Sunday, May 16, 2010

:: SeLaMaT hARi GuRu ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru..sungguh syahdu bile terkenangkan kembali guru-guru yang pernah mendidikku sejak kecilku..pelbagai kenangan dan memori terimbau kembali, kenangan yang hanya tinggal kenangan yg menjadi hadiah sebagai bekal dalam perjalanan..

sungguh masa tidak dapat diundur kembali, namun jasa mereka jangan dilupai kerana martabat seorang guru amat mulia, apatahlagi Islam sendiri amat menyanjung insan yang mencurahkan ilmu.. Guru atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka.

Dalam sebuah Hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda :

Terjemahan :
Kelebihan orang yang berilmu berbanding `abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang." (Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi)

Muliakanlah guru kita, sentiasa menghormati dan mengenang jasa mereka dan yang paling utama sentiasa mendoakan mereka..Cuma itu yang termampu kerana sudah pasti tidak terbalas segala jasa mereka seperti mana jasa kedua-dua ibu dan bapa kita..

Ahmad, al-Tabarani dan al-Hakim telah meriwayatkan daripada `Ubadah ibn Samit bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bukanlah daripada umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua dan mengasihi kanak-kanak serta mengakui hak orang yang berilmu di kalangan kita."

Selamat Hari Guru buat insan-insan yang pernah mendidikku,

  • Taski Abim, Besut
  • Tadika Kemas Kg.Raja
  • Sekolah Kebangsaan Kg. Nangka,Kuala Besut
  • Sekolah Kebangsaan Kg. Raja,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Kuala Besut
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  • Center For Foundation Studies, IIUM, Petaling Jaya & Nilai
  • International Islamic University Malaysia, Gombak
dan teristimewa buat ummi dan abah yang mendidikku sejak lahirku :)

Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan pendidik2ku .. semoga Allah swt membalasnya dengan sejuta kebaikan ke atas kalian..ameen..

Selamat Hari Guru juga untuk sahabat2 blogger yang menceburkan diri dalam profession perguruan..semoga kalian terus diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsa..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden berkuasa

Jika hari ini seorang ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang peguan menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa ;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

[Usman Awang]


~jazakumullah khairan jazaa'~

malam tadi sy bersengkang mata membungkus mug2 utk adik2 sy hadiahkn pd guru2 diorg..maaf le adik2..kakakmu tak kreatif so x brape nk cantik..hehe ^_^

p/s : selamat hari guru jugak buat kak long tersayang [cikgu praktikum pun "guru" jgk :) ]

~ melatidaisy ~

22 comments:

Abd Razak said...

Salam..:)

Mulianya peranan guru diibaratkkan sebatang lilin yang membakar dirinya bagi menerangi kehidupan pelajarnya. Tanpa ilmu tiada maknanya. Iman Syafie iaitu pengasas Mazhab Syafie juga memuliakan guru-gurunya. Beliau menghormati guru-gurunya tanpa mengira bangsa dan agama. Bukti betapa beliau menghormati guru-gurunya dapat dilihat apabila beliau tidak pernah menghalakan kaki ke arah rumah gurunya sewaktu tidur.

Selamat Hari Guru buat semua pendidik

Werdah said...

Salam Melatidaisy.

Terima kasih atas kata-kata penghargaan ini. Begitu menyentuh hati kerana diri ini juga bekas guru!
Mudah2an Allah membalas kebaikanmu insyaAllah kerana mengenang jasa guru-guru.

Mudah2an kami guru-guru juga diberi keampunan atas segala kemungkinan berbuat salah dik tidak mengerti sebelum ini. InsyaAllah. Selamat Hari Guru juga buat semua guru-guru yang membaca N3 ini.

pokmudo said...

Jangan lupa pada guru al-quran...walaupun cuma mengajar di teratak...dia tetap guru...

Jantan Keparat said...

slmat hri guru...

penjejak maya said...

salam,

siapalah kita tanpa guru..

cemomoi said...

segala jerih perih tak terbayar. jasa terhimpun tak sedar bahawa kita telah menjadi bangsa bermaruah dari usaha gigih manusia bernama guru.. selamat hari guru

deena farhana said...

slm syg buat ukhtie ku syg..

jasa guru tiada tara, mendidik dgn ketulusan..slmt hr guru buat semua yg bergelar pendidik :)

CIKGU ZAM said...

salam,
sedih dengan segelintir masyarakat yang tidak tahu pengobanan guru. guru hanya mahu anak didik mereka lebih berjaya dari mereka, fahami lah............

dmx said...

assalamualik..
melati..
seronok melihat byk,sahabat2 mghargai jasa2 guru...kita

salahsatu dri tiga perkara amalan anak adam yg tidak terputus (pahala)walaupun telah mati lalah " ILMU YG BERMENAFAT ".....amen

sekamar rindu said...

salam.....

cara membungkus hadiah tu dah cantik dah tu..


tq singgah my blog.

si para para said...

ada bakat boleh jadi guru ni... guru gubahan :)

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam,

syukran akh ats prkongsian ilmu :)

melatidaisy said...

Werdah,

wa'alaikumussalam mak cik..jasa guru2 mmg tidak akn pernah dilupakan krn terlalu besar dan tidak terbalas..guru umpama ibu dan bapa =)

melatidaisy said...

pokmudo :

ya..terima kasih ummi =) dulu kecik2 masa ngaji ngan ummi mesti die pegang rotan sbb sy slalu ngantuk time ngaji..hehe.tp rotan tu die wat ketuk lantai, halau syaitan kata ummi =)

melatidaisy said...

jantan keparat :

thanks for dropping here =)

melatidaisy said...

penjejak maya :

wa'alaikumussalam,

kita tanpa guru, ibarat langit malam yg tiada bintang. =)

melatidaisy said...

cemomoi :

setuju,selain ibu bapa, gurulah yg membentuk anak bangsa.

melatidaisy said...

kak deena farhana :

salam syg kembali utk ukhtil mahbubah,cukup besar jasa mereka, seluas lautan.. :)

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

luahan hati seorg bakal guru :) walau apapun brlaku, guru tunggak negara dlm memacu anak2 bangsa.all the best!

melatidaisy said...

dmx :

wa'alaikumussalam..

betapa mulia nya guru dan betapa beruntungnya kamu =)

melatidaisy said...

sekamar rindu :

thanks..bungkus dalam keadaan mengantuk =)

melatidaisy said...

si para-para :

eh..takde la..tgk kayu =)