Sunday, November 7, 2010

Bersyukur..

بسم الله الرحمن الرحيم



Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu
kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.


Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu
kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.


Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu
kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.


Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu
kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehan kamu.

Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.



~Sesungguhnya kesyukuran itu kunci kebahagiaan~

semoga melatidaisy lebih kuat dan tabah..tak sabar menanti paper terakhir pd 13hb nanti..then holiday ^_^

7 comments:

Lelaki Ini said...

alhamdulillah...

Diriku.. said...

Salam.. Semoga kejayaan sentiasa mesra mengiringi perjuanganmu, teman.. Redhakan hati meniti realiti kerana yang terbaik hanyalah untuk insan-insan yang selalu mensyukuri nikmat dan takdir Ilahi. Biarkan semalam berlalu kerana esok pasti milikmu.. Insyaalah..
Senyumlah selalu.. ikhlas dari Diriku:) Barakallah alaikk.

shameel Iskandar said...

Syukur atas segala kurnian-NYA.

Trima kasih atas perkongsian yg bermakna. Sy tertarik dgn "Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu
kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehan kamu."

Dlm hidup sentiasa ade org yg ingin menjatuhkn kita dan kita mesti siap siaga utk bangkit kembali

cemomoi said...

gud luc... layan exam dulu n moga sukses sokmo...

Abd Razak said...

Salam ya ukhti

Moga sentiasa sihat dan rahmat kasih sayang~Nya...

Moga Allah permudahkan ukhti dalam peperiksaanmu nanti dan berjaya dengan cemerlangnya

iqbalsyarie said...

Alhamdulillah. Allah izinkan saya baca artikel ini. Terima kasih kak atas ingatan :)

Post-post menarik.
Allah wujud ke?

Allah Sangat Baik. Setuju?

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Jalan kesyukuran yg kita lalui hasil tindakan mrk mestilah diiringi dgn kewaspadaan supaya tidak terjerat kali kedua. Bagi org2 mukmin, sama sekali tidak akan terpedaya buat kali kedua. Jika tidak akan dimurkai oleh Allah SWT atas keculasannya seperti yg disabda Rasulullah SAW dlm hadis mutawtir `Tidak mungkin akan terpijak oleh orang2 mukmin dalam lubang yang sama sebanyak dua kali(Riwayat mutafaqa`alaihim Ini adalah kerana sifat2 org mukmin mesti sentiasa bijak dan waspada. Wallahualam