Tuesday, December 7, 2010

Kita Tak Pernah Tahu Bila dan Bagaimana

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah semalam saya dapat result untuk semester lepas. Syukur sebab ada peningkatan..walaupun tidaklah setanding dengan yang lain namun tetap menjadi motivasi untuk berusaha lebih gigih lagi untuk semester-semester akan datang. Mudah-mudahan target saya akan tercapai sebelum saya melangkah keluar dari UIA nanti. Hanya saya yang tahu kemampuan diri saya dan hanya Dia yang berhak menentukan segalaNya. Sekalung penghargaan buat keluarga tersayang dan teman-teman atas setiap semangat dan dorongan.

Pejam celik pejam celik sudah hampir 5 tahun saya jadi warga uia. 2 tahun di matrikulasi dan 3 tahun di main campus. Uia universiti idaman saya sejak kecil dan course yang saya dapat juga adalah course impian saya sejak form 1.. alhamdulillah atas nikmatMu ini, saya tak mahu jadi insan yang kufur dengan nikmat-Nya ini, saya harus berjuang berhabis-habisan. Saya perlu berkorban demi mereka yang saya sayangi. Saya tak akan ulangi kesilapan saya di bumi KISAS suatu masa dulu. Itu azam saya. (sengaja saya selitkan azam saya di sini supaya dapat ingatkan saya each time saya tgk blog)

Cuti saya pun makin menghampiri penghujung, tiket dah selamat dalam purse. Sejujurnya saya tak sabar nak balik uia, tak sabar nak meneruskan perjuangan saya di sana. Rindu nak dengar arabic lecture dari ustaz dan ustazah.Tak sabar nak study sama-sama dgn sahabat2,tak sabar nak buat asaimen..hehe (nabilah, sile ingat sentiasa segala yg kamu tulis ni tau!)

Kesihatan saya masih tak stabil, sekejap demam sekejap kebah,plus batuk dan selesema, padahal ubat tak pernah miss, adik beradik n ummi abah pun macam tu,takpe la, ujian kecil dari Dia :) hopefully semua cepat sembuh and hopefully saya sihat before balik Uia.

Saya nak share one story yang saya dapat dari sahabat saya di facebook, selamat membaca :)

It begin here ...

~~~

"Pukul 3.30 pagi"

Di sebuah rumah banglo yang besar. Puan Sri bangun dari tidurnya yang lena. Sambil duduk seketika mengesat matanya dengan lembut. Gelang emas yang berharga beribu-ribu ringgit jelas kelihatan bersinar indah. Bercahaya. Itulah dia perhiasan dunia.

Tidak sampai 5 minit, Puan Sri bangun dan berjalan menuju... ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Sekali-sekala kedengaran bunyi "kling-kling" dikakinya. Itulah dia gelang kaki emas pemberian suami tersayang yang terlalu mahal harganya.

Kelihatan Datuk Sri masih tertidur lena diatas katil yang bukan murah nilai harganya. Berjenama pula tu. Maklumlah katil import dari luar negara. Apa yang jelas, semua barang-barang kelengkapan di dalam rumah ini, mahal harganya. Mencecah ratusan ribu ringgit. Maklumlah serba mampu. Itulah perhiasan dunia.

Puan Sri bangun awal pagi ni bukannya apa, biasanya dia agak susah membangunkan dirinya seawal-awalnya. Apa lagi saat-saat begini, paling kurangpun dia akan bangun apabila azan Zohor berkumandang. Mimpi apa agaknya Puan Sri?

Atau sudah timbul kesedaran pada dirinya. Syukurlah jika begitu.

" Ada baiknya aku solat sunat malam, sambil-sambil menunggu waktu bersahur" bisik hati kecilnya.

Datuk Sri kelihatan masih tidur berdengkur. Letih sangat agaknya, atau sudah menjadi kebiasaan bagi semangat dirinya.

Maklumlah orang kaya, tiada siapa yang berani menegurnya.

" Pukul 4.45 pagi "

Orang gaji sudah lama menyediakan hidangan bersahur.

Anak-anak Datuk dan Puan Sri sudah dikejutkan dari tidur yang lena.

Semuanya rasa malas sekali nak bangun. Malah ada juga yang berani memarahi orang gaji sesuka hati.

Maklumlah, anak orang kaya. Ikut suka hati merekalah nak bangun.

Puan Sri mengejutkan Datuk Sri.

" Bang, bangunlah. Dah masuk waktu bersahur ni, nanti terlewat pulak".

" Emm...yalah...nanti abang bangun. Letih sangat ni,rasa mengantuk teramat sangat. Awak pergi dululah, keluh Datuk Sri sambil melenakan dirinya dalam segala permainan mimpi-mimpi indah. Itulah lakonan dunia.

Semua anak-anak bangun dengan rasa malas. Puan Sri duduk diam sambil sekali-sekala tersenyum melihat telatah dan raut wajah anak-anak kesayangan. Macam-macam ada.

" Pukul 5.15 pagi"

Semua anak-anak sudah beredar dan tidur semula menyambung mimpi-mimpi dunia. Orang gaji pula sedang sibuk mengemas segala pinggan-mangkuk yang mahal harganya diatas meja import.

Puan Sri sekali lagi cuba membangunkan semula Datuk Sri.

" Abang tak nak bersahur ke ? Dah dekat solat subuh ni. Bangunlah bang" kata Puan Sri sambil merehatkan dirinya bersebelahan suami tersayang.

" Takpelah. Abang niat saja. Abang mengantuk sangat ni. Letih tadi petang main golf kat padang tu bersama Tan Sri dan Datuk Sri yang lain.

Esok pulak ada mesyuarat dengan Menteri." balas Datuk Sri sambil menarik kain selimut mahalnya menutupi seluruh tubuhnya yang kesejukan itu.

" Pukul 5.45 pagi "

Azan Subuh berkumandang di angkasa raya. Puan Sri bergerak masuk menuju kamar mandi untuk mengambil wuduk.

Datuk Sri pula masih terlena panjang hinggakan alunan dengkurannya terus bergema kuat memenuhi ruang bilik yang telah diubah suai.

" Bang, jom solat Subuh berjemaah. Agaknya sudah lama kita tak menunaikan ibadah wajib ini. Bangunlah bang. Sedar-sedarkanlah diri tu?

Jangan hanya solat semasa depan ramai orang, lepas tu apabila bersendirian, langsung tak solat." tegur Puan Sri pada suami tersayang.

" Abang letihlah. Nantilah abang ada masa. Awak solatlah dulu." balas Datuk Sri dengan nada keras sedikit tanpa rasa bersalah.

" Pukul 9.30 pagi "

Puan Sri sudah bangun pagi, memperkemaskan dirinya untuk bersiap-sedia ke Pejabat Barunya.

Datuk Sri masih lagi tidur lena. Kali ini seluruh tubuhnya ditutupi kain selimut. Langsung tiada kedengaran bunyi dengkuran yang kuat lagi. Senyap sepi. Berbeza dari semalam dan malam-malam yang lain.

" Bang, bangunlah. Dah pagini. Abang tak pergi mesyuarat ke? soal Puan Sri.

Namun apa yang pasti, Datuk Sri kali ini langsung senyap dan tidak bergerak lagi seperti kebiasaannya.

" Bang , kenapa ni bang? bang....bangunlah...janganlah bersenda-gurau pulak pagi-pagi ni? Risau saya dibuatnya." tegur Puan Sri dengan perasaan takut dan risau sangat.

Namun walaupun dikejutkan beberapa kali dengan cara apapun, Datuk Sri tetap tak bergerak langsung. Matanya terpejam rapat.Tiada lagi dengkuran kedengaran. Sepi lagi menyepikan diri.

Sejam berlalu. Datuk Sri disahkan telah meninggal dunia.

Puan Sri jatuh tersungkur dan pengsan. Anak-anak kesayangan memapahnya dengan tangisan dan jeritan rintihan sedih teramat pilu.

Kini segalanya sudah tiada seri lagi. Tinggal semuanya. Harta melata tiada bermakna lagi. Isteri yang cantik menawan tinggal kesepian lara. Anak-anak hilang semangat kasih.

Pangkat yang ada sudah tiada berguna lagi. Hanya amalan yang akan dibawa. Beban amanah ini teramat berat untuk dipikul.

Apa yang pasti. Kita semua akan kembali pada Yang Maha Esa. Pulang dengan membawa suatu beban amanah yang akan dipertanggung-jawabkan nanti.

Semuanya masing-masing akan berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung.

Kita perlu sedarkan diri sebelum ajal kita pula menghampiri.

~~~

p/: Atas galakan kak deena tersayang, laju je saya update kali ini. hehe..Semoga beroleh manfaatnya bersama =)

10 comments:

Lelaki Ini said...

insaf...
thanx for sharinG!

Abd Razak said...

Assalamualaikum ya ukhti...

Moga ukhti sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat lindungan~Nya..

Tahniah, teruskan usaha anda!

HaDi said...

Salam ukhti...

part 1st pasal azam..2nd part tazkirah...kombinasi menarik...=D
Cerita yg menjentik hati..penuh pengajaran...
Semoga terus cemerlang untuk semester2 yg akan dtg di universiti...=)

cemomoi said...

caiyukkk

cerpen tu teringat kat lagu 'selimut putih' - rasa gerun ingat kat mati

si para para said...

selamt berjaya dlm pelajaran..


kita tak sedar segala nikmat yang tak terhingga ni..bila di tarik balik baru terasa...kita biasa tenggelam dlm keseronokan dunia...padahal semua tu tak ada sebarang erti bila kita mati

sekamar rindu said...

salam..

alhamdulillah..moga awak terus berjaya dlm pengajian..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kesempatan ini juga saya ambil sebagai peringatan kita iaitu dari sebuah hadis dari Ziyad bin Labid bahawa Rasulullah saw telah mengingatkanya sesuatu perkara iaitu baginda bersabda `Akan sampai suatu ketika nanti Ilmu (kefahaman Islam)yg dipelajari akan hilang`. Ziyad telah berkata,`Ya Rasulullah saw, bagaimanakah sesuatu ilmu itu boleh hilang, walhal kami baca akan AlQuran dan kami baca kpd anak2 kami dan anak2 kami baca kpd anak2 mrk sehinggalah Hari Qiamat. Maka Rasulullah saw berkata,`Penat saja ibu engkau mengandungkan engkau krn aku lihat antara lelaki di Madinah ini, engkaulah yg lebih faham/pandai (min afqihi rojulon), tidakkah engkau ketahui bahawa org2 Yahudi dan org2 Nasoro, mereka pandai membaca Taurat dan Injil tetapi tidak mengetahui sesuatu dari apa yg ada pada kedua2 kitab itu` Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tarmizi.
p/s InsyaAllah belajarlah sesuatu sehingga faham maknanya walau ada dimana2. Wallahualam

MuNie said...

salam buat sahabat dunia akiratku insyaAllah.. :)

sorry la baru update. so baru tebaca post ni. sedih kan bile terfikir nak balik ke uni semula, tinggal semua benda yg kte suka kat umah. lebih2 lg ada situasi tak best kat umah. i'm sorry to hear about yr mum. aku dr pun naik risau. nak call skrg, takut dah tdo. xnak la kacau kan. huhu. semoga ummi sembuh lekas. if aku, maybe aku delay balik uni sbb aku sdri pn bkn rajin g cls sgt pun. :P tapi bgus la bilah. ko tabah. harap2nye ummi cpt2 la sembuh.

next sem awk duk hostel kan? yeay! leh dtg if ade kesempatan. :)

*taknak komen ttg entry ni*

tahniah atas kejayaan dari sem lepas. semoga sem mendatang ni, ko lebih berjaya. masih ada masa nak dapat 1st class student. jiayou!! :) kasi ummi lagi bangga dr kejayaan yg dulu2. ak pun agak tersuntik mlm ni. syukur sgt2.

jaga dri baik2. insyaAllah ada kelapangan, kredit pun lambat nak luak, ak kol ko esok ek. :) gudnite cute friend. hehe. wassalam

cun09 said...

Salam dik...

Alhamdulillah...tahniah ^_^

**semoga cepat sembuh dan dilindungiNYA**

arraheeq said...

1st.. thanx 4 dat story!benar,kita xkan tahu bila dan bagaimana.moga husnul khatimah hendaknya.

2nd.. may Allah heal u n ur family.moga tabah!

3rd.. congrats 4 da improvement.smoga terus meningkat dari semasa ke semasa :) n selamat kembali ke skolah soon.hihihi

all da best 4 everything,dear friend! fi amanillah~