Sunday, May 23, 2010

Biar Sedikit Asal Bahagia Dari Banyak Tapi Menderita

بسم الله الرحمن الرحيم



Allah memang mengkehendaki supaya kebaikan disebarluaskan, namun Dialah jua yang menciptakan cemuhan-cemuhan yang datang menerusi mulut manusia.

Dari seluruh umur anda maka yang dikira adalah umur yang membahagiakan, melapangkan, mententeramkan, dan bersedia menerima apa sahaja yang ditentukan buat anda. Namun rakus, tamak, dan sikap bongkak sungguh bukanlah kehidupanmu yang asli. Semua itu adalah lawan dari kesihatan, kebugaran dan kecantikan anda. Kerana itu berusahalah untuk mendamba redha Allah, menerima pembahagian, meyakini ketentuan, dan tidak bimbang menghadapi masa yang akan datang.


Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada orang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang lain, dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain. Pendek kata, hidupnya sentiasa berpusing dari yang baik kepada yang baik.


Kalau tidak, maka jadilah anda seperti seekor lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula. Jika ia jatuh di atas tangkai, tidak memecahkannya; menyentuh nektar tetapi tidak melukainya, mengeluarkan madu dan tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Ia mempunyai dengungan sukacita dan bisikan kerelaan. Seakan-akan ia utusan kerajaan langit atau duta dari alam yang kekal datang berkunjung.


'Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat, kerana mereka kembali dan mengadu hanya pada-Nya'

petikan dari : Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia [Dr. 'Aidh Al-Qarni]

10 comments:

cemomoi said...

syaitan sentiasa memperlihatkan yang buruk itu indah dan yang baik itu susah

Abd Razak said...

Salam..:)

Taubat yang sungguh-sungguh di mata Allah adalah pembersihan diri yang sangat dicintai.

Pepatah Arab menegaskan : "Manusia adalah tempat salah dan lupa". Pepatah itu bukan bererti manusia dibiarkan untuk selalu berbuat salah dan dosa, akan tetapi kesalahan pada diri manusia harus ditebus dengan taubat, penyesalan dan penghentian.

Rasulullah bersabda, "Setiap anak Adam adalah sering berbuat salah. Dan, sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang-orang yang bertaubat." (H.R. Tirmidzi)

dmx said...

salam...:)
...
Bermula amalan dgn niat...
Bagi setiap amalan, mggikut ape yg diniatkan...
Jika..niat kpd Allah dan Rasul,ianya akan dikembalikan kepada Allah dan Rasul
Jika..niat kpd Nafsu dan Dunia,ianya akan dikembalikan kepada Nafsu dan Dunia...mafhum hadist

deena farhana said...

salam ukhti ku syg..

suka baca tulisan dr 'Aidh Qarni.. terpesona dgn sastera ayat yg indah..

sgt memotivasikan..slm syg dr kak deena buat melatidaisy...

cun09 said...

salam dik ^_^

perkongsian yg 'menarik'...TQ

**semoga kita dikalangan hamba yg sentiasa bertaubat dan muhasabah**

**manalaaa tau kot nk mai kay tee...leh kita jumpa ^_^**

sekamar rindu said...

salam...


Taubat is not just asking forgiveness by tongue without following by heart. Has similarity with Iman (faith), taubat is felt by heart, expressed by tongue (asking forgiveness from God and from people whom we have wronged), and practice by deed (stop from
doing that mistake, mend the consequences of our bad deed, do good deed to cover our sins,

tuvm...

pokmudo said...

Subhanallah! Kelebihan manusia kerana dikurniakan akal dan dibungai dengan kemanisan keimanan untuk memimpin dunia ini menuju ke jalan keredhaan Allah. Hargailah.

HASRUL NIZAM said...

salam ziarah :)

Jadilah anda seperti seekor kambing yang sentiasa memakan sesuatu yang baik (rumput=sayur, good 4 ur healty), dan pekerja yang baik pula (makan rumput) jadi x payah tuan die susah2 potong rumput. Jika ia jatuh, hanya mengembek tidak menangis (hati tabah), tidak merajuk (tak payah susah2 pujuk), menyentuh janggutnya adalah belaian tetapi tidak melukainya, mengeluarkan bau busuk (takut air) tapi harga tak pernah jatuh, mengembek dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Ia mempunyai dengungan sukacita dan bisikan kerelaan. Seakan-akan ia utusan kerajaan langit (ayah pin) atau duta dari alam yang kekal datang berkunjung.

Sekian terima kasih...
Kah3 jangan marah ye Melatiey :P

alhariesz said...

tenteram membaca entry nih... ;)

semoga kita semua berada di bawah teduhan rendang pepohon redha Ilahi...amin ya rabbal alamin

shameel Iskandar said...

Jadi juga seperti hujan yg mencurah. Meninggalkan lembap dan basah di mana sahaja ia singgah.
Menyuburkan tanah hingga menerbitkan pokok2 yang berbuah.