Saturday, June 5, 2010

pemergian seorang sahabat ..

بسم الله الرحمن الرحيم



Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat saya (classmate saya time form 3) akibat kemalangan, motosikal arwah terbabas ke tepi jalan sewaktu arwah dan rakan-rakan berkonvoi balik dari berkelah di Lata Tembakah, sala satu kawasan air terjun yang famous di besut.


Allahyarham, Engku Sazwan b Engku Abdul Halim, kami tidaklah terlalu rapat tapi sifat nakalnya yang suka mengusik meninggalkan banyak memori kepada saya, kami cuma sekelas selama setahun dan bila form 4 kami membawa haluan masing-masing.Pernah juga terserempak beberapa kali bila ada reunion.Setelah agak lama tidak berhubung,Mac lepas arwah ada add saya di facebook, dan pernah chat dengan dia sekali je di facebook,kami bersembang bertanya khabar masing-masing, rupa-rupanya November lepas arwah ada terlibat dengan kemalangan,motosikal yang arwah pandu laju bertembung dengan sebuah lori yang juga dipandu laju,arwah koma 9 hari helmetnya pecah, kaki arwah patah dan banyak luka-luka terutamanya di muka.


Saya ada tengok gambar-gambar arwah waktu kemalangan tu yang arwah upload di facebook, amat mengerikan,dan arwah cakap dia sangat bersyukur sbb selamat dan Allah bagi dia peluang ke dua untuk hidup,dia rasakan bagai mati hidup semula, dia pun tak sangka dia akan selamat dan masih dapat meneruskan pengajiannya di uitm shah alam.Sempat juga dia sindir saya sebab tak jenguk dia sepanjang 3 bulan dia terlantar di rumah (rumah kami agak dekat), tapi saya betul2 tak tau yang dia eksiden, rupa-rupanya dia cakap memang tak ramai kawan2 tau, sengaja dia rahsiakan.

Itulah kali terakhir saya berbual dengan arwah, di facebook, dua bulan yang lalu..dan 4 hari yang lalu, Allah bagi peluang kepada saya untuk tengok arwah dan motosikalnya sebelum dia pergi, kami terserempak di selekoh jalan,namun cuma saya yang nampak arwah sbb cermin kereta gelap,masa tu terdetik gembira dan syukur di hati tengok dia dah sihat jika nak dibandingkan dengan gambar-gambar yang saya tengok selepas arwah kemalangan pada bulan November lepas.

Dan pagi tadi bila ada seorang sahabat saya sms memaklumkan Pok Ku (panggilan kwn2 utk dia,pok ku) meninggal semalam sbb eksiden saya macam tak percaya, saya siap cakap kat sahabat saya, “mana ade meninggal,dia eksiden bulan 11 taun lepas..memg la dia koma tp die selamat..tak ramai yang tahu..". Sebab sangkaan saya sahabat saya tu baru dapat khabar tentang kemalangan arwah tahun lepas. Tapi sangkaan saya meleset, arwah yang saya tengok sihat 4 hari lepas rupanya sekali lagi terlibat dalam kemalangan petang semalam sehingga membawa maut.

Saya temenung sendirian, bila Allah nak ambil nyawa kita, bila-bila masa tanpa mengira sebab dan tempat.Kalau di ikutkan, kemalangan yang menimpa arwah bulan sebelas tahun lepas lagi dahsyat, tapi arwah selamat walaupun koma 9 hari. Sedangkan kemalangan semalam, arwah terbabas seorang diri ke tepi jalan,dan beberapa jam selepas tu arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital..


Saya dan ummi sempat melawat jenazah arwah di rumahnya sebentar tadi,selepas bertahun tak bersua, hari ini dapat jugak..tapi hanya jenazahnya cuma,sebak di hati melihat muka arwah yang banyak luka dan lebam .. perginya seorang sahabat saya..meskipun tidak terlalu rapat tapi kehilangan arwah tetap di rasa dan keriangan arwah akan jadi kenangan buat saya dan sahabat-sahabat yang lain.Alhamdulillah Allah beri saya kesempatan untuk melawat arwah buat kali terakhir.

Allahummaghfirlahu, wa'afihi wa'fu 'anhu..semoga ruh mu di cucuri rahmat dan tenang di sana..

Ajal dan maut adalah bukan urusan manusia dan ajal kita adalah di tentukanNya , maka bagi kita yang masih lagi sempat bernafas dan merasakan udara serta melihat dunia buatlah banyak kebaikan..kepada sahabat-sahabat saya..ampun dan maaf dari saya andai ada salah dan silap dalam perlakuan mahupun khilaf dalam bicara..sesungguhnya saya juga insan biasa yang sangat lemah..dan sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik untuk semua..dan mengharapkan keredhaan-Nya..

~melatidaisy~


22 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun..

Moga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman..

citahrudin said...

kehilangan satu kemestian

Ros Illiyyuun said...

Salam

Inna lillah wainna ilaihi raji'un, semoga ruh beliau ditempatkan di kalangan para mukminin solihin ...al-fatihah...

Fariku said...

sazwan adalah classmate sy masa diploma dulu..die la yg byk tolong sy dlm subjek mengira..begitu bsar jasa arwah dkt sy..sy bru terima berita kehilangan dia pagi tadi..sy x sangka die dh xde..dulu,sy slalu nasihatkan die,hentikan tabiat bawak motor laju2,slpas kemalangan tahun lpas..tp nak wat cmne kn...dh takdir..semoga roh mu dicucuri rahmat..sazwan@pokku@webbu

cemomoi said...

innalillah moga Allah mengampuni dosa beliau dan kita semua dan beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh

deena farhana said...

innalillahi wainna ilayhi roji'un..

moga ditempatkan dikalangan solehin..takziah buat keluarga allahyarham..juga buat ukhti melatidaisy..moga tabah di atas kehilangan sahabat..

slm syg dr kak deena..

cun09 said...

salam dik...

takziah...semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Amin GmbH said...

Salam,

Mati itu pasti, tidak dilewatkan sedetik dan diawalkan sedetik. Apa yg kita boleh lakukan sementara menumpang hidup di dunia ini adalah mendoakan keselamatan kita nanti di alam yg kekal abadi, tidak dilupakan juga doa agar tidak digoyangkan hidayah dalam diri.

Kepada arwah Pok Ku, semoga Allah SWT Mencucuri rahmat atas roh beliau dan Membuka pintu syurga agar tidur beliau berpanjangan sehinggalah ke Hari Akhirat bersama hawa dan harumnya.

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam,

syukran akh razak, barakallahu fik.

melatidaisy said...

citahrudin :

ye..pasti kak ..

melatidaisy said...

Ros Illiyyuun :

wa'alaikumussalam..

ameen ya rabbal 'alameen..

syukran kak .

melatidaisy said...

Fariku ..

arwah pn mengaku yg dia mmg suka bwk moto laju2..tp tu la, nak dijadikan asbab kn,hakikatnya kematian bakal menjemput kita dlm apa jua keadaan sekalipun,smoga kejadian ni mnjadi pengajaran buat kita yg masih hidup..semestinya awk lebih merasai kehilangan arwah sbb awk lebih rapat dgnnya, semoga Allah mncucuri rahmatNya ke ats ruh sahabat kita..ameen..

melatidaisy said...

cemomoi :

ameen..

syukran cemomoi.

melatidaisy said...

deena farhana :

ameen,

jazakillah kheir akak..

melatidaisy said...

cun09 :

wa'alaikumussalam kak,

ameen,
syukran ats doa ..

melatidaisy said...

Amin GmbH :

wa'alaikumussalam,

betul..pemergian mereka adalah peringatan buat kita yg masih berpeluang mengislahkan diri kpd yg lebih baik..

syukran ats doa, barakallahufik.

Fariku said...

http://fariku.blogspot.com/2010/06/al-fatihah.html

ni entry sy untuk arwah...kalau sudi,singgah2 k..=)

Fariku said...

http://fariku.blogspot.com/2010/06/al-fatihah.html

ni entry sy untuk arwah...kalau sudi,singgah2 k..=)

melatidaisy said...

Fariku :

thanks..sy dah baca tp x dpt komen plak,dah banyak kali click, tak tau kenape.apapun tq 4 sharing..byk kenangan kalian dan sy dapat rasakan betapa awk akrab dengan arwah..semoga Allah merahmati persahabatan itu dan mengumpulkan kalian skali lagi di syurgaNya..ameen ..

tq :)

Ibnu Jamaluddin said...

Setiap yang datang akan pergi satu hari nanti...
Setiap pertemuan akan ada perpisahan...
Moga rohnya dicucuri rahmat, amin...

hamba allah said...

salam..

alfatihah...moga rohnya dicucuri oleh Allah swt...

rasa hati said...

sedihh..:-((

moga ditempatkan dgn org2 beriman..