Thursday, October 7, 2010

::~Dia Jua Maha Mengetahui ~::

بسم الله الرحمن الرحيم




Persoalan-persoalan hati sentiasa bermain di fikiran diri, berlegar-legar mencari rahsia sebalik misteri dan kadangkala menemui jawapan yang tiada pasti.. Sebagai insan biasa yang diciptakanNya, akal ini sebenarnya terbatas dan sudah pasti tiada sempurna. Namun Yang Maha Pengasih tidak mungkin membiarkan hamba-hambaNya terkapai di tengah lautan ujian, lemas terdampar di pantai harapan dan terbujur kaku di kafan impian.. Maha Sucinya yang menyembunyi sejuta keajaiban dan kemustahilan yang tidakkan mampu kita tafsirkan dengan akal yang penuh kelemahan dan kekurangan. Hanya keimanan dan ketakwaan padaNya jua mampu membimbing diri untuk menyusuri kehidupan ini yang nyata penuh misteri..

Sesungguhnya, ketentuan itu adalah santapan setiap insan.. Santapan inilah yang akan memberikan khasiat tersembunyi untuk mematangkan hati untuk mensyukuri, menguat jiwa untuk meredhai dan menguat jasad untuk terus berdiri.. Namun, setiapkali di uji hati akan tertanya, jiwa akan meronta dan batin rasa tersiksa. Mengapa? Kenapa? Kerana kita terlupa, Dia jualah Yang Maha Mengetahui segala jawapannya..

OH..! KENAPAKAH AKU DI UJI ?
"Apakah Manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ' Kami telah beriman', sedang mereka tidak di uji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta"
(Surah Al Ankabut :2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN.?
..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia mat buruk bagimu; Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.." (Surah Al -Baqarah : 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI.?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.."
(Surah Al-Baqarah :286)

KECEWANYA HATIKU.
"Jangan kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.."
(Surah Al-Imran:139)

BAGAIMANA HARUS KU HADAPI SEMUA INI..?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.."
(surah Al-Baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARI UJIAN INI.?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Muk'min, diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga.."
(Surah At-Taubah: 111)

KEPADA SIAPA HARUSKU BERHARAP LAGI.?
"..Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia.Hanya padaNya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.."
(Surah At-Taubah :129)

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI..!!!
".....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.."
(Surah Yusof:87)

:::::::

Maka mengapa ditutupkan hati, dibutakan jiwa menerima hidayahNya.. Mengapa menangisi semalam sedangkan esok jua kan menjelma bersama ketentuanNya.. Teguhkan keimanan, suburkan ketakwaan, semoga kita diberi kejayaan yang tidak pernah kita impikan..
Berkat dari sebuah kesabaran dalam menempuh ujian dan
sesuci keredhaan menerima sebuah ketentuan..


"Hai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.."
(Surah Al-Imran:200)

-Hanya mampu berdoa semoga Allah memelihara dirimu dalam kesejahteraan dan melimpahkan hatimu dengan ketabahan dan kekuatan..hanya iman yang mampu meyakinkan bahawa setiap yang berlaku adalah lukisan takdir Tuhan..dan hanya ungkapan kesabaran mampu meneguhkan titian kehidupan.. -


(mohon sahabat-sahabat semua mendoakan kesejahteraan teman saya yang terlibat dalam kemalangan..semoga dia dikurniakan kesembuhan oleh-Nya dan dapat kembali meneruskan perjuangan di bumi-Nya..shafahallah..ameen..)

9 comments:

Abd Razak said...

Salam ya ukhti... :)

Semoga ukhti sihat hendaknya dalam menghadapi pelajaran setiap hari..

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

cemomoi said...

betapa tak sabarnya kita mencari hikmah ujian ni yea

aisyahHumaira said...

Salam Melati...

Akk setuju dgn akhi Abd Razak, itulah yg sebaik2nya..doa bt akk juga ye..

p/s: akk nk tye, MuNie kt mana skrg? Dia sihat kan? kalau melati ade contact dgn MuNie, sampaikan salam akk bt dia ye..rindu dgn MuNie..dan melati juga.. :)

melatidaisy said...

Akh Abd Razak :

wa'alaikumussalam ya akhi :)

syukran ats titipan peringatan.doakan sy semoga mampu terus berdiri mengumpul kekuatan utk meneruskan perjuangan yg sebenarnya masih panjang.saya terima segalanya sebagai tarbiyah dari-Nya .. inshaAllah.

melatidaisy said...

cemomoi :

betapa lemahnya iman kita (T_T)

melatidaisy said...

aisyahHumaira :

wa'alaikumussalam akak,

insyaAllah akak.. same2 kita doakan ye. semoga kita semua menang dalam perjuangan ini..ameen..

akak, munie tu kwn baik kesayangan sy kt skolah.kitorg roommate waktu form 4 dan form 5 tp x sekelas.byk kenangan suka dan duka kitrg.skrg dia di utm skudai, sy d uia. inshaAllah nanti sy contact die sy akan smpaikan salam akak k. salam rindu jgk buat akak.semoga akak sentiasa sejahtera dalam rahmatNya :) syukran kak :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hidup didunia ni, perlu duji krn itulah penciptaan manusia supaya menguji siapkah hamba2Nya yg paling baik amalannya w/pun Allah Maha Mengetahui. Surah AlMulk:2 ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬ Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya.
AMALAN APAKAH YG TERBAIK utk sebaik2 perumpamaan?
Surah AlFurqan:33 وَلَا يَأۡتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئۡنَـٰكَ بِٱلۡحَقِّ وَأَحۡسَنَ تَفۡسِيرًا Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya.
BAGAIMANAKAH CARANYA? sURAH aNnISA:82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu mentadabbur isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
PERLUKAH DLM HIDUP KITA DAN SAMPAI BILA? AlQasas: 85 إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬‌ۚ قُل رَّبِّىٓ أَعۡلَمُ مَن جَآءَ بِٱلۡهُدَىٰ وَمَنۡ هُوَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayat petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata
Mengikut tafsir muktabar makna `ma`adin` ialah tempt pengembalian iaitu Daulah Islamiah. Wallahualam

shameel Iskandar said...

Salam ziarah ukhti Melaty.

Jadikn ujian sbg titi utk menyeberang dan tongkat untuk berdiri. Berdiri mencari redha-Nya. Menyeberang mengapai syurga-Nya.

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

Assalamualaikum,,melatidaisy,,,

agak lama x menjengah blog awak,,,

entry yg menginsapkan sy,,dengan soundtrack dia,,,,

huu...tq kawan,,,sy nak share kat fb erk