Monday, May 31, 2010

Israel laknatullah !! Ihzim hum ya Allah !!!

بسم الله الرحمن الرحيم

sama-sama kita panjatkan Doa Qunut Nazilah dalam solat fardhu untuk barisan pejuang-pejuang Allah, saudara-saudara seislam kita yang menyertai Konvoi Kemanusiaan Lifeline 4 Gaza yang sedang berdepan dengan serangan tentera-tentera Israel laknatullah..


Ringkasan tatacara melakukan Qunut Nazilah

a) Boleh dilakukan dalam setiap solat fardhu
b) Dilakukan pada rakaat terakhir
c) Sebelum atau selepas bangun dari ruku'

Jika sebelum: Selepas selesai membaca al-Fatihah dan surah yang lain, terus angkat tangan dan baca doa Qunut Nazilah.


Jika selepas Ruku': Bangun i'tidal, selepas itu angkat tangan dan berdoa [macam ketika Qunut Subuh]


DOA QUNUT NAZILAH




Ya Allah

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu

Di batang-batang leher musuh-musuh kami

Dan kami berlindung dengan-Mu

Daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka

Goncangkanlah pendirian mereka

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum

Wahai Tuhan yang bersifat Murka

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab

Wahai Tuhan yang menggerakkan awan

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al ahzab

Kalahkan mereka!

Kalahkan mereka!

Kalahkan mereka!

Dan menangkan kami ke atas mereka !

Ameen..



semoga mereka yg syahid tenang di sana bersama para Syuhada'
Hanya doa yang mampu kita panjatkan :(
semoga usaha kecil ini bernilai di sisi-Nya...

...........................................................

"seringkali hati tercari-cari erti sebuah kehidupan..seringkali jiwa tergesa-gesa membandingkan kenyataan,sehingga kadang-kadang menjadikan diri alpa tentang sebuah ketentuan..yang sebenarnya Dia Maha Besar dan Maha Mengetahui segalanya yang sedikitpun tidak mampu kita bayangkan.. Apatah lagi untuk disesalkan.. "

wahai jiwa-jiwa yang tenang..kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya..sodaqallahul 'azeem..


~melatidaisy~

9 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Moga Allah turunkan pertolongan untuk saudara-saudara Islam kita.

Thanks untuk pengetahuan ini..:)

Moga Allah sentiasa merahmati akhti..

cemomoi said...

Ya Rabbul 'arsyil 'azim ya Rabbus samawati wal ardh ya Dzal Jalalali wal Ikram, laknatkan suatu bangsa yang penuh kesombongan yang merampas selendang kebesaran-Mu yang membuatkan onar kemurkaan-Mu di muka bumi ini ya Allah, putuskan tali kekuatan mereka, terbalikkanlah hati mereka benamkan mereka dalam ketakutan ya Allah hingga persekutuan mereka bercerai-berai dan timpakan kehinaan kepada bangsa yang melampau ini ya Allah

dmx said...

salam...
sirrubarkatillah....:)

MuHaMMaD86 said...

percaya pada pertolongan Allah SWT

apa yg kita mampu,berdoalah dari kejauhan,moga2 Allah mndgr suara isi hati kita

iqbalsyarie said...

Bantuan Allah itu dekat.InsyaAllah

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
m0ga keangkuhan Yahudi laknatullah ini kembali membuka mata dunia, umat Islam khususnya..bahawa Gaza tidak pernah berhenti menangis! d0a..qunut nazilah menjadi senjata..buat kita yG jauh di bumi merdeka.. thanz 4 sharing, maybe ramai lg antara kita yG tidak pasti untuk melakukannya

alhariesz said...

SALAM...

BAGUIH MELATI INGATKAN AMALAN NIH...

IHZIMHUM WANSURNA 'ALAIHIM...

AIWA...

si para para said...

KALAHKAN MEREKA YA ALLHA.........

jane said...

....

sama2 kite doakan..