Sunday, May 30, 2010

:: aku hanyalah seorang hamba ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.


Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira' ?" (Humaira' adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.


Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Renung-renungkan lah.. semoga kita semua beroleh manfaatNya...

~melatidaisy~

18 comments:

deena farhana said...

ya ukhti..syukran atas perkongsian ni..kak deena bace khusyuk sgt..sayu kt hati tu dtg tiba2.. tmksih..

sgt bererti utk renungan kita semua :)sus

Jantan Keparat said...

insyaALLAH..
AKN CUBE MNJADI SEBAIK RASULLULLAH....

cemomoi said...

malunya baca n3 ni sebab mebuka kelemahan diri sendiri.. tiada ruang yang dapat disamakan untuk mengatakan bahawa aku ini pengikut Rasulullah yang setia, jauh lagi sebagai pencinta Rasulullah.. sekelumit pun tak dapat ditauladani bagaimana kita berkata kitalah pembela Rasul mulia ni...

terkesima dan terima kasih atas perkongsian ini

CIKGU ZAM said...

salam, best kisah di atas, saya juga berhasrat utk menjadi teman hidup yang sebaiknya pada pasangan suatu hari nanti, InsyaAllah,

shameel Iskandar said...

Terima kasih atas kisah yg menarik ini. Itulah Rasulullah s.a.w, qudwah hasanah dlm apa jua bidang. Kesuamian akan kembali kpd suami andainya Rasulullah dicontohi. Kemanusiaan akn kembali kpd manusia andainya Rasulullah diteladani. Kepimpinan akan kembali kpd pemimpin andai Rasulullah dijadikan role model.

citahrudin said...

terima kasih sangat2

melatidaisy said...

kak deena :

la syukra 'alal wajib ya ukhti :)
salam sayang dari melatidaisy utk akak ..fi amaanillah daaiman

:))

melatidaisy said...

Jantan Keparat :

insha Allah..ameen :)

melatidaisy said...

cemomoi :

tq .. semoga kita semua beroleh manfaatnya dengan memuhasabah diri ini..

barakallahu fik.

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

wa'alaikumussalam,
sy doakan yg terbaik..ameen, inshaAllah..

semoga sama2 beroleh manfaatnya.. :)

melatidaisy said...

shameel Iskandar :

la syukra 'alal wajib..
tepat sekali, Rasulullah sendiri diturunka utk menyempurnakan kehidupan kita sbg Muslim dengan ajaran2 dariNya, malangnya ramai yg tersasar dr lapangan sebenar..

semoga Allah melindungi kita di siang dan malamNya..ameen..

melatidaisy said...

citahrudin :

:))

semoga kita semua beroleh manfaatnya..barakallahu fik :))

dmx said...

assalamualaik..
suhanallah......
Baginda selalu..meyebut " Ehwanku " " Ehwanku " brulang2kali bila bersama para sahabat....
Lalu..para sahabat pertanya,kpd baginda..Siapakah,"Ehwanku "...yg selalu engkau sebut2 itu....sedangkan kami sentiasa bersamamu,wahai Rasullah.
jawab Baginda...saudaraku,yg mghidupkan dan mpertahanan sunnah ku...ketika tiadaNYa Aku (mangkat)

melatidaisy said...

dmx :

wa'alaikumussalam..

subhanallah..betapa besarnya kasih syg baginda Rasululluh terhadap ummatnya.. syukran kembali ats perkongsian ..

Ibnu Jamaluddin said...

Rasulullah adalah tauladan terbaik buat manusia lain...
Tapi apakah kita mampu menjadi seperti Baginda.
Ana tak terdaya untuk jadi sepertinya, hanya cuba berusaha untuk mencontohi, itu yang termampu...

Abd Razak said...

Salam..:)

Moga sihat hendaknya..

Cukup sekadar Rasulullah s.a.w yang jadi suri tauladan kita, umat islam khususnya yang hari ini sebahagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah, baik dalam tindakan maupun perkataan yang menyejukkan.

Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti beliau (Nabi Muhammad)

*Rasanya semalam saya dah beri komen, mungkin tak lepas..maaf**

melatidaisy said...

Ibnu Jamaluddin :

Baginda adalah Qudwah Hasanah kita, seharusnyadi jadikan contoh yg terbaik dalam kehidupan kita..sekalipun kita mmg tidak mampu utk jadi sebaik baginda tp kita cuba contohi sebaik mgkin yg trdaya :)

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam,

Alhamdulillah, smoga akh razak juga sntiasa dlm rahmatNya.

Malangnya ramai yg mengaku diri ummat Muhammad saw tetapi sering tersasar dari ajaranNya, malah golongan yg cuba mghidupkan ajarannya kadangkala ditindas.Namun, yakinlah dgn nusrah Allah..

*ye ke akh? takde plak, kalau ade mesti sy dah approve, la baksa,cuma kesilapan teknikal, syukran** :)