Thursday, July 1, 2010

:: Luasnya Neraka ::

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami inginkan syurgaMu YA ALLAH, kami tidak sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


...: Luasnya Neraka :...

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

sumber : perkongsian dari Ukhti Syauqah Mujahidah

22 comments:

Abd Razak said...

Salam ya ukhti..

Moga sihat di sana..

Memang rasa gerun bila membaca bab neraka ni, tak dpt nak bayangkan betapa pedihnya azab berada di dalamnya..

**Berbekallah kalian sesungguhnya sebaik-baik bekal adl taqwa**

penjejak maya said...

salam,

moga kita semua terselamat daripada api neraka..

cemomoi said...

ya Allah bagaimana mungkin aku mengelak dari azab neraka-Mu, solatku dalam kealpaan, puasaku dalam kelaparan idopku dalam kehinaan di kelilingi maksiat yang tak dapat aku cegah kalaupun berjaya aku hindari ampun aku ketika aku terleka dan selamatkanlah aku dari neraka-Mu ya Rabb

Diriku.. said...

Salam alaik..
Subhanallah,Maha BesarNya Dia menciptakan syurga dan neraka itu.. JanjiNya adalah nyata dan ketentuan adalah kuasaNya. Semoga diri ini sentiasa dilingkari keinsafan kerana nukilan dari lautan..
Semoga jua ukhwah ini terus berpanjangan agar perjuangan sentiasa di atas landasanNya.. Ameen..
p/s:Excelent!

si para para said...

ya Allah..bimbangnya aku...selamtkanlah aku dari api nerakaMu itu...ya Rasulullah..kurniakanlah aku syafaatmu...

ZAr said...

Allahu Akbar..

deena farhana said...

slm alayk ukhti syg...

gerun baca...moga kita semua terselamat dr azab api neraka...ameen..

slm syg utk bilah..

touya said...

Rasa gerun pulak bila baca entry nie . Semoga dijauhkan dari api neraka .

Ayue Aishah said...

salam...

cik melati, sungguh terkesan dihati ni bile bace entry cik melati yang satu ni..
syukran kerana berkongsi..
semoga kita sama-sama dapat terus saling ingat-mengingatkan ke arah kebaikan..

melatidaisy said...

Abd Razak :

wa'alaikumussalam akh, alhamdulillah sihat seadanya, syukran :)

hanya taqwa yg membezakan kita semua di sisiNya.

melatidaisy said...

penjejak maya :

wa'alaikumussalam..

Allahumma Ameen...

melatidaisy said...
This comment has been removed by the author.
melatidaisy said...

cemomoi :

ameen ya rabbal 'alameen..

"lalai dan lupa mmg sikap manusia"

melatidaisy said...

Diriku..

wa'alaikumussalam,

benar janjiNya adalah nyata dan ketentuan adalah kuasaNya..dan harapan kita menagih redhaNya saat ketentuan menghidang rasa.
Semoga temanku sentiasa diberkatiNya dan ukhwah ini dalam keredhaanNya..ameen..
p/s:thanks :)

melatidaisy said...

Si para-para :

ameen ya rabbal 'alameen..

p/s:syukran utk award :)

melatidaisy said...

Zar :

Wa lillahil hamd !

melatidaisy said...

deena farhana :

wa'alaikumussalam habibati ukhti..

peringatan utk diri bilah sndiri n sahabat2 smua..

salam syg kembali utk kak deena, smga ukhwah ni disuburi dgn rahmah dan mawaddah dariNya :))

melatidaisy said...

touya :

utk peringatan kpd diri sy dan sahabat2..syukran ats ziarah ke sini.

melatidaisy said...

Ayue Aisyah :

wa'alaikumussalam ayue,

'afwan ya ukti, smoga ukhwah ini dpt membawa seribu kebaikan utk kita semua..ameen.. salam ukhwah :))

zulkbo said...

salam..
terima kasih berkongsi
tazkirah yang berguna
moga menjadi pengajaran
dan pedoman kita semua..

melatidaisy said...

zulkbo :

wa'alaikumussalam,

sama2, smoga mendapat manfaatnya bersama..barakallah..

melatidaisy said...

testing