Sunday, April 18, 2010

sekadar coretan =)

بسم الله الرحمن الرحيم

dah lama rasanye tak post entri baru kat teratak yang amat saya sayang ni..jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung dan meninggalkan jejak..tetamu datang membawa rezeki..alhamdulillah..syukran jazilan ^_^

setelah dihambat kesibukan dalam fatrah final exam beberapa minggu lalu, broadband pulak buat hal..ade aje halangannya..tapi takpe..sabar dan terus sabar walaupun rindu nak berblog..dan alhamdulillah sekarang saya dapat kembali berblog.. :) semoga lepas ni diri ini terus rajin dan istiqomah update blog dan berkongsi selagi terdaya dengan sahabat-sahabat semua..

dah seminggu lebih saya menikmati cuti semester di rumah, dan cuti ini akan saya nikmati selama 3 bulan..sangat lama bagi saya..alhamdulillah dapat spend more times with my beloved family..dan cuti ni adalah cuti yang amat bermakna bagi saya dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami...




inilah dia Abdullah ‘Afif .. my first nephew..cute one..cahaya mata sulung untuk my dear kak long n abang ipar..dan semestinya cucu sulung untuk ummi dan abah, begitu jugak untuk family abg ipar..ummi dan abah bukan main seronok saya tengok..maklum la..first time menimang cucu..alhamdulillah ‘afif selamat lahir pada 2 April lepas dengan berat 2.75kg je..semoga ‘afif terus membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang soleh suatu hari nanti..amin..dengan ada nya baby ni kat rumah tak de la saya boring sangat..saya sendiri sangat teruja sebab first time jadi mak cik :) tenang rasa hati dapat menatap wajah suci seorang bayi..subhanallah..

oh ye..saya nak ucapkan thanks a lot to bro wan shah dan ukhti deeNa..atas award dari mereka..thanks untuk sahabat-sahabat yang sudi anugerahkan award ini pada saya walaupun dengan keadaan saya yang tenggelam timbul dalam dunia blog ini..syukran :) semoga ukhwah kita semua terus subur dalam rahmatNya..amin..



erm..dah panjang celoteh saya..sebagai penutup dan untuk memanjangkan lagi entri ni, saya nak kongsikan sedikit perkongsian sebagai peringatan untuk kita semua lebih-lebih lagi diri ini sendiri..tentang syarat..iaitu kisah tentang syarat-syarat untuk berbuat dosa :)

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan
Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

semoga menjadi titipan peringatan untuk kita semua..wallahu a'lam..

- melatidaisy -



37 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Selamat bercuti..:)

Isilah hari-hari kita dengan amalan yang bermanfaat, bukan dengan perbuatan yang sia-sia atau bahkan mengandung maksiat.

Manfaatkanlah waktu kita dengan berbagai macam kebaikan dan jauhilah berbagai macam maksiat.

Semoga Allah memberi kita petunjuk, ketakwaan, kemampuan untuk menjauhi yang larang dan diberikan rasa kecukupan.

deena farhana said...

salam rindu buat melatidaisy...congrats..dpt first nephew..glad to hear that..

melatidaisy, take care urself..inshaAllah..ada rezeki..kita bersua muka nanti.. :)

sayang selalu from deena..

afeefah sza said...

alhamdulillah..tahniah melatidaisy, dah naik pangkat nampak..huu

jadi makngah ke skang ni? :)

cun09 said...

salam dik ^_^

selamat bercuti dan tahniah...

cerita yg menarik ^_^

***nak jumpe akak jom datang kay tee***

cemomoi said...

tahniah dapat kawan baru... mesti tak jejak bumi baby ni, lepas sorang, sorang nak dukung

gud luc 4 ur exam

~0~ said...

comel baby....

Diriku.. said...

Assalam ukhwah.. Erm, Tahniah 'Makcik" atas kehadiran Baby comel ini.. Semoga Keluarga akan bertambah ceria dan bhgia. Dan selamat bercuti dan berehat bersama keluarga dan alam ciptaanNya.Pastinya entry2 slps nie akan lebih menarik dan cemerlang disebabkan curahan ilham tnpa had spnjang cuti nie.. Insyaalah Diriku jua akan cuba memberi yg trbaik disebalik kekangan masa n tugas.Jazakallah..

ツ ZatiL e-OneNiey said...

Salam sis..
tgh cuti ye sekarang?
tahniah ye sebab m'dapat anak buah..
dan m'dapat title "autie"..
heheheheh~~
comel sungguh ur nephew tu..rse nk cubit2 pp die..heeee~~
:)

MuNie said...

salam.. err rsnye dh xley pgl nme sbnr ko kt cni. nk pgl auntie la. ahaks! hahaha

cuti 3 bln? syioknye.. amek la 1 weekend utk dtg ke perak. umh ku pun ade baby jgk. baby arnab. ekekeke

eh kim slm kt kak long n abg ipar. nk ckp tahniah kt yr whole fmly sbb dpt rezeki busat, abdullah afif yg sgt3 chumel n kecik molek nih. hehe..

dh2. ilalliqa'. nk dtg umh i, bwk abdullah skali taw. wawawa~

sekamar rindu said...

salam....Melatidaisy...


pertama, selmat bercuti saya ucapkan pada anda..3 bulan lama jugak tu.

kedua, tahniah atas kehadiran org baru dalam family..Abdullah ‘Afif -moga dia nenbesar menjadi org yg berjasa kpd agama,bangsa dan negara..insyallah..

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam :)

syukran akh..jazakallahu khairan jazaa' ats titipan peringatan. sememangnya saya insan biasa yg sering terlupa..

barakallahu fik..

melatidaisy said...

deena farhana :

salam rindu kembali buat ukhti deena..thanks..alhamdulillah ats anugerahNya :)

hope u r doing well too..fi amaanillah daaiman ^_^ ade rezki kita bersua..insyaAllah..amin :)

love from melatidaisy :))

melatidaisy said...

afeefah sza :

jazakillah ya afeefah :) name lebih kurang anak buah kite..hihi..

kite bahasakan diri as khalah..hihi..saje nk imarahkan bahasa arab :)) o ye..ma'annajah utk program debate interschool tu k..Allah ma'akum :)

melatidaisy said...

cun09 :

wa'alaikumussalam kak..

thanks :))

oo..akak duk KT ea? insyaAllah ade rezki dpt bersua..senang2 nanti datang la besut ye kak ^_^

melatidaisy said...

cemomoi :

time kasih en cemomoi :) tu la..pakat berebut nk pegang, tp pakcik2 die pon sume kecik2 lagi...x berani nk bagi pegang lame2..hihi

sy dah abis final exam..dah start cuti da pun..btw thanks..barakallah :)

melatidaisy said...

~0~ :

time kasih bro :)

si para para said...

ya allah..mata ini yg melihat ayat ayat Mu...
telinga ini yang mendengar ayat ayat Mu...
hati ini yang menerima ayat ayat Mu...

tetapi aku masih melakukan maksiat terhadapMu...

sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri.......




diri ini juga yang membaca cerita cerita pengajaran....melekat di hati rasa takut..rasa insaf..rasa kerdilnya diri....
tetapi seperti mata yang berkelip...
rasa itu kembali berubah........


terasa diri ini jauh dariMu......
Terimalah aku Ya Allah...

melatidaisy said...

Diriku.. :

salam ukhwah kembali..

jazakallahal khair :) alhamdulillah ats nikmat anugerahNya..semoga cuti kali ini lebih bermakna buat diri ini dan insyaAllah sy akan cuba berikan yg terbaik di hamparan ini dengan izinNya.. barakallahu fik :)

melatidaisy said...

ツ ZatiL e-OneNiey :

wa'alaikumussalam :)
yup..sedang menikmati cuti di rumah..hihi..thanks..alhamdulillah.. rase macam makin tua pun ade ni..:)

btw..good luck for u k..semoga dirahmati selalu :)

melatidaisy said...

MuNie :

panggil la pape pun muniey asalkan u syg i..hik3 :) eh ade arnab ek kt umah..baby arnab comey pe..hehe..thanks for the wish..t aku smpaikan kt kak long..mmg teringin sgt2 nak jejak kan kaki lg kat teluk intan..hopefully..insyaAllah bile ade rezki nanti k..

good luck dear for ur final exam..look 4ward n strive 4 ur aim..Allah ma'aki :)

take care ^_^ n salam sayang..

melatidaisy said...
This comment has been removed by the author.
melatidaisy said...

sekamar rindu :

wa'alaikumussalam..

syukran akh..syukran jgk ats doa itu..amin..

semoga dalam rahmatNya selalu.

melatidaisy said...

si para para :

jangan pernah berasa jauh, kerana Dia sentiasa bersama kita..andai terasa lemah, pohonlah padaNya..kerana dia Maha Mendengar dan Dia sentiasa rindukan suara rintihan kita :)

semoga sy, awak dan kita semua mndapat redhaNya..amin :)

syukran :)

arraheeq said...

salam dearie bilah :)
congrats da jd aunty! >_<
jzkk atas perkongsian.terkesan!
n happy holiday!moga dpt memanfaatkan masa lapang dgn sebaiknya.same2 berusaha,insyaAllah! y0sh~!! =)

Diriku.. said...

Entry 'SeJeNak Di PerSinggahan KehiduPan; Istimewa BuaT Sahabat..' masih membuat DiriKu kelu..sangat dalam lautan pengertiannya,,Terasa bayunya sehingga ke saat ini....Subhanallah..Syukran Jazilann:)

Solehah said...

Malati, tahniah dapat anak buah sulung ni. mesti sangat teruja kan. selamat bercuti dan terima kasih kongsikan ilmu di atas.

Frodo Baggins said...

>>___<<


citer ni menginsafkan ...

nway slmt bercuti n tahniah dpt baby baru. haahhaha ... lu bila lagi? haishhh ....

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
syukran atas peringatan..walau da selalu dengar, tapi manusia selalu lupa & alpa..
nyway c0mel baby tu.. =)
m0ga lahirnya membawa rahmat, remajanya menjadi pejuang ummat!

abu muaz said...

salam dan selamat kembali berblog.t.kasih singgah di teratak buruk pakcik.

Werdah said...

Salam Melatidaisy,

Tahniah krn dianugerahkan anak saudara. Mudah2an jadi anak yang salih menghiburkan hati dan penyejuk mata kepada umi ayah atuk dan neneknya dan sekeluarga InsyaAllah.

Mudah2an kita semua dapat ambil pengajaran daripada apa yang ditulis supaya kita tidak mudah lupa.

melatidaisy said...

arraheeq :

wa'alaikumussalam my dear bella :)
thanks 4 ur wish..yup..same2 berusaha! semoga kita diberi kekuatan olehNya:) y0sh~ !! heee =)

melatidaisy said...

Diriku.. :

penghargaan untuk sahabat yg sentiasa bersama saat tenangnya lautan mahupun saat bergelora dilanda badai =) semoga ukhwah diredhaiNya dan menjadi tiket utk ke syurgaNya..
amin..jazakallahu khairan jazaa' :)

melatidaisy said...

Solehah :

thanks kak..baru merasa betapa seronoknya ade anak buah..hihi..take care sis..semoga dirahmati selalu :)

melatidaisy said...

Frodo Baggins :

ya..untuk peringatan kepada sy, kamu dan kita semua..

sy nak kumpul anak buah dulu :)

melatidaisy said...

Azrai Ahmad Zamri :

wa'alaikumussalam..

syukran ats ziarah dan doanya..aminn..semoga bro azrai dalam rahmat Allah selalu :)

melatidaisy said...

abu muaz :

wa'alaikumussalam..terima kasih pak cik..semoga abu muaz sekeluarga dirahmati selalu :)

melatidaisy said...

Werdah :

wa'alaikumussalam puan werdah..

terima kasih ats doa puan..semoga kita semua dalam rahmat dan jagaanNya selalu..tidak dibiarkan dalam kelekaan..amin.. :)