Monday, May 10, 2010

:: buat cinta hatiku..ummiey tersayang.. ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Handmade mother’s day card for our beloved ummie :)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Dan kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun : Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ke dua ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali. [ Luqman : 14]

Jazakalillahu khairan jazaa’ buat ummi tersayang .. Ummi..Sesungguhnya tiada kata-kata yang mampu dilafazkan setanding dengan jasa dan pengorbananmu selama ini demi melihat anak-anakmu membesar dengan bahagia menjadi muslim dan muslimah yang setia..Tiada hadiah yang selayaknya mampu ku hadiahkan padamu sebagai balasan jika di ukur dengan setiap titik susumu yang mengalir di dalam tubuhku..Setiap hari yang berlalu adalah hari-hari yang istimewa dalam hidupku..kerana aku masih memilikimu di sisiku..

Ummiku wanita hebat, ummiku wanita tabah, ummiku wanita perkasa, ummiku sayap terampuh untuk abahku ..ummiku yang membekalkanku dengan ilmu agama, ummiku yang tidak jemu mendidikku dengan pengorbanan dan airmata, ummiku yang tidak pernah lupa mengingatkanku tentang pahala dan dosa, ummiku yang memarahiku dan menegurku saat aku terlupa akan hukumNya, dan ummiku yang mengenakan pelbagai syarat kepada kami untuk menjadi anaknya yang berguna .

Kata ummi : “nak jadi anak ummi kena ikut peraturan ummi ”. Pernah suatu ketika dulu di saat aku masih mentah, hatiku memberontak dengan syarat-syarat dan segala peraturan yang dikenakan ummi, syaitan terus berbisik mengatakan akulah anak malang yang dikongkong ibuku sendiri. Namun hari ini, aku tersenyum mengenangkan memori lalu itu..kerana natijahnya aku amat-amat bahagia dan bersyukur dapat hidup di dalam peraturan-peraturab ummiku, Kerana apa yang di larang ummi adalah larangan-larangan Allah, dan apa yang disuruh oleh ummiku adalah suruhan-suruhan Allah, yang kadangkala kelihatan kecil di mata manusia tetapi di sisi yang Esa amat besar harganya.

Terima kasih ummiku atas didikan dan tarbiahmu yang sentiasa memagariku di sepanjang perjalanan hidupku menuju keredhaan-Mu..

“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 6447)

Hadits di atas menunjukkan pada kita bahwa hak ibu lebih tinggi daripada hak ayah dalam menerima perbuatan baik dari anaknya. Hal itu disebabkan seorang ibulah yang merasakan kepayahan mengandung, melahirkan, dan menyusui. Ibulah yang bersendiri merasakan dan menanggung ketiga perkara tersebut, kemudian nanti dalam hal mendidik baru seorang ayah ikut hadir di dalamnya. Demikian dinyatakan Ibnu Baththal rahimahullahu sebagaimana dinukil oleh Al-Hafidz rahimahullahu. (Fathul Bari, 10/493)

Betapa mulianya martabatmu ummi sehinggakan beberapa kali di sebut dalam Al-Quran dan Al Hadith..semoga ayat-ayat suci ini sentiasa segar di mindaku dan terus basah di hatiku agar tiada sesaat pun diriku lupa akan hadirnya dirimu duhai ummiku..

Dengan rasa cinta yang melimpah di kolam hatiku, inginku lafazkan berkali-kali dan tidak akan pernah berhenti, bahawa aku amat menyayangimu duhai ummi. Terima kasih kerana sentiasa hadir di saat diriku memerlukanmu, terima kasih di atas setiap ciuman dan pelukanmu yang sentiasa menghangatkan dingin hatiku.Terima kasih di atas titipan doamu yang tak pernah putus untuk anakmu..dan terima kasih kerana tidak pernah membuat diriku merasa kekurangan..

Ummi, sejuta kemaafan ku pohon darimu atas setiap kata yang mencalari hati, atas setiap perilaku yang mengguris naluri,redhakan setiap langkah perjalananku, halalkanlah setiap titisan susumu yang mengalir dalam diriku..juga segala ilmu yang tanpa jemu dicurahkan untukku.. sesungguhnya aku terlalu ingin menjadi puteri yang solehah untukmu…wahai ummiku..


Surprise for ummie dan kak long :)


Ummi..

Butir bicaramu

menolak resah yang membungkam jiwaku

Tutur nasihatmu ..

membangkit kembali semangat juangku

Tika ombak pilu menghempas pantai hatiku..

telah kau selami diri ini setulus hatimu

Telah kau temani

perjalanan hidup ini dengan redup kasihmu

Tanpa dirimu..

hari-hariku sepi membisu

Tanpa dirimu ..

terasa suramnya hidupku

Sesungguhnya ..

memilikimu..

adalah satu anugerah buatku..

.............................................................

Alhamdulillah, surprise untuk ummi dan kak long semalam berjalan dengan sempurna..:) Ya Ilahi..ku bermohon hanya pada-Mu..Kau ampunkanlah dosa ibuku, Kau ampunkanlah dosa ayahku, kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sejak kecilku..Kau limpahkanlah rahmat kasih sayang-Mu keatas kami..kekalkanlah dan peliharalah kebahagiaan ini..dan Kau tabahkanlah hati kami saat suratan-Mu berliku..dan Kau satukanlah kami sekali lagi di Jannah-Mu yang abadi..ameen ya rabbal ‘alameen..

~ SeLamAT hAri ibu bUaT uMmie dan kAk LoNg ~

dariku..melatidaisy..



30 comments:

cik zatil said...

selamat hari ibu buat
semua ibu seluruh
dunia..

semoga dirahmati
Allah SWT segala
pengorbananmu..

[saya sayang mak saya]

:) :) :) :) :) :)

CIKGU ZAM said...

salam,
Alhamdulillah si meleti. kerana usaha diri utk jati anak yang baik kepada ummi

Hasrul Nizam said...

salam mak cik,

ni mesti kecik2 degil ni kah3...
jadilah anak yang solehah,
jangan sekalipun ngko lupekan jasa ibu,
walaupon ngko nanti dah ade banyak tanggungjawab.

siape pon ngko,
tanggungjawab pada ibu tak akan terlepas.

wei,
macam sedap je kek hari ibu,
xde tinggal untuk saye ke? kah3

MuNie said...

wow sedari! sgt seronok ummi dpt kek itu. bagus2. ank solehah ni. insyaAllah calon syurga ni.. :)

yusuf mujahidin ™ said...

salam hari ibu
:)

shameel Iskandar said...

“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 6447)

Tiga nisbah satu (3:1),begitulah keutamaan ibu berbanding bapa.

Mesti ada makna berselirat seribu disebalik nisbah itu. Apatah lagi nisbah itu bersandarkan sabda Nabi junjungan mulia.

Jasa ibu terlalu besar dan destinasi terakhir yg ingin dituju juga terletak di bawah telapak kaki ibu.

deena farhana said...

salam alayk ukhtil mahbuubah..

comel je kek..krim slm kat ummi dan kak long ye..selamat hari ibu, moga usia dan amalan sentiasa diberkati Allah..

slm syg selalu buat melatidaisy.. :)

pokmudo said...

Allahumma soli'ala syaidina Muhammad...Rasulullah mengangkat martabat kaum hawa di kala masyarakat jahilliah menghinanya.Kini, mengapa perangai jahilliah mulai diceduk kembali?

Lin Kreshk said...

smoga ummi panjang umur nanti... hargailah ummi sementara dia masih ada - Rockers

http://cicaktonjeng.blogspot.com/

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
lawa kad tu =)
insyaAllah..sama2 la kita membahgiakan hati mereka sementara hayat masih ada..

melatidaisy said...

Cik Zatil :

selamat hari ibu untuk mak akak jugak dan untuk bakal2 ibu..inshaAllah..hehe

sy sayang ummi sy jugak ^_^

+akufobia+ said...

mendoakan kebaikan buat ummi.maaf atas segala khilaf.sayang ummi.terima kasih ummi.

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

wa'alaikumussalam..

terima kasih cikgu zam..semoga kita semua mampu memberikan yg terbaik kpd mereka..amin..:)

melatidaisy said...

Hasrul Nizam :

wa'alaikumussalam..pAk cik !

syukran ats pesanan dan peringatan..semoga sy kamu dan kita semua tidak melupakan mereka walau sedetik saat kita berjaya nanti kerana tanpa ibu siapa lah kita..

p/s : alamak..kek dah abis..mmg sgt sedap :)

melatidaisy said...

MuNie :

ye sedari..sangat bahagia tengok senyuman meleret di wajah ummi..hehe..u n me semoga menjadi anak yg solehah..tlg krm salam hepi mother's day n hepi teacher's day kt ur ibu k :)

get well soon dear..sakit itu kifarah dariNya..cayang kamu selalu :))

melatidaisy said...

yusuf mujahidin ™ :

syukran =)

melatidaisy said...

shameel Iskandar :

syukran akh shameel..ye betul, berjuta hikmah disebaliknya..salah satunya terbukti dengan sifat dan peranan ibu itu sendiri dalam sesebuah rumah tangga :)

melatidaisy said...

deena farhana :

salam alaik ukhtil ghaliah :)

syukran kak..kek beli =) sy dah smpaikan salam akak pd diorang..

semoga akak dirahmati selalu..salam sayang berpanjangan utk akak ^_^

melatidaisy said...

pokmudo :

terima kasih ats komen yg sangat menyentuh hati dan fikiran sy .. barakallahu fik :)

melatidaisy said...

Lin Kreshk :

terima kasih ats doa dan pesanan ikhlas :))

melatidaisy said...

Azrai Ahmad Zamri :

wa'alaikumussalam..

syukran =)
insyaAllah..semoga tidak kita menyesal dikemduian hari..

melatidaisy said...

+akufobia+ :

sesungguhnya doa anak yg soleh adalah hadiah dunia dan akhirat buat mereka :)

dmx said...

assalamualik ukhuwahfillah..
melatidaisy...
trharunyrr..
tringatkan ibu trcinta huhuhuk
" moga..mjadi anak yg soleh n solehah yg senentiasa mdoakan kdua ibubapanyrr...amen "

melatidaisy said...

dmx :

wa'alaikumussalam ..

segera panjatkan doa setiap kali terkenangkan mereka :)

terima kasih ats doa ..
salam ukhwah fillah kembali :)

kawie2020 said...

salam melatidaisy...

balaslah jasa ibumu dengan menjadi anak solehah...

itulah jasa yang paling besar untuk seorang ibu...

hamba allah said...

salam....

selamat hari ibu buat bonda awak..

p/s: tq atas ucapan hari guru pada saya...sangat dihargai..

Diriku.. said...

Salam.. Excelent job.. Nice words.. Absolutely Full Mark... Next assgnment..?:)

melatidaisy said...

kawie2020 :

wa'alaikumussalam bro kawie..

thanks utk pesanan ikhlas itu..i really hope so :)

melatidaisy said...

hamba Allah :

wa'alaikumussalam..

syukran..barakallahu fik..

melatidaisy said...

Diriku..

wa'alaikumussalam..thanks ats pujian yg bertimpa-timpa..alhamdulillah fullmark..he2..ur assignment first please :)

semoga dalam rahmat dan kasih sayangNya selalu ..ameen..