Saturday, December 25, 2010

Doa Senjata Mukmin

بسم الله الرحمن الرحيم



Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah S.W.T...

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang" Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun berputar sesuai dengan paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah S.W.T.

Paku merupakan benda keras yang diperbuat daripada besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah S.W.T, "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat selain api Ya Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Ada, yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat selain air" Sambung malaikat.

"Ada, Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air kemanapun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, air, api dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada, iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa pada-Ku. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demekian Allah S.W.T menjelaskan.

[Hadith Qudsi]


6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum ya ukhti..

Moga sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya..

Sungguh doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung serta sebahagian dari zikir.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semua manusia tidak kira beriman atau tidak mempunyai tauhid Uluhiyyah. Surah AlAnkaabut:63وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ مِنۢ بَعۡدِ مَوۡتِهَا لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ
Biar b/mana mrk kufurkan sekalipun, ada suatu ketika bila dlm kesusahan atau nazak, mrk pasti menyeru dan berdoa kpdnya. Hatta Firaun yg zalim dan kejam sekalipun menyeru Allah SWT disaat terakhir hayatnya (Surah Yunus:90).
Bagi kita org yg beriman, tetapi mengharap rahmat dari Allah SWT dan memohon pertolonganNya.(Surah AlBaqarah:186وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka).
Malah Allah SWT lebih hampir dari urat leher dlm diri kita (Surah Qaf:16وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
Wallahualam

HaDi said...

Salam....

Menarik entry di ats...hadis riwayat sape ye...

Doa otak ibadah...penghayatan terhadap doa dapat meningkatkan spiritual diri untuk sentiasa menjadi baik...

Org yg malas berdoa seumpama sombong terhadap Tuhan nya..

MuNie said...

Subhanallah.. cantiknya.. thanks cyg.. =)

si para para said...

Doa itu senjat mukmin
Dan juga tiang agama
Serta cahaya langit dan bumi
Itulah sabda nabi kita

Ibnu Jamaluddin said...

Perkongsian yang bermanfaat, terima kasih... ^_^