Friday, June 11, 2010

pinjamkanku sekeping hati tabah milik mereka ...

بسم الله الرحمن الرحيم

saat ini
dingin embun melata
dalam hening malam yang gelita

hatiku terbang
jiwaku hilang
seolah menyisihkan jasadku sendirian
yang semakin terpencil di pinggir kenangan

bukan sengaja ku singkapkannya
dan aku tak pernah suka untuk mengingatinya
namun diriku hanyalah seorang peminjam..
sekeping hati yang rapuh
yang kadangkala sering tenggelam
di tengah kekaburan malam..

air mata ini,
yang sekali lagi gugur
adalah air mata penyesalan
Ya Ilahi..sujud taubatku pada-Mu Tuhan..

seringkali diriku di ingatkan akan makna redha dengan setiap ketentuan..aku pasrah..dan diriku percaya bahawa setiap babak dalam ceritera hidupku adalah suratan tanda kasih sayangMu buat hamba..agar bertambah iman, agar bertambah taqwa..ameen..






melihat video clip ini membuatkan hati bertambah hiba..malu pada diri sendiri..ya Rabbi,kecilnya ujian-Mu padaku bila dibandingkan dengan apa yang mereka hadapi..ya Ilahi..pinjamkan ku sekeping hati tabah milik mereka.. (T_T)

9 comments:

HASRUL NIZAM said...

salam ziarah :)
wah3 first ke aku ni? he3

hamba allah said...

salam..

moga allah memberi kekuatan pada umat Islam...

Abd Razak said...

Salam ya ukhti..:)

Moga sihat hendaknya..

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim! Satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Setiap penderitaan umat Islam adalah penderitaan kita juga spt mana sabda Rasulullah saw `Barangsiapa tidak ambil tahu urusan org2 Islam, maka bukanlah dikalangan mrk(yakni kafir).
Mrk ada pejuangan mrk, tetapi apakah persediaan kita utk menghadapi musuh? Kita jgnlah spt sesetengah org Islam dizaman Rasululah saw. semasa di Mekah, apabila mendesak Rasulullah saw supaya memprotes kezaliman yg dilakukan oleh kaum kafirin, maka turunlah Surah AnNisa:77 أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً

Kita mesti memperlengkapkan diri kita dgn kekuatan AQuran spt mana dalam Surah AlFurqan:52 yg ditafsirkan oleh Ibnu Abbas r.a dala tafsir Ibnu Karsir bahawa JIhad yang paling besar adalah dgn kekuatan AlQuran dahulu diiukuti dgn kekuatan Daulah...

ولهذا قال تعالى : " فلا تطع الكافرين وجاهدهم به " يعني بالقرآن قاله ابن عباس : " جهادا كبيرا" . كما قال تعالى : " يا أيها النبي جاهد الكفار والمنافقين " الآية Wallahualam

rasa hati said...

moga mereka dilindungi Allah....

HASRUL NIZAM said...

SAHABAT,
HIDUP NI UMPAMA KAMU DI ATAS SEBUAH JAMBATAN GANTUNG YG AMAT PANJANG...

KADANGKALA KAKI MU TERSERADUNG, TERPIJAK LUBANG, KAKI MU LUKA, TAPI KAMU MASIH BISA MELANGKAH, JANGAN DIHIRAU HALANGAN YG KECIL, JANGAN KHUATIR MASA DEPAN MU, KAMU HARUS TERUS MELANGKAH DAN JANGAN BIARKAN DIRIMU TERJATUH...

JIKA DIRIMU HAMPIR JATUH, CEPAT2 BERPAUT, KERANA KELALAIAN MU UTK MENCARI TEMPAT BERPAUT MUNGKIN BISA MENYEBABKAN DIRIMU TIDAK BISA BANGUN LAGI...

JANGAN JADI SEPERTI AKU, X AKAN BANGUN LAGI SETELAH AKU JATUH :)

HASRUL NIZAM said...

YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM DARI TERUS DITINDAS...

AMIIINN

CIKGU ZAM said...

salam melati,
apa khbar nun di sana, bagus "puisi" yang menterjemahkan perasaan umat Islam ini, bersama lah kita sentiasa berdoa utk mereka jua, perit jerih mereka yang kita lihat sudah pasti tidak dapat mengga,barkan dan menceritakan apa sebenarnya yang mereka rasa, dalam dalam dalam dalam dalam dalam hati sanubari mereka, mereka susah, mereka sedih, mereka merana, mereka pilu, mereka disiksa, dan mereka terus dan sentiasa menangis samada menampakkan keluarnya air mata atau tiada sudah titisan tangisan yang bergenang

si para para said...

penuh makna...sangat terkesan untuk jiwa aku yang lemah ini..