Friday, February 26, 2010

Disebalik Kehidupan Bernama 'MUHAMMAD' s.a.w

بسم الله الرحمن الرحيم



:: Dia Kekasih Allah ::

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah


...................................................................



Rasulullah s.a.w
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka,
seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah,
hingga pernah baginda terjatuh,
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,
“Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak,
“Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

budimu bagai air mengalir, jasamu bak selaut mutiara, baktimu bagai segunung permata..indah dirimu ya Rasulullah..

pernah satu ketika sedang Rasulullah berkumpul dalam 1 majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda SAW..apbila ditanya oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mngatakan bahawa terlalu merindui IKHWANnya..Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "bukankah kami ini ikhwanmu?" maka Rasulullah berkata, "tidak, kamu semua adalah sahabatku, ikhwanku adalah ummatku yg belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..aku sangat rindu utk bertemu mereka"

sayu rasanya mengenangkan kecintaan Baginda terhadap ummatnya..semoga kita semua tergolong dalam golongan yg dirindui Baginda saw..amin..

~ salam maulidurrasul dari melatidaisy ~

10 comments:

Abd Razak said...

Salam ukht..:)

Sungguh pada diri Rasulullah itu akhlak yang sangat mulia, walaupun sudah dijamin masuk syurga namun Dia tetap dalam ketaatan.

Apakah ada jaminan utk kita masuk syurga sedangkan kita masih leka dgn dunia, ibadah serba kurang namun masih berupaya tersenyum.

Moga kita tergolong dalam golongan ikhwan...ameen

MuNie said...

salam maulud..
may self-improved continuously working.. ameen..

hisham said...

salam,,,i rase x lmbt lagi nk ucapkan slmt maulidur rasul....u jd diri ok...salam.

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam :)

ameen...
syukran akh ats kata-kata peringatan..
barakallahu fik ..

melatidaisy said...

Munie :

salam maulud kembali dear :))

thanks 4 the du'a..semoga ukhwah ini berpanjangan hingga ke akhirnya..

take care always..barakallahu fiki :))

melatidaisy said...

Hisham :

wa'alaikumussalam..

salam mauludirrasul kembali..

thanks..barakallahu fik..:)

saniza said...

Berbahagialah insan yang
taat pada Illahi ...

sumayyah said...

selagi upaya kuturuti ajarannya..

melatidaisy said...

saniza :

mudah-mudahan..amin..semoga kita diberi kekuatan utk menjadi hamba yg taat ..

terima kasih ... :))

melatidaisy said...

kak sumayyah :

benar kak.. selagi upaya..selagi dipinjamkan nyawa..

syukran akak :)