Friday, April 23, 2010

Surat pilihan : Buatmu Teman

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum w.b.t

Ku nukilkan warkah kasih ini buat sahabat-sahabat di sekelilingku juga buat diriku yang lemah ini agar ia menjadi peringatan dan dalam kita menyusuri hidup yang bakal bertemu penghujungnya..ya..peringatan dan pedoman! Kerana sesungguhnya :

فذكر فإن الذكر منفع المؤمنين

“maka ingat-mengingatilah kamu! Sesungguhnya peringatan itu member manfaat kepada orang yang beriman”.

Sahabat,

Sedarkan kah kamu, hari ini

Islam dipermainkan, hari ini

Islam diperbodohkan, hari ini

dan Islam dipersendakan!!

Mereka yang dipersendakan adalah mereka yang meninggalkan suruhan Allah dan melakukan apa yang dilarang oleh Allah.

Terfikirkah kalian siapakah golongan mereka ini? Mungkinkah kita sebahagian daripada mereka?

Lihatlah di sekelilingmu wahai sahabat,

Tanpa rasa takut akan azab dan tanpa rasa malu sebagai seorang hamba yang hina, mereka langkaui dan ingkari arahan Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah, Pencipta dan Pentadbir dan berkuasa meletakkan peraturan-peraturanNya dan Dia yang layak disembah, tiada tuhan melainkan Dia yang Maha Esa. Dan kita ciptaanNya … diciptakan di muka bumi ini bertujuan mentaatiNya sepenuh hati!

وما خلق الجنّ والإنسان إلا ليعبدون

“….dan tidaklah Aku jadikan jin-jin dan manusia-manusia kecuali hanya untuk beribadat kepadaKu.”

Sahabatku yang amat aku kasihi,

Sememangnya kita tahu Allah menetapkan dan Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan kepada kita tentang aurat. Tapi mengapa masih? Masih ada dan ramai yang sanggup dan berani melawan arahan Allah ini. Adakah mereka ini tak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu dengan perturan yang telah Allah tetapkan ini? Dengan tanpa rasa gerun terhadap azab-azab Allah malahan dengan rasa bangganya mereka mendedahkan bahagian-bahagian badan mereka yang sepatutnya ditutup dengan sempurna. Subhanallah! Sesungguhnya bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya mereka dedahkan akan dibakar dengan api neraka di akhirat kelak. Dan ketahuilah wahai sahabatku, sesungguhnya api neraka itu adalah 70 kali ganda lebih panas daripada api di dunia ini. Bayangkanlah betapa azabnya mereka di sana nanti. Oleh itu, fikirkanlah, adakah kita terselamat?

Wahai sahabat,

Jagalah dirimu,

Pertahankan maruahmu,

Tutuplah auratmu,

Hiasilah dirimu dengan akhlak terpuji,

Teguhkanlah pendirianmu,

Bahawa kamu bukanlah bunga yang boleh disentuh oleh sesiapa sesuka hati tetapi kamu adalah berduri,

Indah terjaga rapi,

Ingatlah wahai sahabat,

Wanita itu hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.

Semoga dikau menjadi sekuntum mawar yang mekar di taman mengahrum imanmu mendamba redha Ilahi..dan semoga kita semua tergolong bersama mereka-mereka yang dicintai oleh-Nya.

Buat sekian kalinya aku berdoa, memohon keampunan di atas segala dosaku dan dosa sahabat-sahabat yang amat aku sayangi. Moga-moga diampunkan Allah.

Buatmu teman, sekian Wassalam.

............................................................................

p/s : warkah ini hanyalah sekadar peringatan buat diriku dan sahabat-sahabat..andai pernah kita tersungkur janganlah mengeluh dan terus jatuh..bangunlah dan carilah cahaya yang bakal menerangi hidup ini kerana yakinlah bahawa dihujungnya sentiasa ada sinar pengharapan..kita adalah insan lemah yang tidak akan pernah ma'sum, dan kasih sayang Allah sentiasa menaungi umpama dahan untuk kita berpaut..teruskan melangkah, andai rasa diri lemah..mohonlah pada Tuhan..

[melatidaisy]

17 comments:

cemomoi said...

pelik dengan slogan orang perancis 'hijab mengongkong kebebasan wanita dan menutup maruah wanita' jangan terpedaya dengan pujukan bahawa mendedahkan aurat sebagai lambang kebebasan dan meletak maruah wanita ditempat yang tinggi

Werdah said...

Salam Melatidaisy.

Terima kasih krn mendoakan mak cik.

Alhamdulillah, nasihat yang amat berguna untuk diikuti.

"Dengan tanpa rasa gerun terhadap azab-azab Allah malahan dengan rasa bangganya mereka mendedahkan bahagian-bahagian badan mereka yang sepatutnya ditutup dengan sempurna. MasyaAllah!

Ayat di atas ni makcik petik dp tulisan Melati. Makcik harap melati tukar MasyaAllah itu kepada Subhanallah, boleh kan.

Sebab Allah Maha Suci daripada menyuruh hambaNya berbuat keburukan, sedangkan MasyaAllah bermaksud apa yang dikehendaki Allah. Ini makcik dengar dp ceramah pengajian tentang ucapan2 ketika kita terlihat sesuatu yg kita suka atau tak suka.

Mudah2an kita semua dirahmati Allah SWT dan dapat mendorong nafsu kita ke arah kebaikan. Allahumma Amiin.

GhOsToNe said...

thanx sbb ingtakan..

melatidaisy said...

cemomoi :

itu hanyalah slogan untk mengaburi mata dunia ttg strategi mereka yg kononnya ingin menjaga hak asasi manusia tp hakikatnya semata-mata utk mematahkan sayap2 Islam..

semua dijemput ke link entri yg brkaitan :

http://republikn9.blogspot.com/2010/04/perjuangan-hak-asasisiapa-pengkhianat.html

syukran :)

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Syukran jazilan atas peringatan.

Moga ukht sentiasa dalam rahmat Allah

melatidaisy said...
This comment has been removed by the author.
melatidaisy said...

GhOsToNe :

u r welcome..barakallah :)

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam..

jazakallah wa barakallahu fik :)

deena farhana said...

salam ya ukhty habibaty melatidaisy...

deena dtg membawa sejambak bunga kasih buatmu yg sentiasa di hati..

trm ksh di atas perkongsian hebat ini..moga kita semua adalah tiang2 agama yg akan berjuang mempertahankan agama Islam tercinta ini...

jaga dr baik2 ye..nak sgt bersua muka dgn melatidaisy.. :)

melatidaisy said...

Werdah :

wa'alaikumussalam :)

jutaan terima kasih utk mak cik sbb sudi menegur khilaf sy dalam entri ni.sy dah betulkan perkataan tu kepada kalimah "subhanallah".terima kasih sekali lagi dan semoga kita semua dalam redha Allah :)


Petikan dari :

http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/10037-ucapan-dan-keadaan.html

-ucapan dan perkataan-

:: SUBHANALLAH ::
Ertinya ialah : "Maha Suci Allah ".Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib
Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan " SUBHANALLAH " apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : " Allah Ta'ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu " . Lihatlah firman Allah Ta'ala berikut :
Ertinya : " Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan " ~ Surah al-Hasyr ayat 23


::MA SYAALLAH ::
Ertinya : " Apa yang Allah Kehendaki "
Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .
Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )
Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut " MA SYA ALLAH " ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna " Apa-apa yang Allah kehendaki " , sedangkan Allah Ta'ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihat pelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .
Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .
Ucapan ini diistilahkan sebagai : " AL-MASYIAH "

CIKGU ZAM said...

salam,
bersama kita memartabatkan dan menaikan nama ISkam di mata dunia. kalau kita tidak mapu dengan cara yang banyak, kita perlu usaha berterusan., yang penting berterusan dan jangan putus asa. Kita perlu ingat bahawa hebat mana pun kita, berkuasa sebesar mana pun kita, tetapi bila smpai masa kita akan tinggalkan dunia ini, kita hanya memerlukan bantuan orang untuk baluti diri kita dengan kain putih yg sama bagi semua golongan manusia.

Diriku.. said...

Salamm Ziarah.. thanks utk ingatan ikhlas dr 'makcik..'hihihi. erm..da 2-1.. :)

Werdah said...

Salam Melati.

Sama-sama kasih, kerana menambah maklumat. Makcikpun pernah tulis juga ttg tu di sini http://permatainn.blogspot.com/2009/09/subhanallah-n-masyaallah.html

melatidaisy said...

deena farhana :

wa'alaikumussalam habibati ukhti..

jazakillah khairan jazaa'..semoga akak sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya selalu..salam sayang kembali dari melatidaisy :)

take care..ilalliqo' ^_^

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

wa'alaikumussalam..syukran atas peringatan..semoga kita semua terus diberi kekuatan olehNya dalam mujahadah ini..juga semoga cikgu zam dalam rahmat Allah selalu..syukran:)

melatidaisy said...

Diriku... :

wa'alaikumussalam...syukran atas kunjungan ziarah :)
erm..now dah 2-2 ..fight never surrender..hihi~
barakallahu fik n jazakallah..

melatidaisy said...

Werdah :

wa'alaikumussalam mak cik.. sekadar berkongsi dan skali lagi amat berterima kasih ats teguran makcik :) ok, nanti sy jenguk entri tu..syukran..semoga makcik dalam rahmat Nya selalu..amin..:)