Tuesday, May 18, 2010

Wahai Hati...

بسم الله الرحمن الرحيم




Wahai hati…

Mengapa masih berduka

Sedangkan beribu bintang masih berkerdipan

Mengapa masih bersedih

Sedangkan bulan tersenyum indah

: Terima kasih bulan dan bintang kerana
menerangiku dalam kepekatan malam :


Wahai hati…

Mengapa masih merintih

Membiarkan hati berduka sedih

Sepatutnya engkau bertasbih

memujiNya yang tak pernah letih

Kerana setiap hela nafasmu

Adalah bukti keagunganNya yang Maha Pengasih

: terima kasih Allah..
kerana mengizinkanku terus bertatih :


Wahai hati

Mengapa masih mengeluh

Sedangkan pelayaranmu masih jauh

Jangan berhenti, jangan kau labuhkan sauh

Biarpun menitis keringat dan peluh

Kerana tiap titisan yang gugur ke bumi

Bakal menyirami sekeping hati

Meneguhkan jiwa insani

: maka teruskanlah mengemudi bahteramu
menuju pulau redha :


Wahai hati..

benar ia pahit,

benar ia perit,

namun biarkanlah sahaja ianya berlalu

anggaplah semuanya sekadar bingkisan
saat meniti usiamu..

terimalah semuanya seikhlas jiwamu

teguklah kemanisan disebalik kepahitan yang terhidang

Ubati dengan redha..baluti dengan lilitan syukur..

.....................................................


“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” ( Ar-Rum:64 )

Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatiNya di hadapan kamu,kenalilah Allah ketika kamu senang, nescaya Allah mengenali kamu ketika kamu susah, ketahuilah pertolongan berserta dengan kesabaran, kelapangan berserta dengan keperitan dan bersama kesusahan mendapat kesenangan. [Riwayat At tarmizi]

~ melatidaisy ~

43 comments:

shameel Iskandar said...

salam ziarah. puitis sekali bicara tentang hati.

Hati yang tak mati
Sentiasa ingat kpd Ilahi
Bersama degup jantung dan denyut nadi.
Hidup dilayari dgn penuh erti.

deena farhana said...

salam mahabbah lillah buat adik tersayang..melatidaisy..

puisi yg cantik, makna yg tinggi..moga hidup kita indah pada redha Allah...kak doakn dirimu sentiasa tersenyum mengharungi dunia fana..

slm seindah kasih buat melatidaisy.. :)

Abd Razak said...

Salam..:)

“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hatimu dengan lima perkara tersebut. Pertama, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, kosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) pada waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) ketika sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama dalam majlis orang-orang yang soleh.” - Ibrahim Al-Khawas RA

Moga ukhti sentiasa dalam rahmatiNYA..

alhariesz said...

tanpa syukur manusia jadi kufur... irfa' syukr ilallah... :)

Hasrul Nizam said...

wahai hati,
jangan sakit hati...

Diriku.. said...

Walau hati penuh kekaburan..
Kerna dibaluti sejuta persoalan..
NAmun didasar penuh kekuatan.
Lantaran ukhwah menjadi pedoman..
Membingkis redha dalam kesyukuran..
Menyempurnakan lagi sebuah ketentuan...

Terima kasih atas puisi dan seribu harapan penuh keikhlasan... Dan sesungguhnya sayap ini masih terbang walau tiada setinggi dulu.. namun tetap sekukuh karangmu..Jazakallah alaik.. Wasalam..

tQa said...

bait2 puisi tu, buat k tqa teringat kat satu lagu..insyaAllah nnt k tqa share ngn bilah ye:)
k tqa dengar pas abis rancangan "tanyalah ustaz"..tapi k tqa xtau pulak tajuk lagu tu:(
terus kan usahe!:)

Werdah said...

Salam Melatidaisy.

"....dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan". (Al-Anfal [8] : 24)

Maksudnya Allahlah yang paling Mengetahui akan hati kita, oleh itu kita kena pastikan kita sentiasa ada hubungan baik dengan Allah.

Hati terbahagi kepada 4 :

Hati yg bersih dlmnya ada cahaya - Hati org Mukmin.
Hati yg hitam dan terbalik kedudukannya - Hati org kafir
Hati yg tertutup (terikat dgn penutup) - Hati org munafik.
Hati yg melintang (tidak tegak dan tidak terjungkit) - Ada keimanan dan ada kemunafikan. Mana lebih itulah penentuannya.

Allahua'lam.

si para para said...

wahai pemilik hati..
haruslah engkau berhati hati...
nyalakanlah cahaya ilahi..
di dalam sepi di malam sunyi...
kenali diri sendiri...
kenali zat yang suci...

penjejak maya said...

salam,

wahai hati dengar baik-baik pesanan tu sematkan dalam hati..

cemomoi said...

mati, ikut kata hati


jangan mengomel dalam hati
nanti berasa hati
jangan simpan dalam hati
nanti sakit hati
jangan pendam dalam hati
nanti busuk hati
jangan biarkan dalam hati
nanti makan hati

sekamar rindu said...

salam....

hati2 menjaga hati....

damaiinx said...

assamualiakum wkt..
melatidaisy...:)
wah...
indahnyrr...katahatimu itu
seindah..sebuah kerinduan tiada penghujungnyrr...

..tiada,nikmat yg paling indah
selain memandang Allah swt diakhirat kelak....suhanallah

MuNie said...

salam sis.

u make me wanna cry. perfect words to describe my lonely heart. ecewah! hehe. thoughtful words.. thanks sis. >.<

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
nice p0em! c0ngratez yer =)
cukup perisa..cukup rasa..
lengkap dalam berbicara s0al hati..
hati yG berfungsi untuk mGingati Ilahi, bukan meratapi nasib diri

Solehah said...

suka baca sebab sajak ni terlalu sarat dengan mesej. perlu hati-hati menjaga hati..kawal dengan akal, buka ndengan naftu..
tq melati sbb selalu bg peringatan.

cun09 said...

Salam dik ^_^

Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak balik,liar dan maknawi sifatnya.Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati.

**dok mai kay tee kee?**

CIKGU ZAM said...

wahai hati, oh hati, dimanakah engkah menghilang kan diiri mu hati, mentari pagi yg mengiringi hati, oh demikain lah hati,,,,,,,,,, ehh, sorry.. tumpang berpuisi ckit, heheheh

mengenaldiri said...

salam dik..

puitis sungguh puisinya..
=)
sesungguhnya Allah itu menilik manusia dari sekeping hati..
elok segumpal darah yang bernama hati itu, maka eloklah keseluruhan dirinya..

=)

melatidaisy said...

shameel :

wa'alaikumussalam.
syukran ats ziarah..bersama mncapai erti hidup yg sebenar dengan menggapai redha Ilahi :)

melatidaisy said...

Abd Razak :

Wa'alaikumussalam..
syukran akh ats titipan peringatan..barakallahu fik :)

melatidaisy said...

kak deena farhana :

salam mahabbah lillah kembali utk akak tersayang,

syukran akak ats doanya..semoga akak dalam rahmat Nya selalu .. fi amaanillah dan salam sayang :)

melatidaisy said...

alhariesz :

"la in syakartum, la azidannakum" :)

melatidaisy said...

Hasrul Nizam :

elakkan sakit hati agr sentiasa senang hati.. =)

melatidaisy said...
This comment has been removed by the author.
melatidaisy said...

Diriku..

semoga bahteramu terus teguh untuk meneruskan pelayaran yg masih jauh dalam ketenangan merisik syukur ..

terima kasih kembali buatmu kerana sentiasa menyempurnakan erti keindahan lautan.jazakallahah khair..:)

melatidaisy said...

kak tQa :

syukran akak, x sabar nk tau lagu tu.thanks ats komen akak, take care selalu..setiap kali bace komen akak brtambah rindu bilah kt kwn2 kt sana :( smoga akak n kawan2 najah dlm midterm arini n esok ..ameen =)

melatidaisy said...

Werdah :

wa'alalaikumussalam mak cik..terima kasih ats perkongsian ilmu..semoga kita trgolong dlm golongan hamba yg sntiasa mnjaga hubungannya dengan Pencipta..ameen.

melatidaisy said...

si para-para :

dengan mengenali diri sendiri insyaAllah kita mampu mengenali Ilahi :)

melatidaisy said...

penjejak maya :

wa'alaikumussalam,
thanks =)

melatidaisy said...

cemomoi :

terima kasih ats pesanan =)

melatidaisy said...

sekamar rindu :

wa'alaikumussalam,
syukran :)

melatidaisy said...

damaiinx :

thanks.. salam ukhwah :)

melatidaisy said...

MuNie :

rindu plak nk nangis sesame ^_^
take care dear =) kalau rase nk nangis call me k :P

melatidaisy said...

Azrai Ahmad Zamri :

"hati yG berfungsi untuk mGingati Ilahi, bukan meratapi nasib diri"

amat setuju..syukran 'ala ziarahtik :)

melatidaisy said...

kak Solehah,

thanks akak..utk peringatan bersama, smoga akak dirahmati selalu :)

melatidaisy said...

cun09 :

wa'alaikumussalam kak..betol3..hanya Pemilik hati2 kita yg mampu menguasaiNya.. =)

"akak, sy rase dah nk dekat setahun sy tak ke sane..insyaAllah bile ade kesempatan nanti..hehe"

melatidaisy said...

CIKGU ZAM :

hehe..sile2..nanti buat puisi bahasa jepun plk ye =)

Frodo Baggins said...

hati itu milik siapa?
akukah?


hahahhaa


>>___<<

melatidaisy said...

mengenaldiri :

wa'alaikumussalam kak..

syukran ats peringatan itu..smoga akak dirahmatiNya selalu..ameen =)

melatidaisy said...

Frodo Baggins :

hatiku milik Allah
dan ummi & abah =)

Frodo Baggins said...

ngehehehhehehe ~~~

Insyaallah hati itu akan bertambah pemiliknya, bila sampai saatnya nanti. keh3x


>>__<<

melatidaisy said...

Frodo Baggins :

jika dipanjangkan umur,ameen :)