Wednesday, February 10, 2010

hati berbicara..

بسم الله الرحمن الرحيم

bersabarlah duhai hati
jangan menangis lagi..
teruskan perjuanganmu
jangan berhenti dulu..

kutiplah mutiara pengajaran
kelak berguna sebagai pedoman..

andai tersilap..muhasabahlah diri..
andai jatuh..bangun kembali..
andai tersungkur dongaklah ke langit..

jauh awan untuk digapai
begitulah jauhnya perjalananmu di hadapan..
teruskan melangkah..kendong harapan..
beralaskan keazaman bersalut kecekalan..
atur jejakmu jangan lagi menoleh ke belakang..

"kadang-kadang Allah sengaja menurunkan hujan..kita terperangkap sejuk kebasahan..puas kita menanti mentari..mengharap cahaya bersinar kembali..rupanya ada pelangi indah di keesokan hari.. "

"إن مع العسر يسرى"


"Setiap keputusan yang dipilih... setiap langkah yang diorak... setiap penyelesaian yang dibuat... PASTI ada UJIANnya..." ...ujian ini lebih mengenalkan diri kita tentang siapa Pencipta kita...

12 comments:

Abd Razak said...

Salam alaik..:)

Hidup ini bukalah satu perjalanan yang penuh kesenangan akan tetapi ia adalah satu peperiksaan. Setiap minit kita diuji dan apa sahaja penderitaan dan bala yang menimpa kita bukanlah bencana yang mutlak akan tetapi hanya salah satu dari ujian tersebut. Allah SWT tidak menjadikan kita untuk bergembira dan bersuka ria akan tetapi untuk melihat kita sama ada berjaya atau gagal dalam peperiksaan ini yang mana keputusannya tidak kita ketahui hinggalah ke hari akhirat

~0~ said...

itu lah hidup

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam..

syukran akh..sesungguhnya Dia amat dekat dengan kita..tak dibiarkan kita terleka dalam nikmatnya..alhamdulillah..

melatidaisy said...

~0~ :

manusia dalam kembara kehidupan..

Diriku.. said...

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

melatidaisy said...

Diriku :

amin ya rabbal 'alamin..
syukran sahabat ats titipan doa..
semoga dirimu di bawah limpah rahmat-Nya selalu..amin..

Insan Biasa said...

Tumpang tanya !!

Ada ke penawar pening .....

melatidaisy said...

Insan Biasa :

Office hour da abis..kaunter pertanyaan sudah di tutup..hihi..

sumayyah said...

semoga kita semua tergolong di antara hamba2 yg sentiasa mengingatiNYA..

melatidaisy said...

kak Sumayyah :

syukran atas peringatan..semoga ukhwah ini dapat mendekatkan kita kepada-Nya :)

barakallahu fik..:)

Insan Biasa said...

pemberian tanpa syarat sangat bererti
........

melatidaisy said...
This comment has been removed by the author.