Tuesday, February 2, 2010

:: nota sekeping hati ::



Wahai masa lalu,
yang telah berlalu dan selesai,
tenggelamlah seperti mataharimu.
Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu,
dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung
sedetik pun mengingatimu.
Kamu telah meninggalkan kami semua pergi
dan tidak akan kembali lagi.

Wahai masa depan,
engkau masih dalam keghaiban!
Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan
dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.

Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum pasti
kerana esok hari mungkin tiada sesuatu
esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan
dan tiada suatu pun darinya yang dapat disebutkan

.........................................................

kadang-kadang dalam hidup kita tersalah membuat perhitungan..nak undur memang mustahil, maka kutiplah semua khilaf itu untuk kita jadikan pedoman dalam meneruskan perjalanan..

hidup juga penuh dengan kejutan, yang membuatkan kita sedih, kemudian tiba-tiba tersenyum bahagia..kadang-kadang kita sakit, jatuh terduduk merenung nasib, namun kebahagiaan pasti bersama kerana siang pasti menyusul setelah kita teraba-raba dalam kelamnya malam..

yang pasti, dalam wajah apapun kita..kita masih lagi bernafas dalam jiwa hamba..

hari ini adalah sejarah, esok adalah impian,isikan antara keduanya dengan doa tulus dan harapan ikhlas, agar senyum kita di saat ini berkekalan..insyaAllah..

23 comments:

Solehah said...

sesuatu yang berlaku di masa lalu pasti tak dapat dibetulakan dengan menganjak kembali masa, tp dapat diubah dengan pengalaman n pengajaran yang berlaku.

Insan Biasa said...

Aku tenang mendengar bicara mu ....

Diriku.. said...

Seringkali..
Hati tercari-cari erti sebuah kehidupan..
Seringkali,
Jiwa tergesa-gesa membandingkan kenyataan..
Sehingga kekadang menjadikan diri alpa tentang sebuah ketentuan..
Yang sebenarnya Dia Maha Besar
dan Maha Mengetahui segalanya yang sedikitpun tidak mampu kita bayangkan..
apatahlagi untuk disesalkan..

cemomoi said...

emmm... sejarah bakal berulang cuma pelaku, masa dan tempat mungkin berbeza... ambillah roh sejarah untuk menjadi pedoman sebab itu al-Quran banyak memaparkan peristwa silam untuk pedoman hari depan

hamba allahj said...

salam..

diriku adalah sejarah.

Abd Razak said...

Salam..:)

Semalam adalah sejarah..
Hari ini adalah hadiah..
Dan esok belum pasti kerana boleh jadi ajal menyusuli..

melatidaisy said...

kak solehah :

betul kak..pengalaman yg akan mengajar kita :)
semoga akak bahagia dlm rahmat Nya selalu :)

melatidaisy said...

insan biasa :

tq 4 singgah sini..

lihat di dada langit,tersirat seribu rahsia ketenangan :)

semoga sejahtera dalam rahmat Allah selalu ..

melatidaisy said...

DIRIKU :

itulah manusia..
tabiatnya pelupa
sesuai dengan asal usul namanya..
perlu sentiasa di ingatkan,
perlu sentiasa diajarkan,
agar perjuangannya lurus menuju tuhan..

thanks sudi singgah di teratak sy..semoga awk tenang dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu..:)

melatidaisy said...

cemomoi :

betul..sejarah untuk dihayati dan dijadikan pedoman..apatah lagi Al Quran yang merupakan mukjizat dr Allah.. :)
barakallahu fik..

melatidaisy said...

hamba Allah :

sejarah adalah sahabat baik kepada masa depan..
sejarah tidak pernah meninggalkan masa depan sendirian dlm kegelapan..
kerana sejarah sentiasa mengajar kita erti kehidupan :)

semoga tenang dalam rahmat Allah selalu..

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam :)

setuju..:) semalam yang berlalu meninggalkan sejarah, memberi kita hadiah buat pedoman menjalani hari ini..agar kita bersedia menghadapi perjalanan esok hari..

barakallahu fik..

Insan Biasa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Insan Biasa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Insan Biasa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Diriku.. said...

Hidup adalah sebuah perjuangan..
Bersenjatakan takwa..
Berperisaikan doa..
Semoga keberanian sentiasa bersama..
Dan tidak sesekali dilemahkan oleh kemenangan yang sementara..
Atau setidak-tidaknya, biarlah tewas dikafankan dgn rahmatNya..

Insan Biasa said...

Kita tahu dihari semalam
Esok akan datang tanpa kepastian ...
Doalah pd Tuhan .

Insan Biasa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Insan Biasa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
melatidaisy said...

Diriku :

syukran atas titipan..semoga menjadi azimat dalam perjalanan..barakallahu fik..

melatidaisy said...

Insan Biasa :

syukran atas ziarah..semoga Insan Biasa bahagia selalu dalam rahmat Ilahi..

sumayyah said...

bersyukur krna masih brnafas utk mnghirup nkmat iman dlm kehidupan..

melatidaisy said...

kak sumayyah :

betul kak..alhamdulillah :)