Saturday, April 24, 2010

Tetamu senja di belantara : rintihanku ...

بسم الله الرحمن الرحيم



Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengingati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Menjadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya CintaMu

Sesungguhnya Engkau Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Diri Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

(rintihanku - assaufee)






Dalam kehidupan ini, diri ini cumalah seorang tetamu senja yang berkelana bersendirian membelah belantara. Senja..yang terlalu pendek dan terlalu singkat harus kuredahi di belantara yang mana diperutnya dipenuhi pelbagai ranjau dan duri..

Namun kadangkala diriku terleka dengan keindahan senja.. belum puas aku menikmati langit jingga berhias camar berterbangan, kelam malam mula berarak menutupi sang langit..untuk mengingatkan diriku bahawa malam ingin melabuhkan tirainya..malangnya aku terlalu asyik sehinggakan tidak menyedari bahawa diri ini telah tenggelam dalam kelam malam..lantas teraba-raba mencari arah demi secebis cahaya..

Rimas aku dalam kesesatan lantas aku bangun ingin meredah sang belantara..menempuh segala onak dan ranjau yang terhidang dan sering membuatkan diriku terluka..saat tersungkur aku terus terduduk..sejenak merenung perjalanan yang entah bila tiba dipenghujungnya..aku takut..takut sekiranya aku tiba ke penghujung sebelum sempat kutemui cahaya…namun aku tidak akan berputus asa..kembaraku ini akan aku teruskan selagi ada hayatku.. walau tercalar walau terluka akan ku gagahi jua..demi menuju-Mu..

Ya Allah..Kau permudahkan perjalananku menuju-Mu..sesungguhnya aku redha dengan setiap liku yang ku tempuh kerana ku yakin di penghujung-Nya ada sinar kasih-Mu yang menanti…

[melatidaisy]

18 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Semoga mendapat pertunjuk taufik Allah SWT. Harus tabah dan bersabar di dalam segala hal.

Tempuhi segala dugaan dan cabaran yang diberi dengan penuh keikhlasan, panjatkan doa memohon pada Allah agar membantu dan melindungi kita semua, walaupun kehidupan itu terkadang kala terhimpit dek permasaalahan keduniaan.

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam..

syukran akh...monolog diri saya tentang secebis perjalanan yg baru sahaja bermula dan masih jauh untuk ditempuh namun masa semakin suntuk..semoga beroleh kekuatan dariNya untuk menempuh segala mehnah dan ujian. jazakallah wa barakallah :)

Solehah said...

amin ya rabbal alamin..

CIKGU ZAM said...

salam, semoga perjalanan hidup yang penuh bermakna dan diberkati Illahi, Aminn. Teruskan perjalanan ke jalan yang diredhai Allah

Diriku.. said...

"....Jujur Ikhlaskah Diri Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan...:

Dan hikporasikah Diriku ini..
Menghitung nikmat tanpa mengsyukuri..
Membelai dosa tiada terhenti
Biarpun hati dalam kekaburan
Masih bertanya di manakah kesudahan.. Wsalam..
~Terima kasih kerana mengingatkan.. Sesungguhnya nulikanmu ini sangat menginsafkan.. Terima kasih lautan..Atas bimbingan pd pantai yang sebenarnya sepi..~

Werdah said...

Salam Melatidaisy.

Perjalanan yang singkat dan penuh ranjau serta duiri perlu diteruskan. Perlu memperkuatkan iltizam ingin sampai kepada matlamat yang diidamkan.

Semoga kita semua berjaya menghadapi sgl ujian penuh ketabahan dan keredhaan. Allahumma Amiin.

melatidaisy said...

kak Solehah :

ameen... thanks akak.. semoga Allah merahmati akak selalu hendakNya..ameen ~ :)

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

wa'alaikumussalam..ameen ya rabb.. syuran ats doa..semoga Allah permudahkan segala urusan saudara jga.. barakallah :)

melatidaisy said...

Diriku.. :

salam alaik.. :)

Hidup hakikatnya mempunyai dua sempadan – harapan dan ajal. Dengan harapan kehidupan terpelihara dan dengan ajal kehidupan berhenti.Dan dengan harapan itulah kita akan terus berusaha..utk mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain dan terus berdiri menggapai mardhatillah..
-Terima kasih kembali..semoga perjalanan kita dalam hidup ini disimbahi cahaya hidayah dan dinaungi redhaNya..Terima kasih pantai..yang setia menemani disepanjang perjalanan dan menjadi benteng penguat semangat..barakallahu fik..wsalam..

melatidaisy said...

Werdah :

wa'alaikumussalam..:)

betul puan..selagi nyawa bersatu dengan jasad, selagi itu dikuatkan iltizam demi menuju redha-Nya..segala mehnah dan ujian adalah tarbiah dariNya dan semoga kekuatan dariNya menjadi milik kita dalam mujahadah ke destinasi agung..Ameen..

si para para said...

aku adalah hamba..........
ke sana ke mari memikul dosa......
mencari penawar penyembuh jiwa....
untuk ku leraikan segala sengsara..

melatidaisy said...

si para-para :

kita semua adalah hamba..yang sedang meniti titian suratannya..jatuh bangun menjadi persinggahan kita..semoga dipenghujungNya bertemu redhaNya,ameen.. :)

cun09 said...

salam dik...

semoga ALLAH memberi rahmat-NYA sepanjang hidup kita ini...InsyaALLAH

deena farhana said...

salam mahabbah lillah buat ukhti ku syg...moga hidup kita ini sentiasa dalam rahmat naungan Ilahi..kak deena doakan moga melatidaisy sentiasa tabah dan tegar menempuh liku dan onak sepanjang perjalanan dunia ini...

salam penuh kasih buatmu :)

melatidaisy said...

cun09 :

wa'alaikumussalam kak :)
insyaAllah..ameen ya rabbal 'alameen.. barakallahu fiki ^_^

melatidaisy said...

deena farhana :

salam mahabbah lillah lembali untuk akak :) wa jazakaillahu khairan jazaa' 'ala du'a..semoga Allah memberi kemudahan dan kekuatan kpd akak dalam menjalani setiap episod kehidupan :)

uhibbuki fillah ^_^

alhariesz said...

salam...

benar dunia sudah merangkak malam. selagi aqal terletak kemas di kepala, selagi nafsu tidak dituankan, selagi syaitan belum berjaya memimpin tangan....

insyaAllah perjalan ke 'sana' itu mudah bagi kamu. dan kita semua.

amin

melatidaisy said...

alhariesz :

wa'alaikumussalam,

semoga perjalanan kita dalam redhaNya..ameen..

syukran :)