Wednesday, March 31, 2010

sejenak di persinggahan kehidupan..

بسم الله الرحمن الرحيم




Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana..mempunyai seorang sahabat yang memahami kita..
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat,begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami..Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?..Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita...Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan.. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.. Kita tidak tahu. Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA
TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik.Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukama')

istimewa buat sahabat....

Teman,

Kekadang aku rasakan diari hidup ini terlalu panjang,

Jika didalamnya penuh dengan kekecewaan,kesedihan,kesunyian serta kegagalan,
Mahu saja aku menamatkannya,
Namun....hadirmu membuatkan diri ini semakin tabah menghadapi liku dan ranjau hidup ini...

Teman,

Kekadang aku rasakan diari perjalanan hidupku terlalu singkat,

Jika di dalamnya penuh dengan keceriaan,
kebahagiaan dan kegembiraan,
Apatah lagi bila adanya dirimu disisi,
Yang menjadi pembakar semangatku, penasihatku dan sahabatku yang setia,
Sungguh bertuah sesiapa yang memilikimu....


Tapi Teman...

Seandainya suatu masa nanti... kita punya haluan sendiri..
Kenangan bersamamu akan sentiasa dihati,
Ku ingin ukhwah ini abadi dan sejati,
Namun siapa aku untuk menentukannya,
Siapa aku untuk menyatakannya...


Harapanku hanya satu...
Ingin melihatmu bahagia..selamanya....
Untukmu teman...terima kasih atas segalanya...


.. tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa sahabatnya yang lain meskipun tanpa bayangnya ..

p/s : terima kasih pantai, terima kasih kerana setia ditepian saat lautan dilanda badai..dan tidak jemu mengalunkan bayu sealun irama nyanyian perindu damai..

20 comments:

Werdah said...

Salam Melatidaisy.

Sahabat sejati adalah sahabat semasa susah dan senang.. Semoga Melati dikelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa menjadi penasihat dan pembakar semangat. InsyaAllah

cemomoi said...

assalamualaikum

moga teman yang ada tu semuanya teman yang beriman: jujur dalam persahabatan, ikhlas dan pergaulan
sabar dalam ujian dan setia dalam berkawan

sumayyah said...

sahabat juga adalah cermin peribadi kita..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Begitu sukar untuk kita mencari sahabat yang memahami kita, setiap kesalahan yang kita lakukan mudah baginya memaafkan kita, setiap rayuan pertolongan kita pinta dihulurkannya bantuan tanpa mengira apa-apa, setiap masalah yang menjelma dalam diri kita diberikan semangat untuk kita bangun. Nasihat demi nasihat diberinya kepada kita, tidak pernah mengenal lelah.

Andaikata kita boleh jadi sedemikian berbahagialah teman-teman kita.

Diriku.. said...

Terima kasih teman, kerana membuat Diriku kelu dalam ketawa..
Terima kasih teman kerana membuat hatiku sayu dalam ceria..

melatidaisy said...

Puan Werdah :

wa'alaikumussalam..
alhamdulillah..Allah kurniakan sy sahabat2 yg sentiasa membantu di saat kejatuhan dan sama2 meraikan di saat kegembiraan .. :) syukran puan..barakallahu fik :)

melatidaisy said...

cemomoi :

wa'alaikumussalam..insyaAllah..yg penting sahabat2 yg dapat mendekatkan diri kita kepadaNya dan mengingatkan di kala terleka..barakallahu fik :)

melatidaisy said...

kak sumayyah :

betol kak..setuju :)) akak sahabat super senior sy..hihi .. barakallahu fik :)

melatidaisy said...

Abd Razak :

Wa'alaikumussalam :)

subhanallah..alangkah indah mempunyai sahabat bercirikan spt itu..semoga Allah mengurniakan kita sahabat2 seindah itu dan semoga kita juga menjadi sahabat yg baik utk sahabat2 kita :) syukran akh..barakallahu fik :)

melatidaisy said...

Diriku :

terima kasih kembali..
seluas lautan dan sepanjang pantai kerana tidak jemu megirimkan bayu kekuatan saat tenangnya lautan mahupun tika ribut dilanda badai..semoga ukhwah dirahmati..barakallahu fik :)

si para para said...

teman....teman....baik...buruk...aku keliru...

shameel Iskandar said...

Sabda Nabi s.a.w “ Bandingan teman berbual yang baik dan buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi , sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

iqbalsyarie said...

kak!!assiff
soory lama tak ziarah sini.hehe

erm,terkedu baca akak tulis tu.

erm,saya suka lagu kat blog ni!!!best~~~

CIKGU ZAM said...

salam,
firstly terima kasih kerana masih sudi utk melawat saya di SSDL. sahabat sejati adalah yg sentiasa melihat keadaan susah temannya itu dahulu sebelum tumpang untuk bersenyum sendirian dikala sahabatnya dalam kegembiraan

ZAr said...

wah..
best2..

"terima kasih pantai"

melatidaisy said...

si para para :

biar keliru, tetapi jangan penat untuk mencari dan menjadi teman yg sejati :)

melatidaisy said...

iqbalsyarie :

la baksa iqbal :) akak pun da lame x blogging..ni bru nk start balik..
terus kan perjuangan :)

melatidaisy said...

shameel Iskandar :

syukran akhi ats titipan hadis :)barakallah

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

terima kasih kembali..semoga tabah di perantauan ..barakallah :)

melatidaisy said...

ZAr :

wah..tuan besar meninggalkan jejak di sini.. :) syukran..