Friday, June 25, 2010

~ setahun berlalu ~

بسم الله الرحمن الرحيم




Dalam tak sedar, rupanya sudah setahun saya berblog..saya post entri pertama saya pada 25June2009, last year, masih ingat lagi hari tu saya tiba-tiba terasa nak ada blog sendiri,masa tu theme colour nya hitam menawan..hihi..dan sampai sekarang saya masih menggunakan nama blog yang sama, "strive for mardhatillah" agar diri ini tidak lupa akan tujuan sebenar kehidupan dan agar saya sentiasa meletakkan keredhaan Allah sebagai asas dalam setiap apa yang saya lakukan..Itu doa saya..

Sebelum tu saya just baca orang lain punya je walaupun sebenarnya keinginan untuk memiliki blog sendiri sudah lama terpendam.Waktu tu saya dalam examination period untuk shortsemester, sempat lagi saya buat blog..hehe, shortsem tu saya ambik 2 subjects je so banyak jugak masa free (alasan) =)

Kenapa saya buat blog ? em, sebenarnya tiada alasan khusus,tengok orang ada so saya pun teringin jugak, lama jugak saya pendam sebelum terlahirnya blog melatidaisy ni sebab saya takut saya tak tau nak tulis apa dan nak share apa, paling saya takut kalau entri2 saya tak bawa apa-apa kebaikan kepada diri sendiri mahupun orang lain,tambahan lagi saya bukan lah orang yang alim dan banyak ilmu, masih lagi merangkak mencari cahaya :)Namun hari demi hari saya update blog ni sampai lah sekarang, genap setahun..alhamdulillah, saya dapat sesuatu dalam dunia blog ini.. dan pada asalnya saya tak berapa suka hasilkan entri berbentuk luahan perasaan atau cerita peribadi tentang kehidupan, dat's why saya banyak copy paste kisah-kisah atau artikel-artikel yang dapat memberi peringatan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sudi bertandang..tapi tu la..kadang-kadang ada jugak yg terlepas..hihi..i'm just an ordinary person,got heart and got feeling ..sekali sekala (banyak kali rasenye) terluah juga apa yang terbuku dalam hati kecil ni..dan saya akui menulis dari hati lebih memberi kepuasan pada saya..alhamdulillah..

Di blog ini juga terjalin ukhwah dengan sahabat-sahabat maya semua, ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung, sejak awal hingga kini..sama ada meninggalkan jejak mahupun tidak..saya tetap hargai :) Doakan saya terus bersemangat untuk terus berblog lagi ye..tak lama lagi semester baru akan bermula namun inshaAllah laman ini tak kan saya abaikan dan laman kalian juga tidak saya lupakan :) Semoga ukhwah yang tesulam di sini terus mekar dan mendapat keredhaan dari-Nya sentiasa..ameen..

Banyak kenangan tercipta di sini, ada yang indah ada juga yang tidak,namun itulah pengalaman dan saya redha akan kemanisan mahupun kepahitan sesebuah pengalaman itu, apa yang pasti pengalamanlah yang akan menjadi panduan kepada saya,mendidik saya untuk menjadi yang lebih baik dan lebih kuat dalam meneruskan perjalanan.

Terima kasih sekali lagi untuk kalian, sahabat-sahabatku..maaf juga andai nya ada khilaf dalam kata selama kita di sini..salam ukhwah mahabbah lillah dari melatidaisy.

Barakallahu fikum jami'an. (^_^)

.......................................

Lembaran Hidup Seorang Wanita


Mampukah aku jadi seperti Khadijah

agung cintanya pada Allah dan Rasul

hartanya diperjuangkan ke jalan fi sablilillah

penawar hati kekasih Allah

susah dan senang rela bersama



Dapatkah kudidik jiwa seperti Aisyah

isteri Rasul yang bijaksana

pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan

tiada sukar untuk dilaksanakan

lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang



mangalir air mataku

melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah

akur dalam setiap perintah

taat akan ayahanda dan suaminya

yang sentiasas berjuang

tiada sebarang harta dunia

layaklah dia penghulu syurga wanita



ketika aku marah

ingin kuintip serpihan sabar

dari catatan hidup Siti Sarah

mampukah aku

menjadi wanita solehah seperti mereka?

mati dalam keunggulan iman

bersinar indah..harum tersebar

bagai wanginya pusara Masyitah..



petikan dari Solusi (isu no.20)



41 comments:

abu muaz said...

Salam. Tahniah sempena setahun blog anda.Teruskan usaha baik ini.

Abd Razak said...

Salam ya ukhti..:)

Moga sihat hendaknya..

Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan kepada ukhti utk terus berada di sini memberi kata-kata nasihat, peringatan dan sebagainya buat pengunjung dan dapat mereka ambil manfaat yang banyak sebagai pendorong utk menjalani kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri.

shameel Iskandar said...

kita menulis bukan kerana nama. Tidak juga kerana mengejar kepentingan yg fana. Kita menulis untuk mencari redha-Nya.
Kita menulis utk menyeru manusia ke arah petunjuk-Nya.

"Sampaikan dariku w/pun satu ayat" Ini faktor utama kenapa kita perlu menulis tanpa jemu. Orang nak baca atau tidak, terserahlah.


p/s= sape yer nama x-student smsld yg ukhti maksudkan.

cemomoi said...

niat aje dah dapat pahala... insyaallah niat suci pasti diberkati

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

da setahun rupanya,,,ermm,,

tapi saya baru je berkenalan dgn blog nie,,,huu


Sob,,Sob,,,sedeyh plak baca part bwah skali,,,

Lembaran Hidup Seorang Wanita,,

eheh,,wanita??
saya lelaki,,,huuu

sekamar rindu said...

salam..

dah setahun rupanya....selamat ulang tahun..ya.

dmx said...

salam
wah..selamat ulang tahun :)

" strive 4 mardhatillah "

sAlAm PerJuANgAn..
SaYaNgIlAh DuNiA dAn CiNtAiLaH aKhIrAt.....

shahir said...

salam dari haramain

selamat hari ulang tahun.

semoga terus thabat dalam kebenaran :)

shahir said...

salam dari haramain.

selamat hari ulang tahun. :)

semoga terus thabat da,am kebenaran

Diriku.. said...

Sesungguhnya blog ini sentiasa memberi kekuatan pada yang lain dengan nukilan penuh keikhlasan dari hati yang memberi penuh keredhaan..
Tahniah dan sejuta syukur dengan hadirnya "Strive For Mardhathillah" sehingga sayapku kembali terbang ke langit yang luas sambil merenung keindahan lautan.. Bersama iringan bayu, Diriku titipkan doa semoga dirimu sentiasa bahgia dan dipenuhi seribu senyuman meniti kehidupan ini.. Barakallah..

deena farhana said...

salam adik bilah syg..

syabas kerana sudah setahun berdirinya 'strive for mardhatillah ini' kak sgt bertuah dpt jumpa n berkenalan dgn bilah melalui dunia blog..skrg dah rs close sgt dgn bilah..mekasih sgt..happy..

lbh2 lagi skg adik nurul dah duk kt ipkb, insyaAllah ukhuwah kita akan berterusan n dpt bersua muka nti..teringin sgt nk jumpa bilah..nk hug bilah tanda sahabat :)

jg diri baik2 ye...syg bilah sokmo..

fiqhullughah said...

salam..tahniah kak, moga teruskan menulis..xrugi org bace,hu..thanks

cik zatil said...

salam dik melatiku..

amboi dah setaun die
berbloging upenye..

keep in up sis! suka
dapat kenal adik
dalam dunia
belog.. :)

melatidaisy said...

abu muaz :

syukran pak cik, barakallahu fik :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

selamat hari ulang tahun...

"kita menulis bukan kerna nama"

teruskan menulis kerana di situ letaknya kepuasan

=)

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam akh,

syukran ats doa,syukran jgk krn sering brkunjung ke sini..

barakallahu fik :)

melatidaisy said...

shameel iskandar :

jazakallah akh shameel ats kata2 nasihat..semoga kite sentiasa tetap pd jalanNya dan tdk tersasar matlamat..

barakallahu fik :)

melatidaisy said...

cemomoi :

betol tu,betapa pemurahnya Dia kpd kita..

tq sbb selalu brkunjung dan bg komen..barakallahu fik :)

melatidaisy said...

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN :

terima kasih ats ziarah n komen kamu,

barakallahu fik :)

melatidaisy said...

sekamar rindu :

wa'alaikumussalam..

terima kasih ats ziarah n ucapan..

barakallahu fik :)

melatidaisy said...

dmx :

wa'alaikumussalam,

syukran,salam perjuangan kembali :)

melatidaisy said...

shahir :

wa'alaikumussalam mr presiden :)

syukran ats ucapan,smoga khusyuk dalam ibadah di Tanah Haram.

salam perjuangan wa barakallahu fik .

melatidaisy said...

Diriku..

jutaan penghargaan buatmu teman atas pengertian sebuah keredhaan,jua buat titipan bayu yg tidak jemu menghembuskan kekuatan buat diriku utk terus melangkah dalam perjuangan..doa buatmu jua semoga tenang dalam kedamaian dan terus terbang tinggi mengibarkan sayap kehidupan..barakallahu fik :)

melatidaisy said...

deena farhana :

wa'alaikumussalam kak deena syg,

syukran akak ats ucapan,n syukran jgk krn sudi mnjalinkan ukhwah murni ini..bilah pn hepi dpt kenal akak di sini,alhamdulillah.

inshaAllah kak,kalau ade nk dtg lawat nurul nnt gitau la ek,bilah pn ade plan nk lawat nurul jgk,tggu msa yg sesuai,sian la bace blog die,homesick..tp biase la 2 kn awal2..hehe

take care too kak,syg akak sokmo..

(^______________________^)

big hug 4 u :)

melatidaisy said...

fiqhullughah :

jazakillah rahmah.. doakan akak ye,Allahu yubariku fiki :))

melatidaisy said...

cik zatil :

wa'alaikumussalam kak zatilku :)

ha'a,bru staun jagung kak..hehe..nice to know u too kak, x trcapai hajat nk dtg wedding akak ritu kan,sori :)

ade rezki t kite jmpe inshaAllah, take care kak :)

melatidaisy said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :

thanks sis..

salam ukhwah n nice to meet u here ^_^

take care!

penjejak maya said...

salam,

tahniah moga terus success berblog..

si para para said...

tahniah kerana berjaya melangkah sejauh ini...
pengalam tu amat bermakna kan...
blog ni ada kelebihan dan kekurangan.setuju?


lastly, ada award utk blog anda :)
sempena setahun beroperasi..

HASRUL NIZAM said...

salam ziarah... congratz for setahun ngko nyer blog... dah tua dah ni...he3.

kawie2020 said...

wah!!! dah sampai setahun yer berblogging... tahniah!!!!

Dunia blog lah yg menghubungkan kita dengan seseorang x tidak pernah ketemukan...:)

tQa said...

assalamu'alaikum:)
tahniah melatidaisy:)
@>->---

NICK IRFAN said...

tahniah krna blog anda dah setahun! smoga teruskan berblog sbb blog anda mmg besttt!!! :)

melatidaisy said...

penjejak maya :

terima kasih..barakallahufik

melatidaisy said...

si para-para :

thank you..yup,byk kekurangannya..mohon teguran dr sahabat2 :)

syukran utk award tu,nanti sy ambil..tq , barakallah !

melatidaisy said...

HASRUL NIZAM :

Wa'alaikumussalam,

syukran..barakallah :)

melatidaisy said...

kawie2020 :

thanks,
yup, mngeratkan ukhwah utk berkongsi manfaatnya..semoga ada manfaatnya

:)

melatidaisy said...

tQa :

wa'alaikumussalam,
syukran kak tQa, barakallahu fik :)

melatidaisy said...

NICK IRFAN :

Terima kasih, barakallahu fik :)

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Selamat ulangtahun pertama buat STRIVE FOR MARDHATILLAH. Semoga terus istiqamah menulis dalam mencapai mardhatillah.

Salam ukhuwwah :)

melatidaisy said...

Ros Illiyyuun :

wa'alaikumussalam kak :)

syukran ats ucapan dan doa akak,smoga akak sentiasa dirahmatiNya..

salam ukhwah mahabbah lillah :)