Tuesday, December 21, 2010

Tinta Hati Melatidaisy...

بسم الله الرحمن الرحيم

Benar hidup tak selalunya seindah apa yang kita mahu
Namun kenapa hati ini masih jua mahu merintih pilu
Rabb.. bukan niatku menafikan hikmah-Mu
Namun kekerdilan akal ku..
membuaiku sayu menangisi takdir-Mu..

Berkali ku cuba sedarkan hati ini
Agar tidak terus tenggelam karam dalam gelora
namun hatiku kadangkala tewas jua dilambung badai mimpi..

Berkali ku cuba ingatkan diri ini
Agar tidak terus hanyut dalam cerita yang menikam jiwa
Namun hanyut jua diriku dalam deraian air mata..

Berkali ku pesan pada jiwa ini
Agar sesekali tidak menyesali takdir Ilahi
Namun terkadang langkahku longlai meniti realiti ini ..

Wahai Tuhan...
Hanya pada-Mu kekuatan itu datang
Aku mohon..agar dikurniakan ku secebis rasa itu
Agar dapat aku berpaut
dalam pelayaran menuju redhaMu..

"beringatlah wahai diri.. kebahagiaan hari ini belum tentu berkekalan hingga ke hari esok, berpada-padalah dalam bergembira kerana boleh jadi kegembiraan itu menjadi racun yang menyakitkan bila saat ia diragut pergi dari dirimu..kerana segalanya hanya pinjaman, dan segalanya tidak akan kekal di sisi kita.. dan hakikatnya segalanya adalah milik Allah..persiapkanlah hati untuk menerima kehilangan-kehilangan yang kadangkala tidak pernah terduga... kejarlah redha Ilahi, kerana hanya Dia pasti setia di sisi."

6 comments:

cemomoi said...

terima kasih dok peringatkan sesama kita. kita ni sokmo alpa.. nak kena ada kawan yang tolong mengingatkannya

si para para said...

hidup ini bukan spt yg kita sangka..
tapi sebenarnya tu la yang terbaik utk kita..


kalaulah kita tahu rupa sebenarnya dunia..pasti kita x ada masa utk ketawa gembira,

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga sdri sentiasa sihat hendaknya dan sentiasa dalam perlindungan~NYA..

Di dunia ini kita diibarat berjalan di atas jalan yang penuh duri. Kenalah berhati-hati jangan sampai terluka.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hidup ini tidak byk pemilihan. Lebih2 lagi setelah jatuhnya Daulah Islamiah, dimana keperluan asas dan hak2 milik dinafikan. Namun, kita tidak bolh kesalkan takdir yg menimpa kita krn kita sendiri diberi pemilihan setelah diberi sedikit bekalan dan tempoh tertentu utk hidup(Surah AlAraaf: 24 وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰحِينٍ۬
Dgn berbekal sedikit inilah kita mengambil peluang utk menceduk sbanyak mungkin amalan sebelum kita kembali ke alam akhirat. Sebenarnya petunjuk dari Allah SWT telah pun sampai pada setiap orang
Surah AlBaqarah:38فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ Adapun ia pasti datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak [pula] mereka bersedih hati"
Andaikata kita gagal, tak perlulah kita salahkan takdir Ilahi sbb Allah sudah beri kita 2 pemilihan samada jalan syukur atau jalan kufur (Surah AlInsan:3إِنَّا هَدَيۡنَـٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرً۬ا وَإِمَّا كَفُورًا Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir`.
Malah langit dan bumi pun tidak menangisi malangnya takdir kita sekiranya kita salah membuat pemilihan. (Surah AdDukhon:29فَمَا بَكَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلسَّمَآءُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَا كَانُواْ مُنظَرِينَMaka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh.
Sentiasalah kita memohon kpd Allah SWT dgn penuh sabar dan mengikuti perintah2nya spt yg terdpt dlm AlQuran. Wallahualam .

iqbalsyarie said...

Dalam banyak-banyak yang tersurat dan tersirat, satu benar-benar menusuk hati. "jangan terlalu gembira"- maknanya dalam...

HaDi said...

Rayuan hati kepada Tuhannya...
Sungguh mendalam maksudnya..
Bersama2 lah kita memperbaiki diri...