akhirnya dia terperangkap...
dan keliru dengan coraknya sendiri...
itulah hakikat kehidupan sekarang...>~~~~

~0~ said...

kehidupan yang penuh warna warni...kenapa perlu noda hitam mewarnai jua???

anaklaut said...

salam......cik melati,



Masa demi masa berlalu sudah
Kemana kaki jalan melangkah
Liku-liku kehidupan mengukir sejarah
Kini saatnya berpotret diri
Berbenah dari segala keburukan
Meningkatkan semua kebaikan
Moga Allah memberi rahmat pada kita semua..

melatidaisy said...

imam :

yup, kita yg mencorakkan mereka .. (ckp mcm dah ade anak..hihi), btw kena prepare 4 future kan.. semoga en imam, saya n smua dpt wt yg terbaik..:)

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam :)

"kehidupan sedang berbicara dengan kita"

bicara alam ini yg mendewasakan kita dgn bahasa warna dunia.

syukran.

melatidaisy said...

kak jane :

wa'alaikumussalam kak..

betul kak,bayi2 comel yg sgt suci langsung tiada dosa walau setitik..saya suka tengok n tenung wajah baby lg2 yang tgh tido, rase tenang sangat2..sbb tenung wajah mulus yg suci..

[teringat lagu wajah suci by mestica] T_T

melatidaisy said...

Daud Mili :

beruntunglah siapa yg dilahirkan dalam bi'ah solehah sejak dari rumah, dan rugilah mereka yg tidak pandai menghargainya.. semoga kita terus diberi kekuatan dalam perjuangan mengislahkan diri demi mengecap mardhatillah redha Ilahi .. amin..

melatidaisy said...

~0~ :

dalam warna warni kehidupan sudah tentu ada ketikanya hidup kita dilanda hitam suram dan malap.tp tidak lama kita dibiarkan dalam kegelapan hitam itu kerana Dia sentiasa ada hadir dengan cahaya :) selagi kita berusaha mendapatkannya..semoag kita mendapat rahmat-Nya..amin.

melatidaisy said...

anak laut :

wa'alaikumussalam..

syukran atas titipan bermakna dari anaklaut..

walau lelah
kaki terus melangkah
mengukir sejarah
berbekal mujahadah..

barakallahu fik..

abu muaz said...

kehidupan ibarat lebuhraya....
hati-hatilah dengan perangkap laju ...
takut terbabas....

melatidaisy said...

abu muaz :

syukran, kata2 yang sarat dengan pengajaran bila saya dalami..

barakallahu fik..